Monday, March 28, 2016

Final Entry - Lang Tengah Island

08032016

Nampak sangat malasnya combine je dua hari :P tapi bukan malas cerita dia kat sini tapi sebab ceritanya sama aje. Hehe. Second day patut trip ke Perhentian tapi kitorang bangun lambat so terlepas trip, boleh ? Tu lahhhhhhhhhh patutnya sebelum tidur masa dinner tu check next day punya schedule dulu. Ini tak memasing confident pagi tu check general schedule, ohhh snorkeling trip ada pagi dengan petang. Kita pergi petang lah. Haha taktau pulak yang petang tu trip g Redang, kitorang kan dah pergi semalam T__T


Ralat jugak rasanya terlepas trip tu sebab Perhentian ada 3 snorkeling spot dengan tengok penyu !! Dan ini trip yang paling mahal sekali dalam pakej tu. Haih haih ok tak guna mengenang nasib kata kitorang. So hari tu chilling saje dekat resort. Rehat rehat tepi pantai yang panas terik. Mak dok tepi baca novel, ayah je temankan anak main pasir dan pantai. Haha. Penat main pantai, naik pergi mandi kolam pulak. Lepas tu balik bilik, tengok movie. Lepas tu lunch, lepas tu tidurr. Lepastu pergi pantai balik, then ke kolam balik.. Memang rileks je lah. Nak pergi spa tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, aku tak dapat buat spa treatment tu. Frankly, pinggang dah sakit masa tu. Effect naik speed boat la kot. Bumpy kan. Lenguh betul rasanya itu salah satu sebab jugak kenapa kitorang skip snorkeling trip pagi tu.


Ni dah pukul 5 lebih tau tapi teriknya ya ampunnnnnn aku tak tahan. Rindu pulak tengok gambar ni. Seronoknya berehat rehat :) tengok pantai dia tu, macam takde orang kan ? Kan dah kata pulau ni kecik dan private. Seronoklah. At least kitorang suka lah ;D

09032016

Harini trip ke sekitar Lang Tengah je. Pergi dua spot je. Satu spot tu tempat tak berapa cantik compared to Redang. Tapi yang spot betul betul depan resort tu cantik. Ada blue coral. Dengan ikan nemo dan husband nampak baby shark ! Mak tak nampak. Kasih as usual join jugak trip ni turun bawah sampai sejuk sejuk badan haha. 

Hari ni jugak kira hari terakhir dekat pulau la sebab the next day dah nak check out dan meninggalkan pulau pukul 8.30 pagi. Memang pulun sungguh Kasih main laut dengan mandi kolam hehe. Oh anyway tiap tiap malam resort ada buat night tour untuk tengok blue sands. Blue sands ni menurut kata guide tu, sejenis insect yang sangat sangat sangat halus dan bila dia mating, dia akan keluarkan cahaya biru. 2 malam sebelum tu kitorang tak join sebab malas pastu sekali tu pulak Kasih dah tidur. Tidur awal dia kat sana. Apa taknya, penat main air kan hehe.





Nampak jeti ni ? Tepi jetty tu banyak sangat ikan, boleh duduk atas tu bagi ikan makan roti tapi kena be careful la. Air kat sini dalam. Pantai kat sini tak macam PD ke atau pantai pantai lain sekitar Pantai Barat ni. Pantai sini agak landai kan. Kalau kat sana jenis curam. Yang boleh jejak kaki pendek sangat jarak dia lepas tu terus 3m-5m dalamnya. So kena awasi anak anak. Jetty tu dahla takde rail tepi tu. Gayat jugak sebenarnya sebab takut terjatuh haha. Bawahnya dahla dalam kan. Anyway hujung jetty tu la tempat kita turun kalau nak snorkeling depan resort. Tapi kitorang tak pernah pun pergi snorkeling sendiri. Join trip yang resort buat je sebab ada life guard :P Petang petang tengok ramailah foreigner pergi snorkeling sini. Pastu duduk dekat jetty layan sunset sementara tunggu dinner, oh indahhhh :) :) :)

