Tuesday, January 31, 2012

Final Night In Krabi

Sekejap je dah malam last kat Krabi. Dari malam first plan nak tengok live band dengan fire show dekat kedai-kedai tepi pantai tu, tapi sebab startnya pukul 11 selalunya tak larat nak tunggu. Ada satu bar ni ada poll dancing. Mueheehe. Bersungguh-sungguh saya ajak suami pergi tapi ditolak mentah-mentah. Katanya kalau pergi dua orang buat apa, dia pergi sorang takpelah. Ek eh dia ni 

Sebabkan badan sakit-sakit buat water rafting siangnya, malam macam biasa. Jom kita pergi berurut *wihihi, alasan je tu.


Saya buat Thai massage lagi. Suami buat Adventurer massage, 300 baht (RM30).

Lepas tu cari makan best dekat area McD tu. Beli ayam panggang yang sedap. Dekat sana kan pelik (saya la rasa pelik). Ayam panggang, ikan bakar, sotong semuanya ada dijual dari atas tut-tut tu. Harga rasanya lagi murah dari makan dekat restoran. Kalau ikut logic sense pun sepatutnya begitulah kan. Harga makanan dekat restoran saya tak berapa pasti sebab sepanjang dekat sana, cuma beberapa kali je makan kedai makan yang proper. Yang lain semua makan kat gerai je. 

Untuk gerai, dah cerita kan harga dia lebih kurang dalam 40 - 60 baht (RM4 - 6). Kalau kedai makan ni, dalam 150 - 300 baht (Rm15 - 30) bergantung pada apa yang korang makan jugak la kan.


Layan sangat minum air sambil makan ayam panggang sambil berasap dekat balkoni hotel :p

Makanan wajib cuba dekat sana :

Pad thai, pankek (kalau larat cuba semua jenis cubalah, tapi banyak sangat :p), papaya salad @ somtam, laksa thai, nasi lanta, tomyam (ni dah tentu kan, kata pergi Siam), ayam panggang.

Pada pendapat saya, makan kat gerai-gerai depan McD tu memang best. Meriah, macam-macam ada ! 

Ops, terlupa satu lagi perkara penting.. Kebanyakan kedai atau gerai kat sana memang halal. Tapi untuk precaution, tanya je diorang halal ke tidak. Ataupun tengok kedai dia tu ada tulis halal tak, pekerja dia macam mana. Memang majoriti kat sana Muslim, tapi ada satu gerai dekat depan McD tu sebelah tempat teksi, kitorang berdiri kat situ tengok menu dia nak order.. Sebab tengok pekerja dia pakai tudung, lepas tu owner dia cakap we did not serve pork but we are non halal.

So, untuk langkah berjaga-jaga tu tanya je lah ye. Dan pandang-pandang juga keadaan dia. Tapi jangan risau pulak, kat sana senang je cari makan :)


<--- Nang if you LIKE

Monday, January 30, 2012

Krabi : Elephant Trekking

Dah bersiap mandi tukar baju semua lepas berakit, terus gerak pergi ke tempat gajah. Ni satu pakej la ni dengan water rafting.


Peace yo !

Trek yang diorang bawak ni mencabar juga ye. Turun naik bukit habis sungai semua pergi. Adalah dalam 20 minit kot naik gajah tu. OK lah tu sebab lama-lama pun saya boring -_-"



Gayat juga naik gajah ni. Kat sini pun diorang ada photographer. Harga sama, 200 baht sekeping. Kat sini kitorang tak beli pun gambar sebab rasa tak perlu kot.


Merasa tengok gajah mandi lepas tu. Hihi.



Lepas tu boleh bagi gajah makan lagi. Sebakul pisang tu harganya 50 baht (RM5). Aktiviti ni biasa-biasa je. Tak buat pun tak apa. Hehe. Tapi ni pengalaman first saya dengan suami naik gajah pun so berbaloi juga ambil sekali. 

Selain dari dua aktiviti yang saya cerita ni, boleh juga buat ATV. Teringin juga nak buat lain kali.

<--- Nang if you LIKE

Sunday, January 29, 2012

Krabi : White Water Rafting

Sorry ada selingan sinful dessert pulak di tengah-tengah entry Krabi. Belum habis lagi tau aktiviti Krabi :p

Ok next, white water rafting. Ada yang tak sangka ke dekat Krabi ada water rafting ? Samaaaaaalah dengan saya !

Mula-mula nak ambil pakej 5km. Lepas tu rasa rugi pulak kalau tak naik gajah sekali, sebab satu tempat. Nak upgrade ke rafting 5km + elephant trekking. Diskus dengan orang hotel tu, diorang suggest terus try rafting 9km. Katanya lagi mencabar, dah alang-alang ni try je la kan.

