Thursday, October 17, 2013

Set kurus budget Shaklee

Hi !
Selamat hari raya aidiladha semua ! Banyak ke stok daging kat rumah tu ? Banyak hirup sup daging semalam ?
Saya banyakkkkkkk gila makan ohhh dua harini. Dengan lemang ketupat rendang ayam sup tulang bihun sup nasi hujan panas phewwww banyak gila makan buncit dah macam pregnant 3 bulan !
Tapi jangan risau, dah makan macam macam ni lepas makan telan 3 biji lecithin dan 3 biji alfalfa,  Insyallah lelemak tu takkan sempat duduk lama dalam badan korang hehe :D
Boleh whatsapp 019 - 6683098 untuk order atau pertanyaan lanjut.
Goodnite !

Tuesday, October 8, 2013

Husband's New Ride

Husband saya peminat motor. Saya pulak tak suka dia naik motor. Terlebih risau kalau naik motor ni. Tak senang duduk dibuatnya. Dari dulu lagi dok mintak nak bawak TZM zaman bujang dia tu ke rumah sewa kat Shah Alam ni. Tapi setiap kali pun saya tak bagi heheh. Sampai lastnya dia jual je TZM tu kihkohh

Baru baru ni, yang taklah baru sangat.. Dalam 4-5 bulan lepas, husband saya tukar kerja. From PJ to the centre of KL. First day aje dia naik kereta ke ofis, jammed sangat katanya ! Hahahaa tahu ajelah KL kan. So, adalah alasan yang kukuh untuk husband saya beli motor semula. Syoklah dia tu.



Nilah kesayangan husband saya sekarang. Saya pun tak pernah ada peluang lagi nak ride dengan husband. Salah satu reason, sebab ada Kasih si busyuk masham tu lah hehe kalau adik adik saya ada kat rumah dan sudi jadi babysitter, bolehlah kot :p tapi masih tak boleh jugak, sebab saya tak ada helmet !

Husband, please buy me a helmet, I wantttttt !! :D :D :D



Friday, October 4, 2013

Kasih's Milestones - 9M2D

Sekejapnya masa berlalu. Tiba tiba je anak mama dah 9 bulan 2 hari. Dah makin membesar. Mama pun jadi emo sebab semakin baby membesar, semakin kurang bergantung dengan Mama dah. Please sayang, jangan membesar cepat sangattttttttt, Mama rindu awak. Hmm, bahagianya bila fikir pasal Kasih ;D

Itu baru fikir. Bukan depan mata. Badan kat office, fikiran melayang ke taska Kasih. Kalau depan mata, jenuh kena gomol Kasih ni hihihi.

Kasih dah 9 bulan 2 hari. Berat terkini 6.3kg. Kecik je anak Mama ni. Tapi lincah. Saya syak dia dah nak berdiri lah. Sekarang pun duk berjalan meniti badan orang la, pegang sofa lah. Kadang terlepas terjatuh mama tak sempat nak sambut. Tsk, sorry sayang. Kalau Kasih terjatuh masa dengan Mama, cepat cepat pujuk dia. Mintak maaf semua. Cuba kalau orang lain yang pegang masa tu, Papa dia ke, adik adik saya ke, puhhh menyinga betul saya kalau Kasih terjatuh. Macamkan awok tu perfect sangat ye cik Izza :P Husband saya suka hangin je bila jadi kes macam ni, mesti dia cakap "Macamlahhhh Kasih tak pernah terjatuh masa dengan sayang"

Hehe, sorry sayang. Sorry Kasih ! Mama dan papa akan lebih berhati hati selepas ni. Tapi kan, Kasih memang dah berani sangat la sekarang ni. Suka panjat saya, panjat meja lepas tu lepas tangan. Boleh bayangla apa jadi lepas tu, awak tu belum boleh berdiri stabil lagi sayang oi. Sebab tu saya lebih suka melepak lepak atas katil je dengan Kasih, rasa lebih selamat sikit :P Macam semalam, tengok TV kat hall. Kasih macam biasa memang tempat kegemaran dia berpaut kat rak TV. Saya memang standby aje duduk belakang dia. Dia tau saya memang ada belakang dia. Tiba tiba dia pusing dan terus lepas tangan, harapkan saya sambut. Anak oiii, gugur jantung mama. Nasib baik saya sempat sambut. Memang tak sabar sangat nak tunggu push walker yang saya beli tu sampai. Kasih mesti happy sangat !

