Sekejap je masa berlalu kan, minggu depan dah masuk minggu terakhir Ramadhan. Harapnya mana amalan baik yang kita mulakan pada bulan ni akan dapat terus berkekalan walaupun selepas Ramadhan berlalu, amin.
Dua tiga hari ni bos saya bermood baik agaknya. Saya diberi kelonggaran untuk balik awal, seawal pukul 4. Yippiee ! Dapatlah saya memasak untuk berbuka, no more excuses okay. Tapi otak ni kadang dah penat lah nak fikir nak masak apa ni, nak yang simple pulak tu pilihan memanglah terhad :P nasiblah ada #gengmasak dekat Twitter yang rajin hari hari dok diskus nak masak apa heheh.
So semalam buat projek merendang.
Masih di dalam kuali. Ikut resepi Na, kali ni memang tak lupa nak masukkan semua bahan heheh. Klik sini untuk resepi ---> RESEPI RENDANG AYAM CILI API
Rendang ayam dah siap, sayur pulak buat sayur campur je. Sedaplah enoki ni buat goreng macam ni. Biasa sebelum ni letak dalam tomyam je. Tapi kan, penat merendang sekali suami saya tak suka rendang, bolehhhh ???? Tak pulak saya tahu sebab sebelum ni masak rendang tengok beliau makan je, kesian betul terpaksa jadi vegetarian semalam ngeh ngeh :P
Air pulak, macam biasalah wajib waktu sahur dengan berbuka. Memang pembuka selera betul.
Ini pula menu berbuka hari ni. Simple tapi memang mengikut anak tekak suami. Tebus balik salah masak semalam :P heheh. Nasi goreng simple, sup ayam, ikan bilis goreng dan juga begedil ayam. Betullah kata Yot, bulan puasa ni bulan magic ! Masak ikut confident je nak letak garam, gula banyak mana hasilnya nasib baik sedap je alamak terpuji diri sendiri, takpe kan ? :P
Ingat, jangan sampai membazir di bulan puasa ni ye kawan kawan !