Untuk harga dia pulak,

Water rafting 5km - 1000 baht per person (RM100)
Water rafting 5km + elephant trekking - 1300 baht per person (RM130)
Water rafting 9km + elephant trekking - 1500 baht per person (RM150)

Harga dia kena pandai negotiate. Sebab asalnya dia quote untuk 9km + elephant trekking tu 2200 baht (RM220), tanya dapat diskaun tak.. Tu lah dapat 1500 baht tu. So, pandai-pandailah ye. Pakej ni pun kitorang ambil dekat kaunter hotel tu jugak.


Laksa Thai untuk sarapan.

Pick up dekat hotel pukul 8 pagi. Sekali tour guide hari tu pun pandai cakap Melayu. Hihi, untunglah senang nak communicate :p Tapi kalau dia tak reti cakap Melayu pun, tour guide pasti kena reti cakap English so don't worry.

Tempat first pergi, Monkey Cave Temple. Jauh jugak tempat dia dari Ao Nang. Dalam sejam, tertidur je dalam van tu.





Dalam setengah jam di sini, terus gerak ke area water rafting. Tak ingatlah nama tempat dia. Hehe.

Gambar masa buat water rafting of course tak ada. Mana nak mendayung lagi, mana nak pegang camera lagi :p tapi diorang ada photographer diorang. Adalah tempat-tempat yang diorang snap gambar nanti. Boleh beli lepas tu, 200 baht (RM20). Agak mahal jugak kan. Kitorang beli jugak sekeping, buat kenangan.

Ok berkenaan aktiviti water rafting ni.. Mula-mula naik tu 5 orang satu rakit. 7 oranglah campur dua orang tekong depan belakang. Sebenarnya diorang la tukang kemudinya, kitorang yang naik ni buat eksyen je pegang paddle. Haha.

Lepas tu masa sampai 1st check point, 5 km. Lagi 3 orang tu turun. Tinggal saya berdua dengan suami dengan 2 orang tekong tu lah. Pendapat saya, laluan 5km kurang mencabarlah. Memang strongly recommended untuk korang try 9 km ni. Jeram dia pergh mencabarrrrr. Nak pulak diorang ni memang suka menyakat. Asyik tergolek-golek dalam rakit tu.

Dua orang tekong ni memang nakal gila lah. Ada jugak port-port yang diorang berenti rehat sekejap, bolehla turun mandi berendam sekejap siapa yang nak kan. Saya, ikutkan tak kuasa nak masuk air sungai yang keruh macam air teh tarik tu. Tapi diorang ni selamba je tarik saya masuk air. Selamba kannn depan suami saya buat begitu, lesing kang ! Haha, tapi tarik life jacket laa. Sedar-sedar je ada orang tarik dari belakang, terus terhumban dalam air. Kongajaqqq kan. Dengan kena kacau dengan rakit lainlah, diorang menyakat jadi ladyboy nak ambil suami sayalah, asyik kena simbah air. Tapi fun gila lah. Buat aktiviti ni memang kena sporting baru best. Sebab ada nampak satu rakit ni senyap gila, orang masing-masing dok terjun main cuak-cuak air dalam sungai, diorang senyap je -_-"

Tapi lepas habis aktiviti ni, merasalah saya dan suami sakit-sakit badan. Mana taknya, langgar batu sana sini, tergolek sana sini. Kena tunduklah apalah. Takpa, balik karang kita pergi urut Thai :p



Biasanya kalau join tour ni, memang lunch diorang provide. So dah penat main air, naik-naik dapat makan. Rasa gembira sangattt haha sebab lapar kotttt !


Water rafting memang best. Pergi try ok ?


<--- Nang if you LIKE

Saturday, January 28, 2012

Sinful Dessert


In the middle of the night, hehe. Bukan saya yang makan ye, suami yang makan :P

Macam biasa, siapa nak buat.. Resepi ada di sini --> RESEPI KEK KARAMEL


<--- Nang if you LIKE

Friday, January 27, 2012

Massage Terbaikkkkkkk !

Kali kedua massage, kali ni pilih tempat lain yang lebih selesa. Tempat first saya pergi tu nama dia Sunshine, sesak dan bising. Takde feel nak berehat langsung. 

Jadi, saya ajak suami pergi sini.


Ao Nang Haven.

Memang heavennnnnnn ! Best gila massage dia, tempat dia semua terbaiklah. Kitorang try Thai massage malam tu, 250 baht (RM25)

Best bukan sebab apa, tempat dia macam ekslusif walhal harga dia sama je dengan tempat-tempat yang lain tu. Tempat berurut dia adalah bawah tanah, kena turun satu tingkat ke bawah, so sunyi aje. Yang ada cuma dengar bunyi laut semua tu *standard muzik dia pasang kalau pergi spa :p


Lepas massage, minum teh halia. Lagi terbaik !

