Sunday, July 1, 2012

Resepi Sambal Udang Petai



Fuhhhh, kenal tidak menu di atas ? Kalau tak kenal tu memanglah dia, dah terang lagi bersuluh. Hehe. Saya tak pernah makan petai seumur hidup ok. Tapi hari tu makan udang petai kat rumah in law, rasa sedap pula. Dah rasa sedap tu tak apalah, tapi duk teringat ingat. Tak boleh jadi ni.. maka jadilah menu sambal udang petai di hari Ahad yang indah ini ;D

First time saya masak sambal udang, tak sangka rasanya sedap. Hehe tak tipu tau, memang sedap. Mungkin sebab kali pertama saya guna cili kering rebus blend tu agaknya. Selama ni guna instant cili giling je, so dah reti guna cili kering tu, bye bye la kot cili giling ?

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan

Segenggam cili kering (bergantung kepada tahap kepedasan masing masing, potong pendek rebus atas api dulu sampai mendidih) *
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 tangkai serai *
Secubit belacan *
20 ekor udang size XL
Hirisan bawang besar
3 papan petai (bijinya dipotong dua)
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar sehingga harum. Teruskan kacau sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga cili sedikit garing dan pekat.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan juga petai. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, boleh tambahkan air mengikut citarasa masing masing.
4. Masukkan udang. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan sedia untuk dihidangkan.



3 comments:

Farrah said...

okay menu kita esok adalah sambal udang petai jugak!!!

petai lazat kay. kita kenal petai lepas kahwin. and sebab petai la kita jadi gemuk macam ni!!! penambah selera! evillllll petai!

nanonano said...

hr tu kan aku brsungut dpn mil susah nk dpt petai skrg,
pastu bile aku beli bru2 ni,
aku xckp plak kt dia dh beli
kelmarin dia g tgk ucu kt seremban
tepi2 jalan kt sane byk jual
dia g beli 1 beban tu ko taooooo
100papan, smlm laki aku tanye, puas???
tghari smlm dh msk smbal udang petai kt umah,mlm td mkn smbal sotong petai plak umah mil
*pengsannnnnnnnnnnnnnnn!*
ckup la...hahahha

Erina Asmawani said...

tu diaa..terbaikla udang masak sambal petai. Ena dulu tak pernah makan ikan keli dan tak pernah teringin nak makan keli,sekali masa preggy teringin plak mkn keli. Megik betul tetiba je perasan tu muncul.Bila dah rasa,sedap pulak! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...