Tuesday, January 7, 2014

Kasih Safiyya Turns One 1 !!!

Assalamualaikum,

2nd January 2013 - 2nd January 2014

Genap setahun umur Kasih Safiyya saya. Ya Allah, tak terkata dan terucap betapa nikmat dan indahnya menjadi seorang Mama kepada Kasih. Betapa sayangnya saya dekat dia sampai kadang kadang rasa macam paranoid, obsessive dan over protective. Hehe. I love you Kasih.

Tak ada sambutan hari jadi besar besaran. Cuma ada niat nak buat majlis doa selamat dekat kampung, tunggu bila balik kampung nanti lah. Dan saya masih berangan nak buat kek ni untuk Kasih.



Takpe, berangan itu free. Cita cita kena tinggi, barulah boleh diusahakan, kan kan :P Insya Allah Mama akan buat kek ni untuk Kasih ye. Sebab awak tu bukan boleh makan kek betul lagi ye sayang :) Oh, saya ni memang cerewet bab makanan untuk Kasih. Cerewet tahap kelapan. Saya tak boleh terima orang suap apa apa yang merepek kat Kasih, contohnya keropok ke air manis ke memang boleh bikin muka saya jadi biru kat situ jugak. Saya harap orang dapat hormat pendirian saya untuk control pemakanan Kasih.

Saya dan suami ambil cuti 2hb hari tu. Yelah, special day hokey. Niat asal nak bawak Kasih main pasir dekat pantai tapi saya paranoid (ye, balik balik saya yang paranoid. Husband saya cool saje). Sekarang kan kerap hujan, takut pulak nak ke pantai. Jadinya kitorang bawak Kasih ke Melaka je lah. Pergi Zoo Melaka dan jalan jalan sana lah. Akhirnya tercapai jugak cita cita husband saya nak ke Zoo. Hahaha. Dari zaman bujang dulu asyiklah ajak saya dating ke Zoo Negara, saya pulak tak minat binatang ni ok. Koser mak. Ni dah ada Kasih, gagahkan jua la pergi ke Zoo. Sumpah gagah dan gigih uols. Tengah hari panas rembang ke Zoo Y________Y Punyalah penat.

Kasih bukan reti enjoy sangat pun hahahahaha. Binatang besar besar macam gajah, zirafah tu dia respons lah. Yang kecik kecik ni dia bolayan je. Takpelah, besar sikit nanti kita ajak Papa pergi lagi, ye ? Tapi kita naik tram lah ye. Letihnya nak ronda Zoo tu haritu. Hehe. Tapi takpe, spending time together itu yang lagi penting kan.

Kasih Safiyya,

Happy birthday sayang. Mama bahagia dengan kehadiran awak sejak awak dalam rahim Mama lagi. Awk ni senang dijaga, tak banyak karenah, manja.. Suka sangat baring dengan perut Mama lah, lengan lah, peha la. Ikut dan aje. Kadang tu berhimpit himpit dengan Mama kat atas katil padahal tempat lain banyak kosong lagi tapi nak menempel kat bawah ketiak jugak. Hehe. Hati rasa penuh dengan awak lah sayang :)

Waktu tidur malam paling kesian kat Papa kan. Kita asyik himpit Papa sampai Papa nak jatuh katil. Hehe. Awaklah yang tidur lasak sangat. Kaki tu kat muka Papa lah, kat dada Papa lah. Macam mana lah budak yang kenit macam awak ni ambil space yang paling luas kat katil tu ha ??

Kasih,

Membesar jadi anak yang solehah, mendengar kata, bijak pandai dan semua yang baik baik ajelah Mama doakan untuk awak. Sayang awak, sayang :*


Love,
Mama

2 comments:

FAD RMLN said...

Mcm best je watermelon cake tu. Nampak gamba kt fb ingat ko buat. Happy besday kasih. Semoga sihat and jd anak solehah.

Zumie said...

happy besday baby kasih..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...