Saturday, August 11, 2012

Resepi Sambal Kicap


OK, bagi resepi bihun sup tapi terlupa nak bagi resepi sambal kicapnya sekali. Sambal kicap ni lah yang membuatkan bihun sup tu kick atau tak kan. Ni kalau saya lah, kalau tak pedas tak syiok.

Saya nak share resepi sambal kicap ayah. Sedap betul makan dengan bihun sup. Semalam terbubuh banyak pulak tu dalam kuah tu, makan sambil bersok sek sok sek :P

Resepi Sambal Kicap

4 ulas bawang putih (dibakar atas api)
17 biji cili padi
Kicap manis secukupnya
2 biji limau nipis (buang biji, diambil air sahaja)

Masukkan semua bahan kecuali limau nipis ke dalam blender. Dah masukkan dalam bekas, baru perahkan limau.

OK, nak share tu je.


Resepi Bihun Sup Sedap

Serius resepi ni memang sedap ! Dahlah sedap, nak buatnya pun sap sap soi siap aje. Seronok saya prepare untuk berbuka semalam tak rasa penat sangat :D

Dah jemu pulak makan nasi, itu yang fikir alternatif lain. Mulanya nak buat kuetiau kungfu tapi fikir fikir kalau bihun sup boleh repeat makan banyak kali heheh dasar kuat makan !

Ini first time saya masak bihun sup. Err, sebenarnya memang banyak masakan saya baru pertama kali cuba. Bukan apa, sebelum kahwin mana masuk dapur sangat. Dah kahwin barulah terhegeh hegeh belajar dengan emak macam mana nak masak :P takpelah, better late than never kennn



Ready to eat !

Ok, jom tengok resepi.


Resepi Bihun Sup
Olahan dari : ayu898@myresepi

Bahan-bahan

Bihun (direndam dengan air panas)
4 ketul ayam - bahagian dada
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Rempah sup
Rempah kurma
Kobis dipotong halus
1/4 kiub ayam
Garam secukup rasa

Bahan bertanda * ditumbuk halus

Bahan hiasan
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Fishcake
Pak choy

Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
2. Setelah naik bau, masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga ayam sedikit kecut.
3. Masukkan air secukupnya.
4. Setelah menggelegak, masukkan rempah sup mengikut kepekatan yang disukai. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
5. Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam. Biarkan sup mereneh.
6. Setelah ayam kelihatan masak, keluarkan dan carik-carikkan isinya. Ok, sup dah siap ! (boleh masukkan sayur kalau nak, saya nak habiskan stok kobis jadi humban kobis sekali dalam tu hehe)

Untuk bahan hiasan, macam biasalah. Goreng fishcake lepas tu potong macam biasa. Celur pakchoy. Potong daun sup dan daun bawang.

Ok siap selamat menikmati bihun sup homemade yang sedap :P




Thursday, August 9, 2012

Menu Berbuka

Sekejap je masa berlalu kan, minggu depan dah masuk minggu terakhir Ramadhan. Harapnya mana amalan baik yang kita mulakan pada bulan ni akan dapat terus berkekalan walaupun selepas Ramadhan berlalu, amin.

Dua tiga hari ni bos saya bermood baik agaknya. Saya diberi kelonggaran untuk balik awal, seawal pukul 4. Yippiee ! Dapatlah saya memasak untuk berbuka, no more excuses okay. Tapi otak ni kadang dah penat lah nak fikir nak masak apa ni, nak yang simple pulak tu pilihan memanglah terhad :P nasiblah ada #gengmasak dekat Twitter yang rajin hari hari dok diskus nak masak apa heheh. 

So semalam buat projek merendang.



Masih di dalam kuali. Ikut resepi Na, kali ni memang tak lupa nak masukkan semua bahan heheh. Klik sini untuk resepi ---> RESEPI RENDANG AYAM CILI API 


Saya memang jenis masak dua perkara je. Nasi putih, ada lauk satu jenis sayur satu jenis cukuplah. Tak rajin nak masak sampai 3-4 lauk. Kadang tengok geng masak ni sampai 3-4 lauk meriahnya meja makan diorang ! Syoklah !

Rendang ayam dah siap, sayur pulak buat sayur campur je. Sedaplah enoki ni buat goreng macam ni. Biasa sebelum ni letak dalam tomyam je. Tapi kan, penat merendang sekali suami saya tak suka rendang, bolehhhh ???? Tak pulak saya tahu sebab sebelum ni masak rendang tengok beliau makan je, kesian betul terpaksa jadi vegetarian semalam ngeh ngeh :P


Air pulak, macam biasalah wajib waktu sahur dengan berbuka. Memang pembuka selera betul.


