Entry ni banyak betul gambar T_T
Tapi saya dah susun molek-molek bagi tak panjang sangat entry ni :p
OK, hari ketiga kat sana kitorang takde join apa-apa aktiviti pun. Saje nak rileks, jadi ambil keputusan hari tu nak jalan-jalan je.
Untuk panduan yang nak pergi sana, Krabi ni besar. Area saya stay ni nama dia Ao Nang. Pantai dia pun pantai Ao Nang. Ada lagi satu pantai depan sikit dari dia, Pantai Noppharat Thara nama dia. Terbelit lidah saya nak menyebutnya kat driver tut-tut tu. Haha
Ni suami punya idealah. On the way balik dari snorkeling, ada lalu pantai ni. Nampak meriah jugak. Tanya dekat kaunter hotel macam mana nak pergi sana. Boleh naik tut-tut. Baru first time nak naik ni. Kalau dari hotel tu nak ke Ao Nang, harganya 20 baht (RM2) seorang. Itu walking distance tu, dalam 15-20 minit. Tu la saya cakap transport kat sana sedikit mahal. Kalau dari hotel nak ke Noppharat Thara pulak, 40 baht (RM4) seorang.
Seram oi naik tut-tut ni. Gayat semacam rasa. Haha. Yelah, bukannya ada apa-apa penahan pun kan, angin kuat gila, habis terbang-terbang shawl saya T_T
Abang tut-tut memang baguslah. Pandai cakap English. Dia pun bawak slow-slow sambil cerita pasal pantai semua tu, memang bestlah. Susah nak jumpa orang Thai yang fluent English.
Sampai Noppharat Thara memang ngam-ngam waktu lunch. Abang driver pun dah tunjukkan mana kedai yang halal semua. So, kitorang pergi satu kedai ni. Masa nak order tu kan, ada papaya salad. Lepas tu suami tanyalah,
Papaya salad is same to somtam or not ?
Lepastu muka kakak tu macam blur je. Saya pun cakaplah dekat suami,
Dia tak faham kot somtam tu apa.
Lepas tu dah order semua, takpelah. Suami keluar ke depan kedai sekejap jenguk apa yang ada. Lepastu, kakak tu tadi tanya suami,
Dik, kau boleh cakap Melayu ke ?
Haha terperanjat sakan kitorang. Rupanya orang kedai tu pandai cakap Melayu. Excited suami cerita kat saya yang kakak tu tanya dia camtu :p Saya pun excited jugak, approach la sorang lagi pekerja dia. Saje je tanya,
Eh, boleh cakap Melayu ke ?
Boleh kak.
Orang Melayu ke ?
Taklah, memang orang Thai tapi boleh cakap Melayu.
Haha, terus rasa seronok sebab tak sangka diorang reti cakap Melayu :P Yelah, excited lebih walhal kau pergi Thailand je pun kan, logikla kalau diorang boleh cakap Melayu pun.
Gambar ikut pusingan jam : Kakak yang boleh cakap Melayu - Nasi goreng untuk lunch - Papaya salad @ somtam - Singgah shopping jap :P
Ini pantai dia. Panas memang terbaiklah untuk sunbathing. Budget bagus betul, kulit dah gelap nak sunbathing apanya T_T
Dekat situ ada satu beting pasir tau. Boleh jalan kaki dari pantai ke tengah laut :O
Nampak tu laluan dia ? Agak jauh ke tengah jugak.
Sebelum jalan, posing dulu sikit.
Nampak ni laluan dia. Cuma tengah-tengah tu je ada air sikit. Paras buku lali gitulah.
Jom kita jalan !
Dan berjalan..
Ye, dah sampai kat tengah-tengah tu. See, air tak dalam mana pun. Ini kalau tak silap muara, kan ? Pertembungan sungai dan laut. Kalau tak silap sayalah.
Dan, dah sampai !
Suami sorang je mandi, saya berehat-rehat di bawah pepohon rendang je :p
Tapi awas, kawasan ni akan ditenggelami air bila air pasang. Saya ada tanya pada sorang akak Thai tu, dia cakap boleh stay sini sampai tengah hari gitu. Lepas tu air akan pasang, kawasan pasir tu tenggelam, lepastu nak jalan balik pun air paras pinggang or dada, gitulah.
So, suami mandi kejap je. Kejap pun, adalah setengah jam kot ke sejam gitu. Masa nak jalan ke pantai balik, tengok kawasan beting pasir yang tadinya sikit je air, dan jadi banyak.
Cuak kebebeh !
Yang saya, tertarik-tarik suami taknak jalan. Sebab takut ok, air paras pinggang di tengah laut. Lepas tu kena berusaha pijak kawasan beting pasir yang betul. Tepi tu kan dalam. Suami pulak bising, kalau dah tertarik-tarik, makin lama air makin naik karang sapa susah !
Haha. Drama betul. Mentakutkan la. Takmoh dah berani-berani pergi sana lagi nanti :P
Korang kalau nak pergi, boleh je. Tapi make sure waktu yang betul semualah, karang buatnya macam saya kan dah susah. Nak-nak lagi kalau tak reti berenang macam saya ni, lagi double susah hati.
Dah letih mengharung detik mencemaskan (cemas la sangat, kau je yang cuak lebih :p), jom isi perut !
Atas tu, pankek chicken + tuna + egg. Sedap okeh yum yumm.
Yang bawah tu, macam taktau pulak.. Banana nutella. Hehe. Kat sini pankek dia lagi best lah dari Ao Nang, sebab murah sikit. Lepas tu, tengoklah Nutella spread dia. Tak kedekut, kan?