10032016


Check out time. Pukul 7.45 macam tu dah keluar dari bilik sebab nak breakfast sementara tunggu boat pukul 8.30 pagi. Overall, aku simpulkan percutian di Lang Tengah ni sangat best. Chill & rileks. Sunyi & privacy sangat. Jenis bilik tu kalau korang ambil yang pool access pun best jugak. Bukak pintu je terus jumpa kolam hehe. Nak share gambar Kasih mandi kolam tapi itulah dia nyaaaa gambar dalam hard disk dah :P Kalau tanya aku, recommended untuk bercuti di sini kalau bukan waktu peak season. Sebab staffs sini kata kalau waktu peak season visitors boleh mencecah 200 orang dan waktu makan sangat crowded.. penuh cafe. Resort ni tutup bulan November sampai March untuk beri laluan kepada monsoon hehe. So plan your journey ok. So far masa kitorang pergi ni, keadaan laut ok tak bergelora sangat walaupun orang cakap monsoon baru habis, laut berbahaya semua hati ni memang risau jugak sebelum pergi tapi alhamdulillah semuanya selamat :)

In term of resort, aku prefer resort ni sebab ikut rate dekat Tripsadvisor. Tak sure dah mention ke belum sebelum ni, pulau ni cuma ada 4 resort so terpulang koranglah nak pilih yang mana. Sebelah Summerbay ni ada Sari Pacifica Resort, sempat jugak aku pergi melawat sana satu hari tu mencari spa & saloon sebab Summerbay takde spa. So korang boleh pergi buat spa treatment dekat sana jugak. Lagi dua resort tu dekat the other side of the island (jetty lain) so takdela nak buat lawatan ke apa ke sana hehe. Food wise, for me foods dia memang varieties dan banyak choices. Nasi dengan mi wajib ada setiap kali makan. Cumanya lauk lauknya ke arah Chinese dish sebab memang dorang fokus ke arah tu kot. Tapi aku ok je, suka je makan lauk chinese ni. Banyak halia sedap ! Kalau pergi nak rileks rileks je bolehla kot ambil pakej bilik dengan breakfast aje. Tapi kalau nak buat snorkeling or diving semua tu, better ambil package. Lagipun makan dah include semua, tak payah nak pening pening lagi. Bukannya ada pilihan lain nak makan pun dekat situ hehe. Cuma ada cafe tu dan mamak kecik yang bukak di waktu malam aje. Kalau nak bayar asing tiap kali waktu makan, memang pricey rasanya. So itu ajelah tips dan cerita yang dapat aku kongsi untuk vacation kali ni :) 

Next entry, sambung cerita last day di Kuala Terengganu before depart to Subang and back to reality. Hehe.


Thursday, March 24, 2016

Petua Baiki Nasi Mentah

Cerita semalam, aku punya semangat nak buat nasi lemak untuk breakfast, sebelum tidur lagi dah goreng siap ikan bilis dengan rebus telur. Sambal pulak, stok sambal sentiasa ada dalam petiais tu, tinggal nak lebur aje.. So, bangun pagi tinggal nak masak nasi dengan buat sambal je.

Semangat ni, tunggu nasi masak semua.. Dah siap la kopek telur, letak sambal dalam tupperware untuk bekal husband.. Alih alih kan, nasi mentah !! Husband pulak dah siap nak keluar time tu, tak sempat nak tunggu aku alter nasi mentah tu T____T nasib baik dah memang prepare overnight oat untuk dia malam sebelum, so okaylah sila lah breakfast overnight oat je haha.

Lepas tu, aku pun google la "petua baiki nasi mentah" hahaha dengan harapan jumpa petua. Sekali memang ada uols.



 Caranya, isikan air panas dalam satu mangkuk/bekas. Buat lubang kat tengah tengah nasi tu, letakkan mangkuk air panas tu. Tutup rapat rapat. Masak atas api slow selama beberapa minit. Memang magic, nasi lemak aku yang rasa berbijik bijik tu terus elok lepas tu ! Syukurrr dapatlah jugak Mama dengan Kasih berbekalkan nasi lemak hahaha. 

Yay, dah selesai masalah nasi mentah aku ;D ;D ;D

Kekdahnya dua hari berturut turut bawak breakfast nasi lemak sebab sambal berlebih. Dua kali lah kena masak nasinya. Heyy esok back to overnight oat ye. Hahaha.

Oh hari ni siap ada kudap kudapan sebab nak habiskan stok roti. Sandwich double decker !


Roti lapis telur lapis tomato lapis salad lapis cheese ;D

Selamat menternak lemak dengan jayanya !

