Wednesday, February 1, 2012

Bye Bye Krabi

Ooooo sampai hati kata yayy dah habis entry Krabi ye. Belum habis lagi bluwek :p
Semalam final night, ini final day pulak. Baru betul-betul habis haaa.

Flight pukul 2.30 petang so masih sempat la pagi tu nak jalan-jalan sekejap kan. Imagine ye selama 5 hari di sana, 3 hari berturut-turut breakfast dekat kedai makcik kopi yang sedap tu. Takde la pulak nak pergi explore kedai makan lain untuk breakfast. Bila dah hari terakhir ni, baru rasa ee boringlah kedai jom kita cari kedai lain :p

So biasanya jalan kaki sampai area depan Masjid AoNang je. Kali ni teruskan lagi perjalanan ke depan, nanti korang nampak ada 7E. Sebelah 7E ada kedai makan ni. Best ! Pagi-pagi pun dah banyak gila lauk ni. Memang stok makan nasi campur pagi-pagi ke apa orang Siam ni.





Nasi kuning - nasi campur - kari hijau ayam

Sedap gila pedas terangkat ! Saya yang makan pedas ni pun tak tahan pedas masakan dia ni. Tapi sedap. Makan sambil berdoa janganlah sakit perut dalam flight ni karang. Hahaha.


Selesai breakfast, ambil peluang jalan-jalan tepi pantai buat kali pertama dan terakhir. Haha percaya tak berhari-hari duduk sana, ini first time pergi jalan-jalan tengok pantai AoNang. Itupun duduk lepak dekat atas tebing je, tak turun pijak pasir pantai pun. 

Dalam perjalanan nak ke pantai,







Dah sampai pantai, duduk-duduk je. Awal sangat lagi pun time tu, baru pukul 8 lebih kot.








♥ ♥ 


Ops sorry terbesar pulak gambar :p 

Nampak tak jari berplaster tu. Apalah nasib duduk sana asyik tercedera je saya, hari first kaki luka. Hari last jari pulak yang luka T_T

Dalam pukul 10 lebih tu kitorang menapak balik hotel, sempat singgah beli pancake Thai buat kali terakhir. Wihihihi pasal makan, sempat aje kan :p


Banana nutella and cashew nuts. Eh jangan lupa try ok pankek ni kalau pergi sana nanti.


Ni lah owner hotel yang kitorang duduk tu. Haleeva Resort nama dia. Harga affordable, bilik sangat selesa, bersih, dekat dengan pantai (15-20 minit walking distance tu saya kira dekat ye), dekat juga dengan semua tempat macam nak shopping ke, makan ke, massage ke, nak cari tour agent ke. Lagi satu, owner dia boleh cakap English dan memang banyak membantu.

Abang Fifie, nampak tak betapa semangat Mr Sun pegang frame gambar group abang tu ? Hakhak. Siap semangat emel lagi pesan kalau ada kawan-kawan yang pergi Krabi ke kirimkan gambar kitorang pulak nak frame kat sebelah :p

Kalau ada yang berminat nak stay sini, bolehla search dekat Agoda ataupun mintak contact no dekat saya pun boleh.

Oh hari tu masa datang, kitorang amik airport transfer kan. Untuk dua orang 600 baht (RM60). Perjalanan dari airport nak ke AoNang dalam 45 minit. Tapi kali ni tak ambil airport transfer dah. Beli tiket bas. 300 baht (RM30) je dua orang. Jimat sikit. Hihi. Beli tiket tu kat mana ? Kat kaunter hotel jugak. Hehe senanglah semuanya beli kat situ je. Naik bas pun dalam bas tu cuma ada dua couple je termasuk kitorang, takdelah macam tak selesa ke apa.


Pandangan dari atas.

Bye bye Krabi !!!

Next, I will share about the costing, budget, what to do etc


<--- Nang if you LIKE

7 comments:

Ciare Baha said...

tak sabar nak tgu entry pasal all the budget n costing! best ah krabiiii nak g gakkkkk. Bape la agaknya tix flight masa promo ek? now mahal T__T

sharEna said...

ade lagi rupanya psl krabi. agagagga..xpe xpe...cerita lah lagi..aku tetap baca jugak =p

atty's said...

tan sabar nak tunggu entry pasal budget..kot ada rezeki leh kty pergi pulak

farrah said...

izza cantiknya view pantai tu. nicely captured!

nanonano said...

woaaa dh pkai baju ngndung tu?? ehh ye ke? huhu :p

dhiera said...

dah abes entri malam la... kite nak tahu lagi lagi~ kite rasa nak gamble juak pergi sini dengan harapan tak hujan! ohoho... nak kite bawak kan ke gambar izza dgn hubby bile pegi sane? pang!

~daRLee ZuRiS~ said...

Praktis lah Na, kan?kan?kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...