Pasal makanan, Kasih masih makan semi-solid. Nak jugak blend hancur baru nak makan. Kalau ada butir butir nasi yang berapa hancur tu, nanti dia kunyah kunyah yang lain, yang tak hancur tu dia luahkan balik. Bijak ! Antara makanan yang saya dah introduce kat Kasih, salmon, ikan merah, sayur sayur yang lulus masa zaman puri dulu, dan baru baru ni introduce bayam dan cheese. Ayam dan daging masih belum. Lambat lagi kot nak introduce. Kalau ikutkan umur dah boleh dah, tapi biarlah dulu. Pisang Kasih tak boleh makan sebab masalah sembelit lepas tu, mungkin saya salah beli pisang. Semalam ada cuba buat lempeng pisang untuk Kasih, kot kot dia dah boleh terima. Tapi dia tak suka T___T BS kata makan sikit sikit dok main kemam kemam aje. Sabor ajelah Mama ni. Sediakan makanan untuk anak memang kena sabar. Kadang kadang dah penat kita buat dengan penuh kasih sayang, bagi kat dia takmohh makan pulak. Grrr. Sabar. Try buat second dish, pun takmau. Kalau dah macam ni, last last saya bagi roti or biskut baby ajelah. Taknak paksa dia makan pun. Biar dia rasa makan ni enjoy ! Kalau suap Kasih makan pun, kejap ke sana kejap ke sini. Kejap kena berhenti nak main dulu, pastu baru nak sambung makan. Papa, we need highchair laa.. So Kasih boleh join the table :) Dia lagi bersemangat makan bila ada orang makan sekali :)


Gigih mama buat homemade fishball dengan angelhair soup. Dia tak mahu. Saya konon konon nak ajar dia makan yang kasar kasar sikit, tak payah nak blend halus dah. Takmau, takmau. Bila saya campak semua dalam blender, barulah laju dia makan :) OK sayanggg, Mama paham dah. Buat masa sekarang ni, mama blend je semua ye? Mama fikirkan awak dah ada 4 batang gigi, suka nak makan yang kasar kasar sikit dah hehe. Gigi atas dia kemain besar, gigi kapak hahahaha dari jauh lagi dah nampak. Gigi bawah baru naik sikit.


Kehkeh. Spongebobbbbbbb ! Galak sangat main dengan Cikna dia masa ni. Pening OK kalau nak melayan dia dalam kereta. Phewww. Kalau nak main tu nak yang ekstrem aje. Nak acah dia kena buat dengan sepenuh perasaan jiwa dan raga hahaha itu yang penat tu.


My small family.


Thank you Allah.



Thursday, October 3, 2013

Nasi Ayam Simple dan Sedap !!


Kihkih, gemar benar memuji masakan sendiri awak ni ye ? Biarlahhhh. Lagipun benda bagus elok dikongsi kan ?

Sebelum ni saya biasa guna resepi nasi ayam ni --> RESEPI NASI AYAM SIMPLE

Tapi haritu saya jalan jalan tengok blog orang, saya jumpa resepi Kak Filla yang nampak senang je. Dan dikatakan sedap. So, saya nak cuba !


Saya copy paste dari blog Kak Filla,

NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan
lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin

(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia
1 kiub ayam
daun sup
daun bawang 
bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)


AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)


KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)


KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

-----------------------------------------------------------
The verdict ?

Sedap ! Terutamanya kuah lada tu memang best. So, korang bolehla cuba resepi ni pulak lepas ni :D


Wednesday, October 2, 2013

Saya dan Shaklee

Saya mula berkenalan dengan Shaklee selepas masuk semula kerja selepas cuti bersalin. Time tu adalah sangat stress sebab milk supply tak cukup. Lagipun silap saya tak timba ilmu tentang breastfeeding dari awal. Lepas dah masuk kerja baru nak timba ilmu, memang terlambat la kan. Tapi takpe, it's better late than never !

Bila saya mengeluh dekat Twitter (time tu masih aktif dengan Twitter !), ada rakan yang baik approach untuk kongsi perasaan. Baru saya sedar yang bukan saya seorang je ada masalah ni. Ramai mommies yang ada masalah yang sama dengan saya. Tapi semuanya kental demi nak fully breastfeeding anak. Tabik !!

Jadi, kawan saya ni ajar saya cara nak pump. Masa yang sesuai nak pam. Dan ilmu ilmu breastfeeding for career mommies. Thanks kawan ! Dan masa ni jugalah saya berkenalan dengan SET BREASTFEEDING Shaklee. Selepas amalkan supplement Shaklee dan juga amalkan rules yang paling penting dalam breastfeeding ; supply & demand, memang ada perubahan yang significant dalam milk supply. Thanks lagi sekali sebab sudi berkongsi rasa dengan saya :)

Masa tu, saya register juga jadi agent Shaklee. Semata mata untuk makan sendiri saja. Senang bila nak beli supplement kan, dah ada ID sendiri. Bila upline saya tanya progress business, saya asyik mengelak bagi alasan aje. Sebab masa ni memang tak minat nak berbusiness. Lagipun, kerja saya kat ofis banyak masa ni. Penat, tak larat nak adjust (alasan lagi :p)

Tapi, baru baru ni.. Sebulan yang lepas sebenarnya, Allah bukakan hati saya untuk serius dalam business Shaklee. Saya pun laju laju contact upline saya, saya bagitau dia satu ayat ni je "Saya rasa saya dah ready untuk serius dengan Shaklee"

Ya. Saya serius.

