Wednesday, March 10, 2010

kenapa saya tak nak jadi cikgu?

Mak saya asyik suruh saya apply KPLI lah, DPLI lah. adoiyai~ masa mak cakap, I iyerkan je lah. tapi, buat masa neh.. rasanya taknak lah. sebab sebab saya taknak jadi cikgu..

1. teaching is just not my passion

aku sungguh takde minat nak jadi cikgu. ingat jadi cikgu neh senang ke? goyang kaki je ke? balik keja awal lepas tu kat rumah rileks? oh no no noooooo.. banyak lagi kerja yang orang lain tak nampak. kena study untuk next class, kena prepare latihan nak bagi anak murid, kena prepare lesson plans and bla bla bla.. dan aku rasa hanya orang yang minat sahaja boleh buat. anyway, pada pandangan aku.. nak buat apa apa pun, memang minat adalah penting.

2. tak pandai mengajar

aku neh bukan reti nak ajar orang. kalau ajar kawan kawan tu boleh lah jugak. neh nak ajar anak orang, siap ada exam. tanggungjawab tu besar. rasanya tak berani nak amik risiko tu.

3. tak sabar

aku neh dah la tak sabar. cepat marah. cepat naik angin. tak boleh tahan dengan budak budak yang macam #@^%$*. kang ada masuk paper pulak, budak patah gigi ditampar guru. hihihi. (exaggerated sahaja, jangan jadikan isu pulak)

4. tak boleh tahan dengan anak murid yang kurang ajar

ini adalah benda yang paling tak boleh nak tahan. dah nasib aku dulu dapat mengajar kelas semua hujung hujung kot. kalau dah sedar diri tu tak berapa pandai, cuba lah dengar sikit cikgu nak ajar apa. ini tak, cikgu mengajar kat depan. dia bukak kelas lain kat belakang. lepas tu kuat melawan, kurang ajar, biadap dan sebagainya. erghh~ kenapalah aku mempunyai anak murid yang macam tu dulu? takde sekor pun anak murid yang boleh aku bangga nak ngaku, "oh, saya ngajar dia neh dulu" ahahahahha. merasa jadi cikgu pun 2 bulan je banyak cakap pulak aku neh, bluwek ;p cikgu cikgu di luar jangan marah ye.. ini pendapat peribadi je.

5. anak murid gatal/cikgu pun sama gatal

ini pun satu sebab nape aku taknak jadi cikgu. anak murid yang gatal, pakai tudung terselak sikit nampak leher pun dah jadi isu. padahal TER. tu pasal aku kalau pergi sekolah, aku pin tudung tu kat tengah tengah. budak budak tengah nak naik neh bukan boleh, jakun semacam. ah, cikgu gatal pun satu hal. dah jadi laki orang pun, lagi mau cakap bukan bukan. walaupun betul cikgu pun manusia, tapi aku macam susah nak terima sikit lah cikgu cikgu yang corrupted. sekali lagi tumpang lalu cikgu cikgu sekalian.. ;p




err.. cukuplah senaraikan lima sebab je dulu. lebih lebih kang kena taji lak. macam bagus je pulak ek. hik. harap mak saya faham kenapa tak mau apply tu semua. lagipun saya ada passion saya sendiri, ada aim sendiri. tapi yang tak tahan tu, mak cakap.. "dah tanak jadi cikgu, pergi sambung belajar." aiyo, tension lah saya macam ni mak. memanglah betul saya nak amik prof exam nanti, tapi tak berani lagi nak janji dengan mak bila nak buatnya. takpe, yang penting.. aku taw aku buat apa pun mak ayah tetap sokong asalkan benda tu benda yang elok :)

p/s aku sangat kagum dengan cikgu cikgu di luar neh. hebatlah korang neh taw. especially cikgu najiha neh ha. hihi. tak caya pulak partner in crime fly malam malam kat sekolah dulu dah jadi cikgu. hahaha. pasni kang, cikgu dayah pulak keluar. lepas tu kang, teacher zatil. hihi, cepat balik malaysia babe. biarlah orang orang yang layak je jadi cikgu, I neh tak mampu.. ;p

6 comments:

:: p R i n c E s S _ N :: said...

student skg x same cm student dlu walaupon ms zmn kite ayt same mak apk kite ckp...tp tu laa knyataan...

aku nk mngajar org pon x reti..smpai dlu eja sll bengang...sbb aku x reti ajr diorg...diorg x fhm..aku je fhm ape aku ckp..muahahhaa

zati tarhizi said...

org garang tak boleh jadi cikgu la. ahhaha :DD

MiSZuE said...

ahaha...nak jadik cikgu mesti kene garangla ...

zatil iman said...

miahahah
aku pon ragu2 dgn kebolehan aku nih
last week
aku dapat kelas yang budak2 nye cheeky okek
tros terkeluar shut up
hahaha
cemane tu?
siap jadik issue plak tuu
hadoihaii

anddd SAPE KATE JADIK CIKGU SENANNGGGGG?
meh aku nak taji kepale die
haha

nyna said...

haha.
btul2 ckp zati tu.
cikgu garang nanti mesti tak dapat hadiah masa hari guru.
miahaha

Ahmad Syazwan B. Ahmad Tarmizi said...

cikgu la best coz keja balik awal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...