Friday, August 3, 2012

Menu Ringkas Untuk Bersahur

Saya ni boleh dikategorikan dalam golongan rajin bangun bersahur. Bangun makan nasi pulak tu mueheheheh mana tak membesar dengan jayanya kan :P sahur nasik, berbuka karang nak nasi juga dasar tekak Melayu betul. Family saya memang dah dibiasakan bangun sahur. Lauk sahur pulak meriah meriah emak masak sebab nak pujuk anak anaknya bangun sahur ni. Family suami pula jenis tak bersahur yang berat berat kot ? Hari tu cuma saya dan suami je yang bangun sahur makan nasi. Heheh. Itupun saya paksa beliau bangun jugak temankan saya makan.

So, rutin harian saya bulan puasa ni akan bangun pukul 4.40 pagi. Lepas tu, cepat cepat masak nasi sebab nasi yang baru dimasak lagi menyelerakan dari nasi semalam hehe. Lepas tu masak air untuk buat teh o panas. Ini memang wajib ada kalau tak, tak selera makan. Sambil sambil tu panaskan lauk ataupun kalau takde lauk yang nak dipanaskan, masak ajelah yang simple simple. Contoh yang simple macam di bawah ni :


Ikan bilis kicap.

Menu favourite suami saya ni. Asyik mintak ni saje. Tapi takpe, senang kerja saya heheh. Nasiblah suami tak cerewet, ada menu yang satu ni pun dia dah cukup berselera. Yang ni senang je, panaskan minyak dalam 5 sudu, masukkan ikan bilis segenggam. Goreng sampai rangup lepas tu masukkan bawang besar dengan cili padi. Masukkan kicap manis, siap. Sedap oh makan dengan nasi panas panas.

Tapi ada juga harinya di mana saya tak boleh nak buka mata langsung untuk makan. Apatah lagi untuk memasak kan. Tapi kena gagahkan juga bangun cari sesuatu untuk alas perut. Perut saya ni manja, kalau tak bersahur karang dia tak lalu. Jadi kurma lah penyelamat ! Walaupun saya tak suka makan kurma, tapi dipaksa paksa jugalah makan. Sebiji kurma dengan segelas air pun dah cukup untuk memberi tenaga satu hari.

Ok, sekian cerita sahur :D


3 comments:

Amie said...

Kak Amie pun sahur makan nasi, sebab nak bekalkan tenaga buat keesokan harinya, memang kita perlukan sangat. he he hehh 4.40 pagi... tempat kakak dah masuk waktu imsak. Selamat berpuasa dik Izza.

Amie said...

oppsss.... 4.40 pagi dah masuk waktu Subuh, imsak 4.30 pagi.

nanonano said...

lauk fav aku gak,
tp xpernah buh kicap
biasa tumbuk bawang,cili api ngn belacan je,
yg penting pedas, rangup, mkn ngn nasi panas2
sahur pun menambah, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...