Korang kalau pergi Ao Nang, wajib try massage kat sini.. OK ?


<--- Nang if you LIKE

Noppharat Thara Beach

Entry ni banyak betul gambar T_T

Tapi saya dah susun molek-molek bagi tak panjang sangat entry ni :p

OK, hari ketiga kat sana kitorang takde join apa-apa aktiviti pun. Saje nak rileks, jadi ambil keputusan hari tu nak jalan-jalan je. 

Untuk panduan yang nak pergi sana, Krabi ni besar. Area saya stay ni nama dia Ao Nang. Pantai dia pun pantai Ao Nang. Ada lagi satu pantai depan sikit dari dia, Pantai Noppharat Thara nama dia. Terbelit lidah saya nak menyebutnya kat driver tut-tut tu. Haha

Ni suami punya idealah. On the way balik dari snorkeling, ada lalu pantai ni. Nampak meriah jugak. Tanya dekat kaunter hotel macam mana nak pergi sana. Boleh naik tut-tut. Baru first time nak naik ni. Kalau dari hotel tu nak ke Ao Nang, harganya 20 baht (RM2) seorang. Itu walking distance tu, dalam 15-20 minit. Tu la saya cakap transport kat sana sedikit mahal.  Kalau dari hotel nak ke Noppharat Thara pulak, 40 baht (RM4) seorang.


Seram oi naik tut-tut ni. Gayat semacam rasa. Haha. Yelah, bukannya ada apa-apa penahan pun kan, angin kuat gila, habis terbang-terbang shawl saya T_T

Abang tut-tut memang baguslah. Pandai cakap English. Dia pun bawak slow-slow sambil cerita pasal pantai semua tu, memang bestlah. Susah nak jumpa orang Thai yang fluent English.

Sampai Noppharat Thara memang ngam-ngam waktu lunch. Abang driver pun dah tunjukkan mana kedai yang halal semua. So, kitorang pergi satu kedai ni. Masa nak order tu kan, ada papaya salad. Lepas tu suami tanyalah,

Papaya salad is same to somtam or not ?

Lepastu muka kakak tu macam blur je. Saya pun cakaplah dekat suami,

Dia tak faham kot somtam tu apa.

Lepas tu dah order semua, takpelah. Suami keluar ke depan kedai sekejap jenguk apa yang ada. Lepastu, kakak tu tadi tanya suami,

Dik, kau boleh cakap Melayu ke ?

Haha terperanjat sakan kitorang. Rupanya orang kedai tu pandai cakap Melayu. Excited suami cerita kat saya yang kakak tu tanya dia camtu :p Saya pun excited jugak, approach la sorang lagi pekerja dia. Saje je tanya, 

Eh, boleh cakap Melayu ke ?

Boleh kak.

Orang Melayu ke ?

Taklah, memang orang Thai tapi boleh cakap Melayu.

Haha, terus rasa seronok sebab tak sangka diorang reti cakap Melayu :P Yelah, excited lebih walhal kau pergi Thailand je pun kan, logikla kalau diorang boleh cakap Melayu pun.


Gambar ikut pusingan jam : Kakak yang boleh cakap Melayu - Nasi goreng untuk lunch - Papaya salad @ somtam - Singgah shopping jap :P


Ini pantai dia. Panas memang terbaiklah untuk sunbathing. Budget bagus betul, kulit dah gelap nak sunbathing apanya T_T

Dekat situ ada satu beting pasir tau. Boleh jalan kaki dari pantai ke tengah laut :O


Nampak tu laluan dia ? Agak jauh ke tengah jugak.

Sebelum jalan, posing dulu sikit.


Nampak ni laluan dia. Cuma tengah-tengah tu je ada air sikit. Paras buku lali gitulah.


Jom kita jalan !


Dan berjalan..


Ye, dah sampai kat tengah-tengah tu. See, air tak dalam mana pun. Ini kalau tak silap muara, kan ? Pertembungan sungai dan laut. Kalau tak silap sayalah.


Dan, dah sampai !


Suami sorang je mandi, saya berehat-rehat di bawah pepohon rendang je :p

Tapi awas, kawasan ni akan ditenggelami air bila air pasang. Saya ada tanya pada sorang akak Thai tu, dia cakap boleh stay sini sampai tengah hari gitu. Lepas tu air akan pasang, kawasan pasir tu tenggelam, lepastu nak jalan balik pun air paras pinggang or dada, gitulah.