Ini pula menu berbuka hari ni. Simple tapi memang mengikut anak tekak suami. Tebus balik salah masak semalam :P heheh. Nasi goreng simple, sup ayam, ikan bilis goreng dan juga begedil ayam. Betullah kata Yot, bulan puasa ni bulan magic ! Masak ikut confident je nak letak garam, gula banyak mana hasilnya nasib baik sedap je alamak terpuji diri sendiri, takpe kan ? :P



Ingat, jangan sampai membazir di bulan puasa ni ye kawan kawan !


Saturday, August 4, 2012

Nasi Lemak Sambal Sotong

 I am always craving for sambal sotong. Rasa setiap minggu nak makan tanpa jemu :D

Semalam tanya husband nak makan apa, laju je jawab nak makan nasi lemak sambal sotong ! Yay, selera kita sama !

Saya cuba untuk balik rumah awal sebab nak sempatkan siap memasak sebelum berbuka. Masih gagal. Rasanya memang akan terus gagal lah kot, sobs sedih. Takpelah, makan selepas Maghrib pun tak apa kan ? :')

Jom tengok hasil nasi lemak yang pertama. Belajar dari Twitter je ni heheh.



Nasi lemak dengan sambal sotong, begedil ayam, telur dadar dan juga ikan bilis. Timun takdak, lupa nak beli T_T


Nyums, it's so yummy ! Sorry terpaksa juga puji masakan sendiri bulan bulan puasa ni heheh.

Jom tengok resepi.

Resepi Nasi Lemak

2 pot beras *dicuci bersih
Halia *dihiris
Daun pandan
1 kotak kecil santan (200ml)

Basuh beras seperti biasa dan masukkan semua bahan bersama. Kalau kuantiti santan tak mencukupi, boleh tambah sedikit air. Masak nasi seperti biasa.

Wangi sungguh bau dapur saya dengan bau nasi lemak ni semalam. Sukaaaaa !!

Saya buat nasi lemak dengan sambal sotong. Lauk ni terpulang pada masing masinglah kan. Saya rasa asas nak buat sambal ni semuanya sama je, heheh cuma tukar bahan dia je kan.



Boleh rujuk sini, resepi lebih kurang saja ---> RESEPI SAMBAL UDANG PETAI 


Friday, August 3, 2012

Menu Ringkas Untuk Bersahur

Saya ni boleh dikategorikan dalam golongan rajin bangun bersahur. Bangun makan nasi pulak tu mueheheheh mana tak membesar dengan jayanya kan :P sahur nasik, berbuka karang nak nasi juga dasar tekak Melayu betul. Family saya memang dah dibiasakan bangun sahur. Lauk sahur pulak meriah meriah emak masak sebab nak pujuk anak anaknya bangun sahur ni. Family suami pula jenis tak bersahur yang berat berat kot ? Hari tu cuma saya dan suami je yang bangun sahur makan nasi. Heheh. Itupun saya paksa beliau bangun jugak temankan saya makan.

So, rutin harian saya bulan puasa ni akan bangun pukul 4.40 pagi. Lepas tu, cepat cepat masak nasi sebab nasi yang baru dimasak lagi menyelerakan dari nasi semalam hehe. Lepas tu masak air untuk buat teh o panas. Ini memang wajib ada kalau tak, tak selera makan. Sambil sambil tu panaskan lauk ataupun kalau takde lauk yang nak dipanaskan, masak ajelah yang simple simple. Contoh yang simple macam di bawah ni :


Ikan bilis kicap.

Menu favourite suami saya ni. Asyik mintak ni saje. Tapi takpe, senang kerja saya heheh. Nasiblah suami tak cerewet, ada menu yang satu ni pun dia dah cukup berselera. Yang ni senang je, panaskan minyak dalam 5 sudu, masukkan ikan bilis segenggam. Goreng sampai rangup lepas tu masukkan bawang besar dengan cili padi. Masukkan kicap manis, siap. Sedap oh makan dengan nasi panas panas.

Tapi ada juga harinya di mana saya tak boleh nak buka mata langsung untuk makan. Apatah lagi untuk memasak kan. Tapi kena gagahkan juga bangun cari sesuatu untuk alas perut. Perut saya ni manja, kalau tak bersahur karang dia tak lalu. Jadi kurma lah penyelamat ! Walaupun saya tak suka makan kurma, tapi dipaksa paksa jugalah makan. Sebiji kurma dengan segelas air pun dah cukup untuk memberi tenaga satu hari.

