Tuesday, May 1, 2012

Senandung Malam, Bagan Lalang

Kitorang kalau nak makan seafood best dan murah, memang selalunya akan pergi Bagan Lalang. Kedai yang setia dikunjungi dari dulu lagi semestinya Senandung Malam, betul-betul sebelah padang tu. Dekat je dengan GoldCoast tu. Ada yang recommended HM Bagan tapi tak berkesempatan lagi nak try situ. Lagipun ikut piawai tekak saya, kat Senandung Malam ni memang dah lulus pun :)


Makanan untuk 4 orang termasuk dua ekor hantu raya belaan. Hahaha.

Cencaru bakar, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, pepahat masak sweet sour, kailan ikan masin dan juga tomyam campur.

Ikan fresh, sedap. Ikan bakar dia wajib cuba tau, sebab sedapnya laaa pencicah dia tu ! Sotong goreng tepung pun, terbaik ! Kalau kat KL ni, mana dapat sotong goreng tepung macam ni. Kalau order sotong goreng tepung, mesti dapat cucur sotong -____________-"

Sedap dan murah sini. Semuanya campur air cuma RM75.



Tummy happy, kami pun happy !!


10 comments:

dhiera said...

terus rasa teringin!

ZaritH said...

Bagus izza! Ko dah berjaya membuatkan cacing2 belaan dalam perut aku tak senang duduk.

hOtMaMa said...

huishh.. terliur! dah lama akk tak pg bagan lalang..

sharEna said...

aku selalu mkn kt HM. next time nk try SM pulak =)

~daRLee ZuRiS~ said...

eh pernah g gak.memang sedap!

nanonano said...

perghh utk 4org gtu harganye mmg murah melampau2 la, erghhh nk mkn seafood jugak!!

atty's said...

dah lama giler tak pergi bagan lalang..bertaun2 dah rasanya..

PUANSTOBERI said...

yer. akak pun salu makan kat sini je kalo ke bagan lalang.
tp ari tu pegi penuh lak. sbb berdua,malas nak booking awal2.
jadi terus berjalan2, jumpa satu kedai. tp mujo sedap gak. kira kat sana mmg sedap la kot masakan seafood dia :)

PUANSTOBERI said...

Menjawab persoalan kat blog akak tu kan, akak bkn la kg kat kuala, tp daerah berhampiran dgn nya. Hihik. Yg terkenal dgn Samy Vellu dulu tu. Hikhik.

Ha... raya nati jemput la dtg umah akak :)

lily lotus said...

serius murah :) banyak tu menunya, dan memang nampak tempting! haha kenyang hantu2 raya belaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...