So, suami mandi kejap je. Kejap pun, adalah setengah jam kot ke sejam gitu. Masa nak jalan ke pantai balik, tengok kawasan beting pasir yang tadinya sikit je air, dan jadi banyak.

Cuak kebebeh ! 

Yang saya, tertarik-tarik suami taknak jalan. Sebab takut ok, air paras pinggang di tengah laut. Lepas tu kena berusaha pijak kawasan beting pasir yang betul. Tepi tu kan dalam. Suami pulak bising, kalau dah tertarik-tarik, makin lama air makin naik karang sapa susah !

Haha. Drama betul. Mentakutkan la. Takmoh dah berani-berani pergi sana lagi nanti :P

Korang kalau nak pergi, boleh je. Tapi make sure waktu yang betul semualah, karang buatnya macam saya kan dah susah. Nak-nak lagi kalau tak reti berenang macam saya ni, lagi double susah hati.

Dah letih mengharung detik mencemaskan (cemas la sangat, kau je yang cuak lebih :p), jom isi perut !


Atas tu, pankek chicken + tuna + egg. Sedap okeh yum yumm.

Yang bawah tu, macam taktau pulak.. Banana nutella. Hehe. Kat sini pankek dia lagi best lah dari Ao Nang, sebab murah sikit. Lepas tu, tengoklah Nutella spread dia. Tak kedekut, kan?


<--- Nang if you LIKE

Thursday, January 26, 2012

Sunset

Phew.


Macam dah bertahun tak buat entry bersambung-sambung macam ni. Bukannya saya rajin nak tulis every details kan. Tapi kali ni kasi can ok nak buat sambung-sambung, biarlah sampai berapa episod pun :p Bukan hari-hari saya pergi honeymoon kan :)

Ni petang balik dari snorkeling. Gigih gila ok, bukan reti nak rehat ke apa lepas penat main air. Dok berjalan sana sini je :D

Saya kan tak biasa letak gambar banyak-banyak dalam entry sebenarnya. Jadi adalah tak tau nak letak caption apa bila nak letak gambar banyak-banyak ni. Maka, tengok je la ye.


Depan Masjid Ao Nang. Depan masjid ni la yang ada gerai makcik buat kopi mantap tu. Kalau jalan depan sikit sampai 7E, ada kedai makan best juga :D *asal ada makan best dah rasa gembira kan, hehe

Jalan-jalan dekat Ao Nang. Sebenarnya kitorang nak pergi pantai, tapi perjalanan dari hotel ke pantai tu lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki. Jadi, sambil berjalan sambil menikmati pemandangan takdelah rasa jauh sangat :) Memang sepanjang dekat sana, berjalan kaki je.. Semuanya within reach.






Gambar last atas ni tempat tunggu teksi. Teksi dekat sana mahal sikit.

Penat berjalan, singgah makan pankek dulu. Pankek Thai ni special betul, memang wajib try kalau pergi sana. Kerja kitorang hari-hari memang makan pankek aje, try perisa-perisa yang berlainan :D

Tapi favourite adalah banana Nutella. Nyaman !


35 baht (RM3.50)




Duit syiling Thai. 


Dan, akhirnya.. Sunset ! *baru ngam dengan tajuk entry :p




<--- Nang if you LIKE

Wednesday, January 25, 2012

Krabi : Gambar

Godek-godek kamera, ada lagilah gambar berkaitan entry sebelum nak share :D


Pagi yang nak pergi island tour tu kan, sebenarnya kan.. Terbangun pagi je tengok dah cerah. Kena tunggu pick up dekat lobi hotel pukul 8, jam masa tu dah pukul 7. Gelabah kejap dibuatnya. Haha. Tapi lambat pun, sempat juga pergi breakfast. Gerai dekat area depan Masjid Ao Nang.


Pagi-pagi makan nasi. Nasi Lanta kot nama dia ni. Sedap.


Sticky rice. Ini, boleh tahanlah. Tapi kering sangat.


Dan air kopi yang sangat sedap !! Makcik tu punya kopi memang sedap gila mantap :D


Biasalah suami, memang suka candid ekspresi entah hape hape bini dia ni. Sedang menikmati kopi ais di waktu pagi yang nyaman.

Yang berikutnya, gambar-gambar masa kat jeti sementara tunggu bot nak ke Phi Phi Island.



Ini penting. Sapu sunblock walaupun kulit dan sememangnya hitam kan.


Nampak plaster kat tapak kaki tu ? First night dekat Krabi lagi dah tercedera. Kaki tertusuk lidi pancake tu, tajam dan dalam lukanya boleh tahanlah. Terhincut-hincut di sana T_T




Yang berikutnya pulak, gambar-gambar pemandangan lagi.



Sekian.




<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...