Saturday, August 11, 2012

Resepi Sambal Kicap


OK, bagi resepi bihun sup tapi terlupa nak bagi resepi sambal kicapnya sekali. Sambal kicap ni lah yang membuatkan bihun sup tu kick atau tak kan. Ni kalau saya lah, kalau tak pedas tak syiok.

Saya nak share resepi sambal kicap ayah. Sedap betul makan dengan bihun sup. Semalam terbubuh banyak pulak tu dalam kuah tu, makan sambil bersok sek sok sek :P

Resepi Sambal Kicap

4 ulas bawang putih (dibakar atas api)
17 biji cili padi
Kicap manis secukupnya
2 biji limau nipis (buang biji, diambil air sahaja)

Masukkan semua bahan kecuali limau nipis ke dalam blender. Dah masukkan dalam bekas, baru perahkan limau.

OK, nak share tu je.


3 comments:

sharEna said...

aku x pernah buat sambal kicap masuk blender. mesti tumbuk dgn lesung aje.lg feel taw! huhuhu

antalya said...

owhhh sbb bwg putih tu dibakar yg men'kick' kan rasa nya tu kan

Herma Julianny said...

bihun sup?
hujung mgu tok mek blit try di rumah.
BTW, kmk buka blog ktk dr blog kakak ktk, kak zie..
salam kenal..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...