Saturday, November 16, 2019
Finding New Playschool for Luth
Anyway, jadual kami sekarang agak sibuk. Pagi memang full. Selepas hantar Kasih ke sekolah, sama ada Mama akan masuk office Coway untuk attend Morning Learning ataupun akan bawa Luth ke kelas terapi 2x seminggu. Selepas tu nak berkejar kejar untuk jemput Kakak balik sekolah. Waktu balik sekolah diorang ni sama. Jadi kalau hari yang Luth ke sekolah, Mama akan jemput Kakak dulu baru jemput Luth. Dan itulah issue yang asyik diutarakan oleh teacher Luth
Mama Luth lambat
Sedangkan Mama dah discuss dengan principal, memang akan lambat sikit sebab perlu jemput Kasih dulu. Dan still within time frame contohnya jika balik pukul 1, ada time frame sehingga 1.30 untuk parents jemput anak. Tapi setiap kali Mama jemput Luth, setiap kali tu Teacher Ain nak pesan,
Puan, appreciate ya kalau dapat ambil on time (TEPAT)
Biasanya Mama just sorry dan ignore sebab yelah, I have discussed about it with the principal kan.
Tapi last two weeks mencabar kesabaran betul,
Mama sampai lambat 20 minit tapi still dalam time range dibenarkan. Teacher pesan,
Puan, mintak tolong ya ambil tepat. Kesian Luth terpusing pusing taktau nak buat apa. Kami ajak tidur, dia taknak. Lepas tu Luth asyik mintak makan je, sedangkan dah bagi makan.
Saya reply,
Maaf ya, waktu balik diorang sama. Saya perlu ambil Kakak dulu sebelum ke sini.
Betul betul sentap rasanya masa tu. Terus call pricipal dia complaint. Dan adalah Teacher Ain tu msg minta maaf semua dan cuba justify. Tapi saya tak boleh accept. Jadi saya putuskan untuk tak hantar situ lagi.
Saya tak boleh terima untuk jangka masa 20 minit , takde seorang teacher pun boleh temankan Luth ke sampai Luth terpusing pusing tak tahu nak buat apa ? Situ playschool kan ? Takde buku ? Takde toys ? Ke sebab Luth taknak nap, jadi rasa menyusahkan kena jaga extra 20 minit ? Sedangkan masih lagi dalam time frame dibenarkan !
Dan lagi, pasal mintak biskut. Nak cakap macam tu. Punya berkira dengan budak ? Tarik nafas panjang kalau fikir pasal ni sebab saya memang geram dan marah.
Luth autisme. Jadi mungkin ada sikit behavior dia yang di mata cikgu yang tak biasa dengan special ni macam "pelik" , contohnya Luth kalau takde buat apa dia memang suka bergerak ke sana sini sambil cakap sorang sorang dan tangan writing in the air. Itu sebenarnya ada something dalam fikiran dia yang dia cuba terjemahkan dalam bentuk tu. Cubalah faham dan berempati. Agaknya Teacher Ain tu tak selesalah tengok Luth macam tu dan dia tak tahu how to handle.
i forgive you. tapi i can't forget how you have the heart to treat my kid like that. just because he's a bit different, it doesn't make him lesser. he such a special gifted kid and you choose to ignore that. shame on you.
Wednesday, November 13, 2019
Kerjaya di Coway
Eeee rindunya nak menulis dan ketuk ketuk keyboard macam ni. this is almost like the first time i switched on the laptop and start writing using KEYBOARD in 3 years, no kidding ! Lama gila tak guna. Selama ni guna handphone je sampaila saya rasa eee lecehla nak view system Coway ni guna handphone.
Lagipun internet di kawasan apartment ni teruk betul. Tak boleh nak buat kerja from home langsung. Terima kasih to my husband yang finally subscribe Unifi sebab nak memudahkan wife nya ni work from home
OMG !!
Hello blog ! Im back !! Tak sabar nak coretkan semua kenangan dan pengalaman dalam blog ni semula, semoga dapat menjadi kenangan di masa tua uhuk uhuk.
Ah, anyway. this is the new update on me, I've become a careerwoman again after 3 years being hmmm jobless ? nah, bukan jobless haha. tapi, housewife. Pengurus rumah dan anak anak, Alhamdulillah thank you Allah for your blessings. I did write in this blog 3 years ago kan yang I've resigned when I was at my 39w with Luth. Those days, those office days is over, yeah !
Saya sekarang adalah merupakan seorang Coway Sales Executive yang commited :)
Saya dah join Coway ni since last year lagi. Masa tu saya nak cari duit lebih untuk menampung perbelanjaan terapi untuk Luth tapi since husband saya masih mampu menanggung semuanya, so, no desperation to work. No motivation to work hard. And no movement on my Coway journey until recently in June 2019, I've received my first order from my beloved sister. Seronok tak terkata ya walaupun cuma jual satu unit je in June haha.
Kemudian,
July ZERO sales. Biasalah, masih lena.
August, saya tiba tiba dapat semangat untuk promote Coway. Jadi Alhamdulillah bulan August saya dapat jual 5 unit sekaligus melayakkan saya untuk reward High5 di mana saya dapat full commission as full timers walaupun masa tu saya cuma part time.
