Wednesday, June 27, 2012

Sedondon

Saya ada satu tabiat, suka nak pakai sedondon dengan suami ;D 

Walauponnnnnn bukan semua warna baju saya beliau ada, dan bukan semua warna baju beliau saya ada kan.. tapi sedaya boleh nak bagi sedondon jugak. Nak nak lagi kalau pergi keluar jalan jalan, hihi. Rasa best pulak. Kalau saya iron baju kerja pun, selalu akan pilih warna yang sama :)



Dah pakai baju lain time ni, tapi gediks tengok suami pakai kemeja jalur warna hijau. Saya pun ada juga kemeja yang lebih kurang ! Hehee


;P



Tuesday, June 26, 2012

Kereta Rosak

Pagi tadi, on the way pergi kerja saya nampak ada seorang pakcik ni tengah tolak motor dia. Rasa sedihla tengok orang tolak motor ni. Nak lagi kalau pakcik pakcik. Pernah jugak nampak ada pakcik tolak motor, dengan ada anak dia sorang ikut dari belakang, pakai baju sekolah. Ini mesti on the way nak hantar anak pergi sekolah lepas tu motor rosak :( tapi pada masa tu, apa je yang mampu saya buat. Mampu tengok je lah, kita pun mengejar masa jugak nak ke pejabat kan.

Bila tengok orang kena situasi macam tu, rasa bersyukur setakat ni saya tak pernah lagi kena pengalaman stranded kat tengah tengah jalan. Contohnya, kereta tak boleh start ke apa ke. Tak dapat bayangkan macam mana kalau dekat traffic light, tiba tiba kereta buat hal tak boleh jalan ? Macam mana nak mintak tolong tu.. Ataupun tengah drive, tayar tiba tiba pancit ke. Huish, mintak dijauhkanlah dari saya. Saya ni dahla memang bukan jenis berdikari. Semuanya sangat bergantung harap pada orang lain. Dulu sebelum kahwin, bergantung harap dengan ayah. Alangkan ayah tu jauh, hehe. Kalau dekat, pening kepala nak melayan karenah anak dara ni (dulu :P). Sekarang dah kahwin, tempat bergantung saya tak lain tak bukan suami saya lah. Bab bab kereta ni memang serahkan pada dia ajelah tukang menjaganya :')

Tapi kan, saya bukan tak pernah berdepan masalah kereta rosak. Pernah. Masa tu dekat Sungai Petani, ada kursus kat sana. Malam tu, saya dengan kawan kawan keluar pergi Tesco Sg Petani. Ate, kat Sg Petani.. Tesco je lah yang ada masa tu. Haha. Lepas tu nak jadi cerita, time nak balik tu kereta langsung tak boleh start. Saya berdua je dengan kawan masa tu. Kawan perempuan pulak. Haaa eloklah dua dua tak tahu apa apa pasal kereta. Masa tu baru pukul 9 malam kalau tak silap. Masa tu still pakai Wira lagi. Try banyak kali tak boleh boleh juga. Ada Chinese couple ni kesian tengok kitorang, offer pinjamkan jumper. Cuba banyak kali tetap tak boleh juga. Maknanya bukan masalah bateri. Dahla try call suami (masa itu masih boyfriend), tak berangkat sampai ke sudah t____t

Akhirnya putus asa. Dah dekat 2 jam sangkut dekat parking Tesco tu. Call kawan suruh pick up. Takde pilihan, tinggalkan kereta dekat situ. Esoknya datang balik, bawak mekanik sekali.. Try tolak, boleh start pulak. Masa tu saya yang drive. Mekanik tu suruh drive pergi bengkel dia, dekat aje dengan Tesco tu tapi kena lalu traffic light lah apalah. Cuak kebebeh masa tu, macam mana kalau tiba tiba enjin mati kat traffic light t_____t tapi nasib baik berjaya sampai ke bengkel tanpa mati enjin. Haha itu pengalaman berharga saya tau. Tak pernah pernah kena kereta rosak ni. Itulah, masa pakai kereta dulu.. Bayangkan bertahun saya pakai, seingat saya.. Saya sendiri pernah bawak pergi servis adalah 2 kali kot ? Ke sekali ? Yang lain tu, ayah yang bawak servis, itupun bila saya bawak kereta balik kampung. Bukannya setiap kali saya balik kampung, saya bawak kereta kan. Phew, tak sayang harta benda betul.. Tapi sekarang dah reti sikit dah, hehe. Dah pandai dah, kena hantar kereta pergi servis ikut schedule :)




Monday, June 25, 2012

Tips For Getting Increments & Promotions




Tips di atas dari CLEO bulan July. Dah baca, tapi tak percaya. Haha in fact, saya langsung tak berminat nak mengenali bos saya. Konon tipsnya kalau kita kenal perangai bos kita, lebih senang untuk kita berbincang tentang increment dan promotion. 

