Wednesday, January 25, 2012

Krabi : Koh Phi Phi Tour

Kitorang ambil pakej Koh Phi Phi Tour untuk aktiviti hari kedua di sana. Aktiviti ni termasuk snorkeling lepas tu dia bawaklah pusing-pusing pulau di sana. Memang kalau korang ambil pakej macam ni, senang. Tak payah nak fikir apa dah untuk satu hari sebab aktiviti dia full day, 8 pagi smpi 5 petang.

Untuk pakej ni, harga dia 1200 baht seorang. 

Harga ni depends pada tempat yang korang ambil, tapi basically saya tengok lebih kurang je harga dia. Lagipun kitorang semua ambil melalui hotel je, diorang lebih tahu kan agency mana yang best semua tu :D


Kalau korang engaged pakej ni semua memang tak payah risau pasal transport, dia akan pick up dekat hotel. So dari hotel kitorang nak ke jeti ni dalam setengah jam kot. Naik speed boat untuk island tour ni. Air semua tak payah bawak pun tak apa. Dia dah sediakan dalam tu.


Tempat first yang dia bawak atas ni, Maya Bay kalau tak silap. Hehe memori dah mulai memudar lah ni. Maklumla banyak tempat dia bawak, dah tak ingat sangat dah saya apa tah nama dia :p


Snorkeling ada dua tempat dia bawak. Tempat pertama di Loh Sama, tempat kedua pula di Hin Klang. Tapi kan korang, saya ni penakut air. Penakut nak masuk air, penakut nak masukkan muka dalam air. So, ini pengalaman pertama saya buat snorkeling. Masa kat Pangkor dulu, suami ada buat snorkeling juga tapi saya duduk tepi je tengok. Yes again, penakut air.

Ikutkan hati memang taknak saya masuk air ni, tapi dah datang jauh-jauh gila kau taknak buat kan ? Air dia dahla crystal clear biru memang cantik sangatlah. Saya pun beranikan diri, dari speed boat nak terjun masuk air pun dah satu hal. Haha. Lepas tu bila dah masuk air, setengah jam pula suami nak tenangkan saya. Lepas tu nak pujuk saya lagi supaya masukkan kepala dalam air, ajar nak imbangkan badan lagi semua. Haha. Kesian dia buang masa dah sebab nak tenangkan isteri.

Dan akhirnya saya berjaya juga buat aktiviti snorkeling ni *muka bangga. Haha

Memang cantikkkkk dalam tu, dengan ikan warna warni. Terumbu karang semua. Tempat first pergi tu masa air tengah surut, jadi kena pakai life jacket takut terpijak terumbu karang. Tapi kalau dah namanya saya, kat mana-mana pun mestilah kena pakai life jacket. Bukan reti nak berenang kan :p

Ingatkan bila dah bertenang boleh buat snorkeling tu kat tempat first tu kan, bila dah bawak pergi tempat kedua takdela masalah. Rupanya masalah yang sama berulang lagi. Hahahaha. Serius kesian suami tak dapat dia menikmati sangat aktiviti ni. Mana taknya, isteri nak berpegang setiap masa. Tak boleh lepas, kalau lepas jadi macam takut sangat. Tak tentu arah jadinya T_T

Jomlah saya share sikit-sikit gambar pulau kat sini. 


Ini dekat Phi Phi Island. Kat sini macam ada satu bandar lain. Kalau korang suka night life yang happening, bolehla stay dekat sini. Banyak juga orang berjual-jual kat sini. Harga barang, ada yang murah dari Ao Nang, ada yang mahal melampau. Katanya pulau kan, apa je yang tak mahal ?

Lunch pun dekat Phi Phi Island ni. Semuanya under tour. Lunch dia best tauuuu, banyak gila lauk. Takpayahla korang nak keluar duit lagi untuk makan lauk pauk Thai kat restoran kat luar kan :D


Viking Cave. Cantik kan air dia. Ni tempat apa, sila la google untuk info lebih lanjut.


Air kat sana memang jernih cantik suka sangat. Best. Subhanallah, pemandangan dia memang sangat cantik.


Ini destinasi terakhir. Bamboo Island. Pantai putih bersih pijak lembut je rasa. Boleh mandi semua dekat sini. 

Join tour ni memang best. Kira memang dia jagala customer dia. Makanan semua memang banyak, terlebih-lebih pula tu. Tak cukup dengan lunch, dalam bot tu bekalan air mineral dia banyak gila, minumlah sebanyak mana nak pun. Dengan buahnya lagi, dengan kek lagi. Kata main air kan, haruslah cepat lapar.. Tempat yang dia bawak pun best, rasanya berbaloi dengan harga :)

P/s 100 baht lebih kurang RM10 ye

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...