Ok next, white water rafting. Ada yang tak sangka ke dekat Krabi ada water rafting ? Samaaaaaalah dengan saya !
Mula-mula nak ambil pakej 5km. Lepas tu rasa rugi pulak kalau tak naik gajah sekali, sebab satu tempat. Nak upgrade ke rafting 5km + elephant trekking. Diskus dengan orang hotel tu, diorang suggest terus try rafting 9km. Katanya lagi mencabar, dah alang-alang ni try je la kan.
Untuk harga dia pulak,
Water rafting 5km - 1000 baht per person (RM100)
Water rafting 5km + elephant trekking - 1300 baht per person (RM130)
Water rafting 9km + elephant trekking - 1500 baht per person (RM150)
Harga dia kena pandai negotiate. Sebab asalnya dia quote untuk 9km + elephant trekking tu 2200 baht (RM220), tanya dapat diskaun tak.. Tu lah dapat 1500 baht tu. So, pandai-pandailah ye. Pakej ni pun kitorang ambil dekat kaunter hotel tu jugak.
Laksa Thai untuk sarapan.
Pick up dekat hotel pukul 8 pagi. Sekali tour guide hari tu pun pandai cakap Melayu. Hihi, untunglah senang nak communicate :p Tapi kalau dia tak reti cakap Melayu pun, tour guide pasti kena reti cakap English so don't worry.
Tempat first pergi, Monkey Cave Temple. Jauh jugak tempat dia dari Ao Nang. Dalam sejam, tertidur je dalam van tu.
Dalam setengah jam di sini, terus gerak ke area water rafting. Tak ingatlah nama tempat dia. Hehe.
Ok berkenaan aktiviti water rafting ni.. Mula-mula naik tu 5 orang satu rakit. 7 oranglah campur dua orang tekong depan belakang. Sebenarnya diorang la tukang kemudinya, kitorang yang naik ni buat eksyen je pegang paddle. Haha.
Lepas tu masa sampai 1st check point, 5 km. Lagi 3 orang tu turun. Tinggal saya berdua dengan suami dengan 2 orang tekong tu lah. Pendapat saya, laluan 5km kurang mencabarlah. Memang strongly recommended untuk korang try 9 km ni. Jeram dia pergh mencabarrrrr. Nak pulak diorang ni memang suka menyakat. Asyik tergolek-golek dalam rakit tu.
Dua orang tekong ni memang nakal gila lah. Ada jugak port-port yang diorang berenti rehat sekejap, bolehla turun mandi berendam sekejap siapa yang nak kan. Saya, ikutkan tak kuasa nak masuk air sungai yang keruh macam air teh tarik tu. Tapi diorang ni selamba je tarik saya masuk air. Selamba kannn depan suami saya buat begitu, lesing kang ! Haha, tapi tarik life jacket laa. Sedar-sedar je ada orang tarik dari belakang, terus terhumban dalam air. Kongajaqqq kan. Dengan kena kacau dengan rakit lainlah, diorang menyakat jadi ladyboy nak ambil suami sayalah, asyik kena simbah air. Tapi fun gila lah. Buat aktiviti ni memang kena sporting baru best. Sebab ada nampak satu rakit ni senyap gila, orang masing-masing dok terjun main cuak-cuak air dalam sungai, diorang senyap je -_-"
Tapi lepas habis aktiviti ni, merasalah saya dan suami sakit-sakit badan. Mana taknya, langgar batu sana sini, tergolek sana sini. Kena tunduklah apalah. Takpa, balik karang kita pergi urut Thai :p
Biasanya kalau join tour ni, memang lunch diorang provide. So dah penat main air, naik-naik dapat makan. Rasa gembira sangattt haha sebab lapar kotttt !
Water rafting memang best. Pergi try ok ?