Monday, January 6, 2014

2013 Highlights, Hello 2014 !

Assalamualaikum,

6 hari dah berlalu di tahun baru. How time flies. 10 important things that happened to me in 2013.

1. Permulaan tahun yang sangat gembira. Saya start 2013 dengan maternity leave. 2nd January 2013, pukul 7.13 pagi saya telah selamat melahirkan our little bunny. Pelengkap hidup saya dan suami. Penyeri keluarga kami. Alhamdulillah.


Mai la baca pengalaman bersalin saya.


2. Kasih dah pandai gelak besar 


Hehee, life saya semenjak ada Kasih ni memang dipenuhi dengan dia aje. Tapi betullah, adakala kita terlalu sibuk menjadi ibu sehingga lupa untuk menjadi isteri :( Husband banyak tolak ansur, kadang time dia nak bermanja time tu la Kasih mengendeng sama hehe. Sorry sayang, I love both of you so much !!

3. Buat keputusan untuk berhenti kerja di tempat lama. 2 tahun kerja, I let it go demi nak dapatkan kerja yang dekat dengan rumah. Demi Kasih. Alhamdulillah, dapat saya kerja di Kota Damansara. Tapi nasib tak baik lepas tu, ofis nak pindah pulak ke tempat sekarang ni. USJ 25. Jauhnya dari rumah, menyesal pun ada tukar kerja. Kalau tahulah ofis nak pindah, sumpah tak berhenti. Tapi benda jadi ada hikmah, jadi saya akan terus tersenyum :)

4. 

Saya buka order untuk kek karamel. Dalam status ni harga lama ye, sekarang harga baru RM 40/piece. Hehee. Dulu aktif ambil order, sekarang makin slow. Tak terkejar pulak nak buat. Tapi kalau ada yang nak order dan sanggup menunggu, insya allah akan diusahakan. 


Sedap yum yum yum. Bukan saya kata tau, customers saya yang kata.

5. 

Dah naik kerja masa ni selepas cuti bersalin. Ada masalah dalam buat stok EBM untuk Kasih. Maria approached, perkenalkan supplement Shaklee untuk saya. Dah alang alang nak makan, saya pun join jadi member. Masa ni join cuma niat nak beli makan sendiri aje. 

Sampailah bulan 9 tahun lepas, saya terbuka hati untuk serius dengan Shaklee. Dan makin hari makin cinta ! Buat side income tanpa perlu simpan stok, tanpa perlu nak keluar meeting lewat malam, tanpa perlu susah payah keluar cari orang. Sedang berusaha untuk menggapai impian sekarang, supaya saya boleh lupakan kerja sekarang dan fokus kepada Kasih sorang saja :) oh my, saya memang sangat obses dengan Kasih Safiyya la.

6. Somewhere in June, Kasih already started her first solid food. 


Holoh holohhhhhhh anak Mama ni, comelnya :)

7. October, Darling Husband changed his job. Dari sales field kepada construction field. Dari Shah Alam ke KL. KL uols tahulah, memang jammed yang amat kan. Jadi kitorang bincang, walaupun berat hati tapi saya terpaksa setuju dengan cadangan Darling Husband untuk jual kereta dia dan beli motor. Hati saya ni risau kalau husband naik motor, tapi tak ada pilihan. Terpaksa benarkan, semoga Allah sentiasa lindungi suami saya.


Dan tercapailah impian suami saya nak beli motor. Kalau tak dari dulu asyiklah hint sayang, nak beli motor, nak beli motor, nak beli motorrrrrr haha. Jaga diri bebaik k sayang ! 

8. Finally, in September I managed to get my pre pregnancy weight. Wooohooooooo !!!!


From this,


To this,

Phew, finally. Ingatkan tak boleh kecut balik dah. Dah dah muat skinny jeans ahkak yang size 27 tu yuholss :D

10. Oh, dan lagi yang saya ingat. Husband and I decided not to use stroller, we prefer baby wearing instead. Yang sebenarnya, saya lah tu yang nak dan suka sangat baby wearing lepas tu saya paksa husband suka sama. Hehe. We bought Boba Wrap somewhere in April. 



I love Boba Wrap, but husband refused to wear. So, we changed to Boba Carrier after that.


Cakap tadi 10 highlights aje kan, nak tambah satu lagi boleh ? Saaaaaaatu je lagi ye !

11. Bila saya dah naik kerja, mulanya hantar Kasih ke rumah pengasuh. Tapi kemudian saya tak berkenan dan tak puas hati.


Macam macam hal, adik adik saya yang tolong jagakan Kasih untuk lebih kurang sebulan sebelum saya cari taska untuk Kasih lepas tu.


Sekarang, Kasih dah tukar taska baru. Baru hari kedua. Kesian dia sedang monyok kat sana :( Sabar ye sayang, demi kebaikan Kasih jugak. Balik karang, Mama bawak beli anak patung yang Kasih suka sangat tu ye, sayang ?



So, bye bye 2013. Hello 2014 !

May 2014 brings prosperous and happy year ahead !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...