Ok, sekian cerita sahur :D


Thursday, August 2, 2012

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Lama tak update resepi, nak update pendek je kali ni :D

Percaya tak, saya sepanjang Ramadhan ni. Ini first time saya memasak untuk berbuka. Itupun mana sempat nak siapkan sebelum berbuka, time tengah menggulai lagi kat dapur dah dengar azan. Maka berbukalah dengan makan kurma dan karipap dulu. Saya dah usaha keluar ofis on time 5.40 je terus cabut. Nak kejarkan sampai rumah sebelum 6.30 petang tapi tetaplah gagal. Jammed pulak bulan puasa ni dekat area Kota Damansara tu. Selalu 6.45 lah rekod paling awal sampai.

Ini menu berbuka semalam.


Ayam masak lemak cili api dengan asam pedas keladi. Keladi tu beli, teringin pulak tengoknya hewhew.



Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

4 ketul ayam
1/2 biji bawang besar *
15 tangkai cili api * 
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai dititik
2 ketul tomato (belah 4)
1 kotak santan kecil (200 ml)
1 helai daun kunyit (disiat)
Asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara-cara

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Tumis serai, bahan kisar dan juga daun kunyit. Setelah pecah minyak, masukkan ayam.
3. Biarkan seketika sehingga ayam sebati, masukkan santan. Perlahankan api, kacau sentiasa.
4. Masukkan tomato dan juga asam keping. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

P/s sila adjust sendiri kuantiti cili yang digunakan

Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadhan

Eh betul kan hari ni 12 Ramadhan ?

Sepanjang 11 hari sebelum ni berpuasa, rasanya belum pernah lagi saya memasak untuk berbuka. Masak untuk sahur adalah tapi yang simple dan versi malas dan nak senang aje :P

Jeles tengok orang bulan puasa ni balik kerja awal, sempat nak siapkan semua untuk family. Saya pulak hewhew, sampai rumah pun sekitar 6.45 - 7 malam. Mana nak sempatnya ? Sempat ke bazar je lah kita, balik rumah salin lauk siapkan meja semua ek ehhh dah masuk waktu berbuka lah hahah. Sampai hari ni, saya dah jemulah dengan lauk bazar. Tak sedap mana pun, siap ada satu hari tersakit perut pulak -_-"

Tapi, hari ni saya dah menanam azam untuk memasak berbuka karang heheh. Dah siap pesan dekat suami hari ni tak payah beli apa apa dekat bazar. Sebenarnya saya pun tak suka sangat hari hari nak berbuka minum ais ni. Not good kan. Macam mana saya nak latih suami supaya minum air panas masa berbuka ye ? Hehe ye sayang, saya ada niat nak melatih awak minum teh o panas je waktu berbuka, no more ais ok ?

Badan saya cepat lesu letih la sekarang. Tidur awal pun bangun pagi ting tong jugak. Dekat ofis pun asyik menguap jugak. Saya sedang demotivated ni. Secara teruk. Hari hari kena ada sesi pujuk diri sendiri pergi kerja T_T saya letihlah dengan kerja sekarang. 8 am - 5.40 pm adalah masa kerja yang cukup panjang bagi saya. Sabtu pulak 8 am - 1.40 pm. Cuba kira berapa jam saya kerja setiap minggu ? Setiap minggu cuma ada satu hari saja nak berehat. Hari tu lah nak kemas rumah pun, nak buat itu ini belum campur lagi nak balik rumah parents kan. Macam mana ni kalau ada anak nanti, masa dekat luar lagi banyak dari dekat rumah. Sebab tulah saya cukup tak suka kalau kena balik lambat ke apa. Paling saya tak suka kalau ada pulak aktiviti lagi selepas waktu bekerja. Dengan colleague tak apa lagi, tapi dengan bos ? Adoihai kalau boleh tak payahlah. Saya lebih suka nak balik rumah on time. Hey, saya memang berkira ok kalau bab waktu bekerja ni. Ha, macam mana tiba tiba boleh masuk sesi mengeluh ni heheh sorrylah sometimes I just need to let it out. Kesimpulannya I am not happy here and I need to find new job as soon as possible, amin amin amin. Lagi best kalau suami izinkan saya duduk rumah heheh semoga rezeki suami semakin murah dan tak perlulah saya nak bekerja lagi, yayyy !

Ok, random sangat ni dari hal berbuka puasa ke hal kerja pulak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...