Wednesday, March 23, 2016

First Snorkeling Trip for Kasih

07032016

Masih hari pertama sampai. Check schedule, kitorang ada Redang trip pukul 2. Sedang elok lepas lunch gitu lah. Check in bilik, Kasih punya excited tengok pool depan bilik. Ahaha.

So rehat rehat kejap, tukar baju yang sesuai untuk snorkeling. Padahal aku pakai track suit dengan t shirt je haha. Kasih je yang beriyer swimming attirenya, siap dengan selipar pantai Ipanema. Masa mula dapat schedule, kitorang tengok hari first dah ada snorkeling trip ni. Tak penat ke.. Takpelah kita rileks rileks je. Kalau tak penat, join lah. Kalau penat, rehat je lah kan. Takde nak terkejar sana sini. So rasa okay je petang tu, jomlah kita.


Skeri kan bayang bayang tu. Hahahaha.

Tengah tunggu boat masa ni. Nak ke snorkeling spot dekat Redang tu dalam 20-30 minit macam tu lah. Sejuk je kena angin laut. Oh, snorkeling gear kena sewa asing ye, tak termasuk dalam package tapi kita sewa sekali je, nak check out nanti baru return. Life jacket RM 15, goggles RM 15. Kasih cuma sewa life jacket je sebab googles takde saiz dia. So nanti masuk air berendam tengok ikan gitu je lah takde la nak snorkeling.. Haha Mama pun tak berani nak tengok dia masukkan kepala dalam air nanti sebabnyaaa Mama ni penakut air ! Ingat lagi first time pergi snorkeling dekat Krabi, berpaut paut aku dengan husband. Dia la stress hahaha nak gerak pun payah bini melekat je kat sebelah. Bila rasa dah stabil sikit, dah kena panggil naik boat :P itu cerita dulu kat Krabi lah.

Summer Bay ni, snorkeling trip dia best. Sebab water guard ramai. And very helpful. Masa briefing tu aku dah inform siap siap nanti nak bawak Kasih turun, boleh ke ? Diorang cakap boleh, nanti water guard akan pegang Kasih la sepanjang kat bawah tu. Lepas tu aku pun bagitau, Mak Kasih pun takut air, tak pandai berenang. Boleh tolong pegang tak ? Hahahhaa muka tak malu je bagitau. Yelah, karang kalau malu tak bagitau awal, orang lain seronok snorkeling, mak berpaut di tepi boat kan.. Masa turun bawah tu, aku dah berpaut kat tangga aje hahahaa taknak lepas. Ngok ngek sangat perangai. Pastu water guard tu guide la suruh rileks.. Lama jugakla masa nak bertenang tu. Dia pegang Kasih lepas tu bagi aku floating device tu ala ala pelampung tapi comel sikit lah haha. So dia la bawak ke sana sini, takde lah aku takut dok tengok bawah tetibe je dah di tengah lautan jauh dari boat !! Haha drama sangat tau. Takde gambar snorkeling nak share lah sebab takde camera water proof haha. Gambar gambar lain pulak dah transfer ke hard disk.. Tapi cantiknya spot dekat Redang tu. Menurut diorang, spot tu baru dibukak semula selepas ditutup lebih kurang 10 tahun untuk proses pemuliharaan batu karang. Kitorang siap bawak roti nak bagi ikan makan semua. Kasih punya reaksi ? Dok keras tu masa abang tu pegang dia, pastu bila tanya nak naik boat dah ke nak mandi lagi ? Nak mandi.. Haha takut takut berani rupanya..

Lepas snorkeling, diorang bawak kitorang singgah ke Redang sekejap. Kalau nak minum minum ke apa, free & easy dalam 2 jam macam tu. Redang ramai orang ye.. crowded rasa. Kitorang takde rasa nak minum ke apa so bawak Kasih main pantai je lah. Ombak dekat Redang macam ganas je. Takut tengok.. so main jauh jauh sikit lah hahaa.

