Tuesday, January 31, 2012

Final Night In Krabi

Sekejap je dah malam last kat Krabi. Dari malam first plan nak tengok live band dengan fire show dekat kedai-kedai tepi pantai tu, tapi sebab startnya pukul 11 selalunya tak larat nak tunggu. Ada satu bar ni ada poll dancing. Mueheehe. Bersungguh-sungguh saya ajak suami pergi tapi ditolak mentah-mentah. Katanya kalau pergi dua orang buat apa, dia pergi sorang takpelah. Ek eh dia ni 

Sebabkan badan sakit-sakit buat water rafting siangnya, malam macam biasa. Jom kita pergi berurut *wihihi, alasan je tu.


Saya buat Thai massage lagi. Suami buat Adventurer massage, 300 baht (RM30).

Lepas tu cari makan best dekat area McD tu. Beli ayam panggang yang sedap. Dekat sana kan pelik (saya la rasa pelik). Ayam panggang, ikan bakar, sotong semuanya ada dijual dari atas tut-tut tu. Harga rasanya lagi murah dari makan dekat restoran. Kalau ikut logic sense pun sepatutnya begitulah kan. Harga makanan dekat restoran saya tak berapa pasti sebab sepanjang dekat sana, cuma beberapa kali je makan kedai makan yang proper. Yang lain semua makan kat gerai je. 

Untuk gerai, dah cerita kan harga dia lebih kurang dalam 40 - 60 baht (RM4 - 6). Kalau kedai makan ni, dalam 150 - 300 baht (Rm15 - 30) bergantung pada apa yang korang makan jugak la kan.


Layan sangat minum air sambil makan ayam panggang sambil berasap dekat balkoni hotel :p

Makanan wajib cuba dekat sana :

Pad thai, pankek (kalau larat cuba semua jenis cubalah, tapi banyak sangat :p), papaya salad @ somtam, laksa thai, nasi lanta, tomyam (ni dah tentu kan, kata pergi Siam), ayam panggang.

Pada pendapat saya, makan kat gerai-gerai depan McD tu memang best. Meriah, macam-macam ada ! 

Ops, terlupa satu lagi perkara penting.. Kebanyakan kedai atau gerai kat sana memang halal. Tapi untuk precaution, tanya je diorang halal ke tidak. Ataupun tengok kedai dia tu ada tulis halal tak, pekerja dia macam mana. Memang majoriti kat sana Muslim, tapi ada satu gerai dekat depan McD tu sebelah tempat teksi, kitorang berdiri kat situ tengok menu dia nak order.. Sebab tengok pekerja dia pakai tudung, lepas tu owner dia cakap we did not serve pork but we are non halal.

So, untuk langkah berjaga-jaga tu tanya je lah ye. Dan pandang-pandang juga keadaan dia. Tapi jangan risau pulak, kat sana senang je cari makan :)


<--- Nang if you LIKE

3 comments:

nanonano said...

last entry psl krabi la ni?
xtunjuk pun ape mu sopim sane? hehe

Ainsya Yusoff said...

Boleh terangkan istilah-istilah berikut ;)

1- tut-tut : sejenis kenderaan kah ?
2- adventurer massage tu cne ? hehe..

Sekian ;p

sharEna said...

habis daa...weeeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...