Thursday, February 2, 2012

Tips Krabi

Ada yang tunggu entry ni kan.. Tanya berapa budget semua tu, student pun ada juga tanya. So saya sharelah, boleh agak-agak la macam mana kos dia kan. Rasanya boleh consider murah lah pergi Krabi ni. OK jom cerita secara ringkas pasal budget, costing, nak buat apa, nak duduk mana semua.

Pengangkutan

1. Tiket flight dua orang pergi balik adalah RM 278.
2. Airport transfer dari airport ke hotel adalah 600 baht (RM60)
3. Tut-tut dari Haleeva Resort ke Noppharat Thara Beach adalah 40 baht (RM4) seorang.
4. Tut-tut dari Haleeva Resort ke AoNang Beach adalah 20 baht (RM2) seorang. Sebenarnya boleh jalan kaki je kalau taknak naik tut-tut, dalam 15-20 minit.
5. Dari AoNang ke airport Krabi naik bas adalah 300 baht (RM30) untuk dua orang.

Masa beli tiket ni, saya ambil insurans sekali. Check-in luggage tak ambil sebab cukup je hand luggage tu bawak barang untuk dua orang untuk 5 hari. Check-in luggage je dah berapa kan. Haha kena jimat ok, mana yang boleh kurangkan, kita kurangkan.

Lagi satu, saya buat web check in. So kan boleh check in awal 5 hari. Tengok tak dapat tempat duduk sebelah-sebelah. Masa ni dah terfikir nak beli tempat duduk je. Rm6 satu tempat. Fikir punya fikir, tak payahlah. Rasa bazir pulak walaupun rm24 je pun. So kat LCCT dekat gate masuk tu, saya tanya diorang nak tukar tempat bagi sebelah-sebelah boleh tak ? Boleh rupanya. Ha terus mintak tukarkan tempat pergi balik terus. Yay dapat duduk sebelah-sebelah FOC. Hehe. Ni tips untuk korang yang gelabah macam saya hari tu lah, sedih dah apa ni pergi honeymoon tapi seat asing-asing :p

Penginapan

Kitorang stay di Haleeva Resort, standard room dalam RM600 nett untuk 5 hari 4 malam. Hotel ni best, bilik bersih, selesa. Bilik air pun sama best. Kitorang ambil bilik yang ada balkoni, mengadap jalan. Ada orang tak suka bising kan, so boleh request bilik yang ada mountain view ye. Tapi sebenarnya ok je mengadap jalan pun, tak bising mana pun. Best sebab boleh tengok gelagat orang dari atas. Hehe.

Makanan

Nak makan apa ? Kat mana ? Halal ke tak ? For sure soalan ni banyak berlegar-legar kat fikiran korang kan. Samalah macam saya sebelum pergi dulu. Tapi sebab saya pun ada kawan yang dah pergi, so tak cuak kebebeh sangat :p

Pasal makanan, boleh dikatakan takpayah risau. Sebab makanan halal banyak. Senang nak cari. Kitorang selalu makan dekat gerai area McD tu. Harga pun murah je dalam 40 - 60 baht (RM 4-6). So boleh budget lah untuk makan dalam sehari lebih kurang 200 baht (RM 20). Lagipun kalau dah join tour, biasanya dia akan provide lunch sekali.

Makanan wajib try : padthai, pankek, laksa thai, tomyam, ayam panggang, somtam, nasi lanta. Tak lupa kopi ais sedap depan masjid jangan lupa try tau !!


Aktiviti

Kitorang cuma buat 3 aktiviti je, macam dah tulis sebelum ni. Island tour, water rafting dengan elephant trekking. Setiap satu aktiviti ni makan masa satu hari suntuk. So pandai-pandailah plan nak buat apa semua. Macam kitorang, hari kedua buat island tour. Elok cuaca panas terik. Sesuailah kan. Hari ketiga tak join tour, buat aktiviti sendiri. Hari keempat pergi waterrafting, hujan sangat lebat wuwuwuwu. Tapi nak berakit ni okla hujan, barulah lagi mencabar kan :p

Katalah korang dah booked untuk island tour, sekali esok tu hujan. Dia akan batalkan trip tu, boleh refund balik la duit. Cuma rugi dah la satu hari sebab tour ni semua biasanya kul 7.30 - 8 pagi dah pick up.

Aktiviti yang boleh buat kat sini, snorkeling (dah tentu !), island tour, island hopping, rock climbing, ATV, elephant trekking, water rafting, kayaking, melawat temple, Emerald Pool, Hotspring, jungle trekking

Recommended buat snorkeling, island hopping dan juga water rafting (9km tau!). Yang lain-lain tu kalau ada masa dan budget lebih, bolehla buat juga.

Kalau nak pergi massage pula, banyak je tempat kat situ. Tapi saya sangat suka pergi AoNang Haven. Situ tenang best gila. Dekat area kedai depan McD tu jugak. Carilah ye. Tempat tu kecik je pun :p eh tapi kecik-kecik pun banyak betul 7E kat sana. Harga air dekat 7E lagi murah dari kat gerai-gerai tu. Hehe.

Klik untuk entry -- >


KOH PHI PHI TOUR
ELEPHANT TREKKING
WHITE WATER RAFTING
NOPPHARAT THARA BEACH
SPA TERBAIK DI KRABI



Kesimpulannya, perbelanjaan percutian kali ni lebih kurang RM2000 je untuk dua orang, dari pengangkutan ke penginapan ke aktiviti dan shopping sikit. Hehe. Ingatkan terpaksa tukar duit dah kat sana, tapi cukup rupanya :)

So, boleh dah lah ye agak-agak macam mana ni ? Ada soalan yang tak terjawab lagi tak ? Kalau ada, emel ataupun boleh komen bawah ni.





<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...