Otw balik ke Lang Tengah tu, Kasih elok dah tidur.. Penat lah tu perjalanan dari pagi kan.. sampai pulau rehat kejap main air lagi pergi sana sini.. Malam pulak takde aktiviti, duduk bilik tengok movie je. Kalau rajin boleh jalan jalan pantai tu, diorang ada buat blue sands tour tapi kitorang tak join pun first night tu. Letih. Oh, dekat resort tu cafe tutup pukul 9 malam. So kalau lapar lepas tu ada la kedai ala mamak dekat situ yang bukak sampai pukul 12am tapi kitorang tak pernah try pergi pun. Biasanya malam dah penat, lepas dinner rehat rehat je dalam bilik :)

Tuesday, March 22, 2016

Pulut Kuning & Rendang Ayam

Dalam WhatsApp family, kita kan selalu update each other pasal perkembangan masing masing. Topik paling popular adalah topik Emak masak apa ;D so baru baru Emak ada masak pulut kuning dengan rendang ayam. Ni favourite aku ni. Ingat lagi time raya dok ratah rendang berpinggan pinggan haha sedapnya rendang Emak.

So, weekend lepas Kakngah balik rumah. Biasalah aku saje suka usik emak saje cakap dalam group, sedapnya pulut kuning & rendang ayam.. Sebenarnya aku saje cakap main main je. Tapi biasalah bukan tak tahu naluri dan perangai Emak, mesti akan nak siapkan jugak untuk anak kan.

Dapatlah pagi ni breakfast pulut kuning & rendang ayam sedap !!

 

Terima kasih Emak. Terlalu sayang :-*

Monday, March 21, 2016

Perjalanan ke Pulau Lang Tengah

07032016

Pagi pagi dah kena kerah bangun oleh husband. Tak bagi can langsung nak berlama lama tidur di hari cuti :P husband aku ni punctual orangnya. Bininya aje yang tak punctual (mengaku siap). Resort yang kitorang booking dekat Lang Tengah tu dah inform driver akan pick up dekat hotel pukul 8.30 pagi untuk ke Merang Jetty. Jauh ok dari pekan Kuala Terengganu nak ke jeti tu. Adalah sejam gitu. Mujur tak ambil flight awal pagi. Asalnya plan nak amik the earliest flight then shoot ke jeti. Kalau macam ni memang patut kena spend satu malam dekat KT so esoknya tu tak terkejar kejar. Sebabkan bangun awal, tak sampai hati nak kejutkan Kasih tu. Biar je la dia tidur cuma tukarkan baju aje. 


Memang lena tidur sampai otw ke jeti baru sedar dah dalam van ;D
Gaya taknak kalah ahaha. Selepas perjalanan lebih kurang satu jam, kitorang pun sampailah ke jetty ni. Dia macam private jetty la. Jeti kecik je. Situ ada la kaunter satu. Bag nanti driver tu semua yang bawak turun. Diorang tag ikut nama elok elok semua. Kita cuma bawak turun badan je. Oh, btw situ ada kedai makan jugak so kalau tak breakfast lagi tu bolehla breakfast kat sini sementara tunggu masa nak naik bot.

Kitorang tunggu tak lama pun, dah dipanggil naik bot. Bot dia sederhana besar lebih kurang dalam 20 orang. Kalau nak smooth ride, taknak bumpy sangat pilih tempat duduk belakang. Selesa sikit. Life jacket semua ada, size Kasih pun ada.


Aik belum sampai pulau lagi dah itammmmmmmmmmmmm. Laki ai kat belakang tu taktau mengenang nasib ke apa haha :P

Kasih excited je naik boat. Nak nak lagi bila langgar ombak, haih Mama dia cuak dia boleh bersorak lagi. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Huwaa lama tak rasa perjalanan nak ke sini ? Haha dari pekan nak ke jetty pun dah lama, lepas tu perjalanan naik boat lagi. Layan je lah nasib baik takde mabuk ke apa. Syukur sangat Kasih behave je.

Sampai sana kitorang disambut oleh staff resort tu. Dapat welcome drink dengan towel sejuk. Ahhh nikmatnya minum air halia sejuk dengan lap muka sikit dengan tuala sejuk. Haha. Dalam pukul 10.30 pagi macam tu kitorang sampai. Bag semua memang tak payah risau. Dorang angkat hantar ke bilik terus. Oh, kitorang booking holiday package directly dengan resort 4D3N. So everything has been arranged tak payah pening pening lagi nak fikir.


Package included,

Untuk info lanjut, korang boleh pergi check website diorang terus --> SUMMERBAY RESORT

Pulau Lang Tengah ni pulau kecil je antara Redang dan Perhentian. Tak famous sangat di kalangan local tapi famous di kalangan orang Cina especially China Mainland. Masa kitorang pergi tu memang kitorang sefamily aje guest Melayu. Briefing pun asing sebab untuk kitorang briefing in English (in private la basically sebab kitorang aje yang ada kan :P), untuk diorang yang lain in Mandarin lah. Aku pilih pulau ni untuk percutian kali ni sebab ianya kecil dan tak crowded. Sesuai untuk rileks rileks saje.. Cantik tau sini.


