Tuesday, May 29, 2012

Happy Convocation Day !

Beberapa minggu lepas, kami sekeluarga berkumpul di Sabak Bernam sebab adik saya yang nombor 3 ni ada majlis konvokesyen. Dari Shah Alam nak pergi Sabak Bernam ni dekat je rupanya. Ikut LATAR tu, tol baru RM4 je. 2 jam dah sampai hewhew.



Congratulation adikku !

Konvo nya hari Ahad, Sabtu petang dah gerak pergi Sabak Bernam dah. Tidur homestay sana, selesalah rumah dia. Lengkap dan boleh kata murah la jugak. So, pagi esoknya tu mak ayah pergi dulu sebab sesi pagi. Saya tak kuasa nak bangun pagi sangat, hehe. Eh, memang betul betul pagi ok. Pukul 6.45 dah keluar rumah T____T saya dengan suami datang lepas dah habis dah pun majlisnya. Datang beli bunga je :P

Adik saya ni nampak saya je terus cakap, 

Yong, macam ni je awak pakai nak datang konvo aku ?? Selekeh betul. Teruklah awak ni.

Hahahaha, saya pakai palazzo dengan t shirt lusuh je. Pakai slipar. Muka tak make up. Cuaca panas lah, saya takde mood nak melawa lawa ni (alasan !) haha. Oh, sebut pasal melawa, pergi ofis pun dah tak make up sekarang. Senang cerita, malas.



5 orang perempuan. Adik lelaki saya tak join pulak sebab dia masih kat asrama. Tapi dia tu kalau mak ayah saya bagi green light ikut datang sini, confirm laju je nak ikut.




Kemain awak melentik lentik Nina ! Hahaha. Apesal entah diorang ni semua melawa sakan. Siap high heel bagai. Saya pulak dah malas nak fikir sangat. Err, takkan faktor usia kot -___-"

Godek punya godek takde pun gambar saya dengan suami. tsk. takpelah nanti kita ambil gambar berdua kita simpan banyak banyak ye sayang ;D

Untuk adik saya, tahniah lagi sekali !




4 comments:

Rara Nasiha said...

congrats for your lil' sista :)

Zumie said...

penyakit malas dah datang ye haha,..congrats miraa

De' Nurul said...

Congrats!

Aku pun kalau ari panas kemalasan betul nak memekap. Faktor usiaaaa...yeah maybe. hahaha.

Ietams said...

malas nak makeup tu rasanye sbb terlampau byk komitmen. sane sini nak catch up, hinggakan mood nak makeup bagai terus terabang entah kemana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...