Thursday, January 26, 2012

Sunset

Phew.


Macam dah bertahun tak buat entry bersambung-sambung macam ni. Bukannya saya rajin nak tulis every details kan. Tapi kali ni kasi can ok nak buat sambung-sambung, biarlah sampai berapa episod pun :p Bukan hari-hari saya pergi honeymoon kan :)

Ni petang balik dari snorkeling. Gigih gila ok, bukan reti nak rehat ke apa lepas penat main air. Dok berjalan sana sini je :D

Saya kan tak biasa letak gambar banyak-banyak dalam entry sebenarnya. Jadi adalah tak tau nak letak caption apa bila nak letak gambar banyak-banyak ni. Maka, tengok je la ye.


Depan Masjid Ao Nang. Depan masjid ni la yang ada gerai makcik buat kopi mantap tu. Kalau jalan depan sikit sampai 7E, ada kedai makan best juga :D *asal ada makan best dah rasa gembira kan, hehe

Jalan-jalan dekat Ao Nang. Sebenarnya kitorang nak pergi pantai, tapi perjalanan dari hotel ke pantai tu lebih kurang 15-20 minit berjalan kaki. Jadi, sambil berjalan sambil menikmati pemandangan takdelah rasa jauh sangat :) Memang sepanjang dekat sana, berjalan kaki je.. Semuanya within reach.






Gambar last atas ni tempat tunggu teksi. Teksi dekat sana mahal sikit.

Penat berjalan, singgah makan pankek dulu. Pankek Thai ni special betul, memang wajib try kalau pergi sana. Kerja kitorang hari-hari memang makan pankek aje, try perisa-perisa yang berlainan :D

Tapi favourite adalah banana Nutella. Nyaman !


35 baht (RM3.50)




Duit syiling Thai. 


Dan, akhirnya.. Sunset ! *baru ngam dengan tajuk entry :p




<--- Nang if you LIKE

9 comments:

Zumie said...

murah jgk eh..nyumnyum

farrah said...

punya kita tunggu mana sunsetnya, hahahaha izza izza... ;)

bestnya! kita excited sgt nak baca entry izza. cepat2 update okay!! esp nak tunggu entry costing tu...

Erina Asmawani said...

banana nutella? oh my..tengok pun dah terliur ni..bahaya!

Hana Soffelia said...

Best gila rasanya. Especially tang mkn2 tu. Semuanya sedap je. Bilalah boleh pergi ni..

~daRLee ZuRiS~ said...

Jenuh nak sampai ke sunset.huhuuuu....
:P

nanonano said...

banan nutella tu cmne?? mcm sedap je..

Redbloodsnow said...

ooo ko g thai rupanya. hehehe. ada ole² utk aku tak? hahaha. larikssss! kidding sajork :P

De' Nurul said...

Nasib ada jugak gmbr sunsetnye.

fadzioriq said...

ok fine banana nutella tuh nampak sgt sedap~wuwuwuw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...