Mungkin tips ni bukan untuk saya, tapi sesuai untuk korang. Siapa rajin, bolehla baca ;D


Friday, June 22, 2012

Resepi Bihun Goreng Singapore / Putih

Hari tu masa potluck, saya masak bihun goreng Singapore. Sungguh tak confident rasanya nak bagi orang lain makan hasil masakan saya -_- taaaaapi salah sorang tukang merasa masakan saya dah mintak resepi la, kwang kwang :P

Hehe itu bukanlah maknanya sedap sangat kot, biasalah isteri isteri yang baru belajar masuk dapur lepas berkahwin, share resepi tu kan perkara biasa :) so ni resepi dia ye Asna. Tapi gambar takde, hari tu kelam kelibut masak tak teringat nak amik gambar pun.

Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan

1 peket bihun - rendamkan selama lebih kurang 2-3 jam
2 sb udang kering *kisar
5 ulas bawang putih *kisar
2 sb lada hitam *kisar
3 sb lada sulah / putih *kisar
Satu mangkuk isi ayam
Satu mangkuk fishcake
Carrot - parut halus
Kobis - hiris halus
Sedikit kiub ayam *kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan isi ayam, fishcake. Kacau rata.
2. Masukkan sayuran dan juga sedikit air. Masukkan bihun. Goreng sehingga bihun lembut.
3. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

Senang sangat kan ? Selamat mencuba ye ;)

P/s kuantiti lada hitam boleh disesuaikan mengikut selera masing masing.





Curry Mee, Homemade


Malam semalam, saya menerima tetamu. Excited sangat rasa bila ada kawan cakap nak datang rumah sebab ini first time. Haha. The girlfriends tak kiralah, they are practically a family kan. Jadinya dah alang alang tu, saya masak mi kari ! Kalau ikutkan menu masakan seminggu saya pun, memang menu semalam adalah mi kari :)

Kakak, saya harap masakan saya semalam memenuhi piawai selera akak. Hehe.


Sekarang dah rajin buat list ni setiap minggu. Sebab senang nak beli barang dapur. Dan hari hari tak perlulah nak fikir nak masak apa. Kalau tak, asyiklah tweet hari ni nak masak apa ye :P dah lama terfikir nak buat benda ni, asyik bertangguh.. At last thanks to Asna, atas kerajinan dia buat list ni.. Maka saya pun dah terpengaruh sekali. Hehee.



Wednesday, June 20, 2012

Random



My second dress from Poplook. Bestnya chiffon dress dia ni ;D bolehlah beli lagi next time. Hihi.


Ini sahur saya pagi tadi. Ye, hari ni puasa. Last minit baru nak ganti puasa macam ni lah gaya dia. Mula mula dah bangun puku 4.30 makan kurma dua bijik dengan minum air je. Baring, cuba tidur balik pusing sana sini tak terjaga. Yang suami tak sedar apa dah, saya kejut sahur pun dia cakap hari ni taknak puasa t__t last-last fikir dari dok terpusing pusing tak boleh tidur baik bangun makan nasi, kenyang pun ye. Hahaha. Tengok dalam periuk ada lagi nasi, yayyy mari kita goreng telur. Maka jadilah sahur seperti di atas, hehe.


Ini si anak dara, Ace Ventura. Jangan tertipu dengan muka comel dia tu. Garang dan kuat menggigit. Time dia nak manja cumalah di waktu pagi dengan waktu kita balik kerja. Pagi tu pun sebab satu malam tinggal dia luar bilik kan, haha padan muka dia rindulah tu bila pagi-pagi saya bukak pintu bilik je datang jilat kaki. Tapi awas, dalam 5 minit je macam tu lepas tu mula lah menggigit. Lepastu main lompat-lompat sana sini, monyet ke apa kau ni ?



Port favourite Ace setiap pagi. Suka tengok suasana kat luar kot. Hehe kesian kau Ace, tak pernah jejak tanah. Makan rumput pun, rumput organik tanam dalam rumah. Hehe inilah nasib duduk rumah atas langit ye ;D


Ok, bye !!



Tuesday, June 19, 2012

Home-cooked Meal Is The Best !

Lately ni saya terlampau suka makan burger ayam special with cheese. Gilo, tak hagak hagak selera kan. Dalam seminggu mesti nak sekali. Mana taknya kalau badan makin mengembang t_____t

Jadi, sebab saya asyik duk nak makan burger ayam special ni je hatta di tengah tengah malam pun, suami saya pun teruslah beli bahan-bahan nak buat burger ni semua. Haha. Tak perlu lagi nak keluar rumah tengah malam semata-mata nak mencari burger :P



Pandai suami saya masak burger yang sedap. Hehe terima kasih sayang, lain kali tolong masakkan lagi ye :*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...