Itu baru fikir. Bukan depan mata. Badan kat office, fikiran melayang ke taska Kasih. Kalau depan mata, jenuh kena gomol Kasih ni hihihi.
Kasih dah 9 bulan 2 hari. Berat terkini 6.3kg. Kecik je anak Mama ni. Tapi lincah. Saya syak dia dah nak berdiri lah. Sekarang pun duk berjalan meniti badan orang la, pegang sofa lah. Kadang terlepas terjatuh mama tak sempat nak sambut. Tsk, sorry sayang. Kalau Kasih terjatuh masa dengan Mama, cepat cepat pujuk dia. Mintak maaf semua. Cuba kalau orang lain yang pegang masa tu, Papa dia ke, adik adik saya ke, puhhh menyinga betul saya kalau Kasih terjatuh. Macamkan awok tu perfect sangat ye cik Izza :P Husband saya suka hangin je bila jadi kes macam ni, mesti dia cakap "Macamlahhhh Kasih tak pernah terjatuh masa dengan sayang"
Hehe, sorry sayang. Sorry Kasih ! Mama dan papa akan lebih berhati hati selepas ni. Tapi kan, Kasih memang dah berani sangat la sekarang ni. Suka panjat saya, panjat meja lepas tu lepas tangan. Boleh bayangla apa jadi lepas tu, awak tu belum boleh berdiri stabil lagi sayang oi. Sebab tu saya lebih suka melepak lepak atas katil je dengan Kasih, rasa lebih selamat sikit :P Macam semalam, tengok TV kat hall. Kasih macam biasa memang tempat kegemaran dia berpaut kat rak TV. Saya memang standby aje duduk belakang dia. Dia tau saya memang ada belakang dia. Tiba tiba dia pusing dan terus lepas tangan, harapkan saya sambut. Anak oiii, gugur jantung mama. Nasib baik saya sempat sambut. Memang tak sabar sangat nak tunggu push walker yang saya beli tu sampai. Kasih mesti happy sangat !
Pasal makanan, Kasih masih makan semi-solid. Nak jugak blend hancur baru nak makan. Kalau ada butir butir nasi yang berapa hancur tu, nanti dia kunyah kunyah yang lain, yang tak hancur tu dia luahkan balik. Bijak ! Antara makanan yang saya dah introduce kat Kasih, salmon, ikan merah, sayur sayur yang lulus masa zaman puri dulu, dan baru baru ni introduce bayam dan cheese. Ayam dan daging masih belum. Lambat lagi kot nak introduce. Kalau ikutkan umur dah boleh dah, tapi biarlah dulu. Pisang Kasih tak boleh makan sebab masalah sembelit lepas tu, mungkin saya salah beli pisang. Semalam ada cuba buat lempeng pisang untuk Kasih, kot kot dia dah boleh terima. Tapi dia tak suka T___T BS kata makan sikit sikit dok main kemam kemam aje. Sabor ajelah Mama ni. Sediakan makanan untuk anak memang kena sabar. Kadang kadang dah penat kita buat dengan penuh kasih sayang, bagi kat dia takmohh makan pulak. Grrr. Sabar. Try buat second dish, pun takmau. Kalau dah macam ni, last last saya bagi roti or biskut baby ajelah. Taknak paksa dia makan pun. Biar dia rasa makan ni enjoy ! Kalau suap Kasih makan pun, kejap ke sana kejap ke sini. Kejap kena berhenti nak main dulu, pastu baru nak sambung makan. Papa, we need highchair laa.. So Kasih boleh join the table :) Dia lagi bersemangat makan bila ada orang makan sekali :)
Gigih mama buat homemade fishball dengan angelhair soup. Dia tak mahu. Saya konon konon nak ajar dia makan yang kasar kasar sikit, tak payah nak blend halus dah. Takmau, takmau. Bila saya campak semua dalam blender, barulah laju dia makan :) OK sayanggg, Mama paham dah. Buat masa sekarang ni, mama blend je semua ye? Mama fikirkan awak dah ada 4 batang gigi, suka nak makan yang kasar kasar sikit dah hehe. Gigi atas dia kemain besar, gigi kapak hahahaha dari jauh lagi dah nampak. Gigi bawah baru naik sikit.
Kehkeh. Spongebobbbbbbb ! Galak sangat main dengan Cikna dia masa ni. Pening OK kalau nak melayan dia dalam kereta. Phewww. Kalau nak main tu nak yang ekstrem aje. Nak acah dia kena buat dengan sepenuh perasaan jiwa dan raga hahaha itu yang penat tu.
My small family.
Thank you Allah.