Tuesday, June 26, 2012

Kereta Rosak

Pagi tadi, on the way pergi kerja saya nampak ada seorang pakcik ni tengah tolak motor dia. Rasa sedihla tengok orang tolak motor ni. Nak lagi kalau pakcik pakcik. Pernah jugak nampak ada pakcik tolak motor, dengan ada anak dia sorang ikut dari belakang, pakai baju sekolah. Ini mesti on the way nak hantar anak pergi sekolah lepas tu motor rosak :( tapi pada masa tu, apa je yang mampu saya buat. Mampu tengok je lah, kita pun mengejar masa jugak nak ke pejabat kan.

Bila tengok orang kena situasi macam tu, rasa bersyukur setakat ni saya tak pernah lagi kena pengalaman stranded kat tengah tengah jalan. Contohnya, kereta tak boleh start ke apa ke. Tak dapat bayangkan macam mana kalau dekat traffic light, tiba tiba kereta buat hal tak boleh jalan ? Macam mana nak mintak tolong tu.. Ataupun tengah drive, tayar tiba tiba pancit ke. Huish, mintak dijauhkanlah dari saya. Saya ni dahla memang bukan jenis berdikari. Semuanya sangat bergantung harap pada orang lain. Dulu sebelum kahwin, bergantung harap dengan ayah. Alangkan ayah tu jauh, hehe. Kalau dekat, pening kepala nak melayan karenah anak dara ni (dulu :P). Sekarang dah kahwin, tempat bergantung saya tak lain tak bukan suami saya lah. Bab bab kereta ni memang serahkan pada dia ajelah tukang menjaganya :')

Tapi kan, saya bukan tak pernah berdepan masalah kereta rosak. Pernah. Masa tu dekat Sungai Petani, ada kursus kat sana. Malam tu, saya dengan kawan kawan keluar pergi Tesco Sg Petani. Ate, kat Sg Petani.. Tesco je lah yang ada masa tu. Haha. Lepas tu nak jadi cerita, time nak balik tu kereta langsung tak boleh start. Saya berdua je dengan kawan masa tu. Kawan perempuan pulak. Haaa eloklah dua dua tak tahu apa apa pasal kereta. Masa tu baru pukul 9 malam kalau tak silap. Masa tu still pakai Wira lagi. Try banyak kali tak boleh boleh juga. Ada Chinese couple ni kesian tengok kitorang, offer pinjamkan jumper. Cuba banyak kali tetap tak boleh juga. Maknanya bukan masalah bateri. Dahla try call suami (masa itu masih boyfriend), tak berangkat sampai ke sudah t____t

Akhirnya putus asa. Dah dekat 2 jam sangkut dekat parking Tesco tu. Call kawan suruh pick up. Takde pilihan, tinggalkan kereta dekat situ. Esoknya datang balik, bawak mekanik sekali.. Try tolak, boleh start pulak. Masa tu saya yang drive. Mekanik tu suruh drive pergi bengkel dia, dekat aje dengan Tesco tu tapi kena lalu traffic light lah apalah. Cuak kebebeh masa tu, macam mana kalau tiba tiba enjin mati kat traffic light t_____t tapi nasib baik berjaya sampai ke bengkel tanpa mati enjin. Haha itu pengalaman berharga saya tau. Tak pernah pernah kena kereta rosak ni. Itulah, masa pakai kereta dulu.. Bayangkan bertahun saya pakai, seingat saya.. Saya sendiri pernah bawak pergi servis adalah 2 kali kot ? Ke sekali ? Yang lain tu, ayah yang bawak servis, itupun bila saya bawak kereta balik kampung. Bukannya setiap kali saya balik kampung, saya bawak kereta kan. Phew, tak sayang harta benda betul.. Tapi sekarang dah reti sikit dah, hehe. Dah pandai dah, kena hantar kereta pergi servis ikut schedule :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...