Panas lit lit kannn !



Thursday, March 17, 2016

Recipe - Ginger Beef Kue Teow

Jap ye, bagi laluan dekat resepi ni lalu dulu. Nanti esok esok lupa :P


Resepi dari Aisha Sukor kat FB. Sejak viral resepi ayam bali dia tu, aku terus follow sebab resepi resepinya senang belaka. Kena lah dengan jiwa ni hehe. Okay, tempek resepi sini.

Bahan
Kuetiau
Daging
Kicap pekat
Minyak bijan
Tepung jagung
Telur 2 biji
Cendawan
Halia muda - hiris kasar
Bawang besar - blend
Bawang putih - blend
Daun bawang

Cara cara
1. Gaulkan kuetiau dengan kicap dan minyak bijan.
2. Goreng sekejap, ketepikan.
3. Gaul daging dengan sedikit tepung jagung. Panaskan minyak, stir fry sekejap.. balik balikkan bagi rata.
4. Masukkan hirisan halia dan bahan blend tadi. Tumis sampai naik bau.
5. Masukkan sos tiram (2 sudu), kicap pekat (1 sudu) dan minyak bijan. Kacau rata.
6. Masukkan dua cawan air, biar menggelegak.
7. Masukkan cendawan dan daun bawang.
8. Bancuh satu sudu tepung jagung, masukkan ke dalam kuah.
9. Pecahkan 2 biji telur, kacau dan tuang tinggi ke dalam kuali. Tak payah kacau.
10. Biar sekejap, kacau sikit dan siap. Bolehla tuang atas kuetiau tu.

Sedap ni !!



Wednesday, March 16, 2016

Trip to Kuala Terengganu

Hi, Assamualaikum.

Dah lama sangat plan untuk cuti cuti ni. Akhirnya jadi kenyataan jugak haha. Menabung seposen sehari akhirnya cukup jugak duit :P ahaha gittew kan. Itu cara cara nak pergi bercuti dalam negara tu. Kalau ke luar tu, bilalah agaknya dapat pergi ye. Semoga murah rezeki, dapat pergi bercuti dengan family selalu, amin..

Anyway, dah update kan sebelum ni yang kita orang amik flight untuk ke Kuala Terengganu. Hari yang dinantikan pun tiba. Bukan main lagi shopping barang nak ke pantai, terutamanya si budak Kasih tu lah. Swimming suit baru, beach slipper, swimming diapers, sunblock jangan dilupa haha. So 06/03 tu, adik tolong hantar ke airport.

Kasih tu biasalah tu dia. Aktif. Berlari sana sini. Mama suruh duduk diam ambil gambar kejap, muka gitu dia bagi haha. Tengah tunggu flight ke KT masa ni. Buat web check in so everything went smooth. Kitorang bawak satu bagpack aje. Tough terus jadinya husband saya dok mengusung beg 17kg kat sana :P

 Kasih excited dan teruja sangat sangat nak naik kapal terbang hehe. Muka dan reaksi dia masa kitorang jalan dari gate ke kapal terbang tu, priceless ! Tak tentu arah dia bagitau Papa, kapal terbang ! kapal terbang ! Yeayyyyy !! ahaha. Dalam flight dia behave je, duduk diam sambil makan kacang. Perjalanan dalam 40 minit macam tu lah. Sampai airport KT pukul 2.30pm, terus ambil kereta sewa. Yes, kitorang sewa kereta kat sana sebab nak senang bergerak cari makan, nak ke hotel semua. Dari airport KT nak ke pekan KT pun tak dekat sangat. Dalam setengah jam jugak kot.

So, first destination jom check in hotel. Tidur satu malam dekat KT sebab nak kejar early boat ke pulau esok paginya. Kalau ambil flight pagi takut tak sempat. Tidur dekat Ming Paragon Hotel & Spa. Hotel murah je cari dekat Tripsadvisor dan booking dekat Hotel.com tak silap harga bilik deluxe kitorang tu RM102 macam tu je. Bilik ok, bersih, luas, siap ada sejadah lagi. Parking pun disediakan. Bawah hotel tu ada Secret Recipe, seberang jalan ada jugak nampak kedai kedai makan kalau kalau nak makan. Kedai runcit pun ada. Convenient la senang cerita. Kalau tak amik kereta sewa pun kira ok jugak. Tapi sebab dalam kepala otak ni dah ada plan nak pergi situ kejap, nak pergi sini kejap so kenalah jugak amik. Sewa Axia half day RM 90.

