Thursday, May 31, 2012

Terkenang Kembali

Minggu lepas saya bercuti panjang. Err panjang sangat tu taklah pun, dari Khamis membawa ke Ahad je. Sebab adik ipar saya nak kahwin. Sekarang majlis dah selamat pun berjalan lancar, semuanya pun dah selesai. Lega rasa hati.

Majlis nikah berlangsung pada hari Jumaat selepas Asar dan keesokannya majlis sanding pula. Sepanjang buat persiapan majlis tu saya asyik terkenang-kenang waktu saya dan suami dulu pulak. Hihi. Tengok adik nikah, hish terus rasa nak nikah lagi sekali. Masih dengan lelaki yang sama yang saya cinta :)

Tapi..

Kalau mengenangkan bab persiapan, ya Allah taubat nak ingat balik. Penat lelah sangat rasanya time kenduri saya dulu. Err, saya pengantin jadi kurang sikit penat lelahnya. Hehe. Yang paling banyak bertungkus lumus of courselah mak ayah saya dan juga adik adik.

Bila tengok adik ipar buat kenduri kat dewan, ambil katering semua terasa macam senangnya majlis. Tak penat sangat. Rumah pun tak sepah sangat nak kemas. Pendek kata, majlis smooth aje. Senang. Semua terkawal. Waktu saya dulu, semuanya buat di rumah. Mak ayah saya berkeras nak masak sendiri juga. Gotong royong katanya. Lagipun sebenarnya awal-awal mak dah bahagikan tugas memasak pada saudara mara tapi nak jadi cerita nasib tak berapa baik masa tu, diorang jatuh sakit menjelang majlis. Makanya bertungkus lumus la kitorang satu family. Penat tak terkira. Saya yang pengantin pun tak cukup tidur. Pendek kata, memang kami satu family tak cukup tidur. Ayah saya kan, habis je kenduri hari tu, haaaaa tidur sampai ke esoknya. Haha. Penat sangat.

Jadi, mak ayah saya dan kami adik beradik pun dah cakap dah, lepas ni kalau nak buat kenduri lagi.. Kita ambil katering je. Cukuplah sekali masak sendiri. Sebab kadang-kadang kita harapkan bantuan orang adik beradik saudara mara kan, tapi semua tu belum tentu lagi :)


Banyak pengajaran dan pengalaman berharga yang saya dapat sepanjang persiapan majlis perkahwinan saya dulu. Dan saya akan pastikan semua kesilapan yang berlaku dulu takkan berlaku lagi.


Untuk adik ipar saya, selamat pengantin baru :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...