Dan sekarang baru saya nampak hasilnya bila kita minat dan serius dengan bila kita buat saja suka suka. Semakin hari, semakin cinta Shaklee :)

Sejak dari lepas pantang sampai sekarang, saya masih setia dengan supplement yang sama. Tujuan asal memang sebagai milk booster, tapi bonus yang saya dapat.. Saya dapat KURUS semula !


Yayyyyy ! Siapa kata breastfeeding mommies kena makan macam monster lepas tu tak boleh kurus kurus ? Hehee salahhhhh tu tanggapan anda.


Siapa yang breastfeeding babies, tapi dalam masa yang sama nak kurus, nak slim, nak hot nak gojesss macam zaman anak dara dulu, bolehlah kongsi masalah dengan saya. Insya allah kita ada penyelesaiannya :D


Dengan lafaz Bismillah,

Saya adalah pengedar rasmi SHAKLEE (ID 918626).

Terdapat pelbagai supplement bagi tujuan IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, PENYUSUAN BAYI, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT dan sebagainya.

PERTANYAAN & PEMBELIAN
FB : Izzatul Azma
SMS : 019 6683098
Email : izzatul.azma@gmail.com

Member ID Shaklee: 918626

PENGHANTARAN
Semenanjung Malaysia : RM10
Sabah / Sarawak : RM20

Proses penghantaran menggunakan perkhidmatan GDEX, Citylink atau Pos Laju.



Yang benar,
Izza - 918626
019-6683098







Tuesday, September 17, 2013

Sup Ayam Simple

..dan sedap !! 


Haha, boleh gitu ? Tak maluewww iyew tueww puji masakan sendiri hahaha.

Betul ni, ini cara saya masak sup yang cepat, mudah dan insya Allah sedap. Kisahnya semalam saya nak mengemas rumah, tapi perut dah lapar. Dan adik adik saya dah nak balik time tu. Nak masak apa dalam masa yang singkat, kan..

So, lets buat sup ayam cara saya :P



Bahan bahan

1/2 ekor ayam
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji bawang besar (belah 4 tak putus)
Sedikit halia (ketuk)
2 biji tomato (hiris kasar)
1 batang serai (ketuk)
Serbuk sup Adabi
Garam
Cili padi - kalau nak pedas

Caranya,

Lebur semua dalam periuk, biarkan merenihh dengan api kecil. Macam saya semalam, lama jugak kot renih sup ni. Agak agak koranglahh sampai dah dapat rasa yang diingini hehe.

Sesambil tunggu sup siap tu, bolehla masak nasi, kemas rumah, mop lantai, lipat kain, jemur kain dan sebagainya.

Friday, September 13, 2013

Me, Shrink !

Nampaknya saya ni memang dah melupakan dunia blogging lah. Entry sebulan sekali aje up. Hihihi.

Saya nak share something exclusive dekat sini. Yang saya tak pernah share lagi dengan orang lain. 


Ni gambar maternity photoshoot saya pada 23rd December 2012. Tahun lepas. Masa birthday saya hehe. Bulatnya perut masa tu :P Yelah seminggu lepas tu dah beranak kot kihkohh. Ni memang time time last sebelum beranak ni. Berat saya masa tu, 79kg agaknya. Berat. Sungguh berat, nak menguit pun rasa payah haha. Berat saya sebelum pregnant, 59kg.

Selepas saya bersalinkan si puteri Kasih Safiyya yang comel omel omel tu, berat saya turunlah SEDIKIT. 70kg. Habis pantang, berat stuck dekat 68kg aje. Frust sungguh rasanya. Orang dalam pantanglah dapat kurus sebab makan yang sihat sihat aje. Saya pulak berat statik dekat situ. Masuk ofis masih bawa badan yang ada lelemak degil hasil pregnant dulu T___T

Dan, saya pun dah putus asa sebenarnya dengan berat badan saya ni. Dah give up. Dah fed up. Dah malas nak peduli. Dah malas nak timbang. Sampailah habis bulan puasa hari tu, saya tengok cermin nampak diri macam dah kecik sikit :P Try sarung jeans lama, hoyeahhhhhhhh muattttttttt rasa macam nak gangnam style kat situ jugakkkk !!

Latest me.

58kg. Yay !

Lost 21kg dari selepas pregnant. Basically lost 21kg in 9 months. Tapi masih belum puas ni. Nak capai 53kg barulah boleh tersenyum :)


Nanti next entry, saya share apa yang saya amalkan dan makan ye.

Tatah for now !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...