Friday, May 1, 2020

PERSONAL SHOPPER TESCO - FREE OF CHARGE

Korang saya nak share ni, slot delivery Tesco selalu full kan? Saya berminggu check, tak dapat dapat secure slot

Ni dah ada cara yang lebih senang untuk shopping di Tesco tau

"Order & Collect"

Korang just Whatsapp nombor Personal Shopper (PS) kawasan masing masing,

Bagi list belian, nama dan tarikh pickup

Nanti pergi je Tesco, tunjuk conversation tu dan straight pergi ke counter customer service. Pickup barang dan boleh balik, yay

Cuma ingat tau kalau ada pesan barang basah, bendanya diorang simpan dalam freezer. Jangan lupa tanya dan ambil. Sebabnya husband saya semalam tak perasan ayam, daging dan lamb takde 😑 dah tu dianya takde la nak bertanya.. Bendanya tak bayar lagi la sebab takde kat kaunter, tak scan. Dah otw balik baru nak bagitau takde dah satu kerja pulak kena singgah kedai acheh g beli 😒😒 haha tapi apa pun kita tetap kena berterima kasih pada ketua keluarga yang menyudikan diri untuk tolong belikan barang, okay ? :*

So korang bolehlah guna service ni ya. Mudah dan pantas 👍






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...