Petang tu cari Pok Nong yang famous tu, jauh ok dari hotel. Haha dah ke arah Merang sana nun. Sampai sampai sana, frust tengok kedai tutup. Perut lapar ni, so pergi je lah kedai jiran. Warung Adik Beradik nama dia. Memang ada haiwan celup tepung je lah. Nasi semua tak ada. Layan jugaklah makan tapi sotong tak seperti dibayangkan. Total makan dalam RM 40++ macam tu, ada ambil sotong 2 ekor, ikan kembung seekor, cendawan goreng, bebola dengan air. Kira ok lah kot ek ? Makan tepi pantai nyaman je rasa. Laut dia Subhanallah cantik sangat ok. Biru je warnanya. Kagum betul. Tapi memang untuk dilihat aje, tak boleh mandi. Ombak ganas.. tengok pun takut huhu.

Lepas tu singgah Giant KT beli sikit barang makanan jajan jajan nak ke pulau :P malam pulak pergi dinner dekat Matt Orie Corner. Tau kedai ni sebab Kak Di pernah mention, so aku pun mengajak la husband try sebab dekat je dengan hotel. Not bad lah. Another choice untuk kita yang nakkan makanan segera yang dikeluarkan oleh orang Melayu Islam.

Ok, cerita pulau sambung nanti :P


Monday, March 14, 2016

Celoteh Kasih : Bertimbang Rasa

Kebelakangan ni, aku ni cepat penat. Faktor usia kot :P maklumlah tahun ni dah masuk 3 series.. err seriously in denial Okay. Orang tanya umur, entah kenapa aku bagitau 29 tahun lagi. Haha ini dasar tak sedarkan diri ni.. Anyway, lately ni memang sangat penat. Balik kerja normally akan tidur sekejap, lepastu baru bangun masak, solat Maghrib dan layan Kasih. Kesian dia terpaksa faham keadaan Mama yang penat, bila Mama tidur dia akan duduk diam je sebelah main lah apa apa mainan dia.

Sampai satu hari tu, aku macam biasalah balik kerja. Baring rehat dulu kejap. Then puff tertidurrr.. (macam biasaaaa). Lepas tu pukul 7 petang, bangun nak sembahyang. Elok je habis sembahyang, Kasih datang dekat aku.. Telekung pun tak bukak lagi ni..

Mama, mama dah habis rehat ? *sambil senyum*

Dah sayang, kenapa ?

Kasih laparla Mama..

Wuaa rasa bersalah terus Mama ni tau. Sebak pun ye anak yang kecil macamni dah boleh nak faham keadaan Mama. Dah boleh nak bertimbang rasa. Rasa bersalah n bad mother pun ada sebab selalu sangat hilang sabar dengan Kasih :(

Satu situasi lain,

Papa dia tengah tidur dekat tingkat atas. Mama terjerit jerit panggil dari bawah tak dengar. Aku tak tau pulak husband aku ni tengah tidur sebab katanya naik atas nak buat kerja.. Nak call, handphone takde bateri. Nak naik tangga, Kasih sorang kat bawah. Takut dia pun ikut sama naik. Tapi takde choice, aku pun naiklah. Nak jenguk apa husband aku tengah buat ni.. Pesan dekat Kasih suruh duduk diam kejap, Mama nak tengok Papa..

Naik atas, tengah Papa tengah tidur. Aku biasalah, kadang suka dengki :P kejutkan dia lepas tu bebel bebel penat panggil nape tak dengar bla bla bla (biasalah perempuan)

Lepas tu turun.

Bila sampai kat bawah, Kasih tegur aku..

Mama, kenapa Mama kacau Papa tidur. Biarlah Papa tidur, kesian Papa. Papa penat

Mama speechless...

Kasih, Kasih.. bukannya awak yang perlukan Mama tau. Tapi Mama yang perlukan awak. Banyak benda yang Mama belajar sejak awak ada. Yang paling penting sekali, belajar untuk jadi lebih sabar..

Thank you sayang. I love you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...