September, saya ambil keputusan untuk buat full time. Full time means attending morning learning every Monday, Wednesday dan Friday di office. Sejam aje pun 9-10 pagi, boleh bawa anak. Masa saya dok contemplating nak buat full time atau tidak sebab masa tu saya register di office TTDI dan agak jauh dari rumah, tiba tiba dapat berita Coway buka new office di Setia Alam. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan untuk saya commit dalam Coway ni.
Saya masih lagi bertatih. Masih lagi belajar selok belok sales yang tak pernah saya impikan nak buat pun sebelum ni haha. Jual barang online tu saya dah biasa, macam macam dah pernah saya jual. Tapi belum pernah lagi income begini.
First income di Coway masa saya jual seunit tu cuma dalam RM170++. Saya spend semua belanja family saya makan, nak mohon doa restu semua supaya doakan saya berjaya di Coway. Saya saja suka suka je sebenarnya tapi menjadi semakin serius bila nampak, eh Coway ni bukan setakat jual barang je lah. Ada macam macam lagi yang Coway offer tau
Anyway for my own record,
Commission saya alhamdulillah makin menaik dalam masa 3 bulan ni
Saya mohon doa kepada Allah semoga saya dapat kekalkan momentum ni dan ada progress setiap hari, Amin..
Kalau ada yang nak tanya tanya pengalaman di Coway ke, nak tanya tentang produk penapis air ke udara ke maila roger saya. Berbesar hati saya nak bantu awak tau :)
Ni nombor saya ya, klik je la sini kalau nak Whatsapp www.wasap.my/60196683098/Coway
Monday, November 11, 2019
Penapis Udara Coway serendah RM94/bulan !
Berita gembira untuk pengguna setia Coway,
Kalau dah lama berkira kira nak tambah penapis udara atau outdoor water filter atau bidet, sekaranglah masa yang sesuai!
Diskaun sehingga RM10 untuk bayaran bulanan tau 😻😻
Jom ke sini saya tolong daftarkan www.wasap.my/60196683098/iCare
#cowaybyIzza
#icareprogramme
Saturday, August 17, 2019
Storm - Penapis Udara under RM100
Masih tercari cari penapis udara hebat tapi masih di dalam bajet ?
Saya cadangkan uols pakai Storm ni. Bayaran cuma RM90/bulan selama 5 tahun. Yuran pemasangan RM200 waived. Free service selama 5tahun tau. Tanpa gagal cody akan datang servis setiap dua bulan
Lagi best beli sekarang korang layak unuk join Lucky Draw Coway. Hadiahnya menarik sangat tauuuuu. Cer refer poster ni
Meh whatsapp saya, saya akan story lebih lanjut ya
Www.wasap.my/60196683098/Storm
Sunday, July 21, 2019
Murahnya Nak Pergi Bercuti
Wednesday, July 3, 2019
Alfatihah Untuk Baba
Dah lama berlalu perkara ni, Baba dah pulang ke pangkuan Ilahi 2 tahun lepas lagi. Cepatnya masa berlalu. I should blog about this for the sake of memory.
10/01/2018
Pukul 6 pagi, husband masih belum tidur rasanya. Ataupun dia dah bangun awal 4 lebih macam tu menyiapkan report. Dulu kerjanya selalu kena berjaga malam siapkan report disebabkan jarak masa antara meeting yang dekat membuatkan terpaksa korbankan waktu tidur menyiapkan kerja. Aku terjaga terdengar suara suamiku menjerit,
Hah, Baba kenapaa ???
Kelam kabut aku bangun pergi tengok husband dekat hall,
Kenapa sayang ?
Baba jatuh. Cepat solat, nak balik rumah tengok Baba.
Aku solat Subuh dengan air mata meleleh di pipi. Macam dapat sense je apa yang terjadi. Tapi tak berani nak buat kesimpulan atau bertanya lanjut lagi.
Selesai solat, cepat siapkan anak anak dan packing baju sekali.
On the way, call kakak iparku nak tanya kami perlu ke hospital atau ke rumah.
Kak iparku menjawab ringkas,
Ba dah takde.
Innalillahi wainnailaihirajiun
Masih teringat lagi kesedihan di waktu itu.
Bila sampai di rumah Mama, melangkah masuk melihat jenazah terbaring di ruang tamu. Jenazah Baba. Pemergian yang sangat mengejut. Kami langsung tak bersedia.
Aku ingat lagi, Baba meninggal pada hari Selasa. Hari Ahad, kami (family kecik kami dan keluargaku) baru pulang dari bercuti di Melaka. Sepatutnya kami semua straight pulang ke rumah tapi Allah gerakkan hati husband untuk singgah rumah Mama, nak ambil jaket motor padahal ambil kemudian pun tak apa. Kebetulan minggu tu pula semua tak balik, kalau tak mesti semua berkumpul di situ bila weekend. Sempatla Baba main dengan Luth malam ni. Luth pun kemain gelak Obba agah dia tau. Lepastu Mama masak kari ayam, beriya iya Baba suruh kami makan tapi kami dah kenyang jadi duduk menyembang ajelah sekejap.
Isnin esoknya mak ayahku pulang ke kampung. Selasa mak ayahku datang ke KL balik nak melawat Mama yang kesedihan.
Baba dimandikan dan dikebumikan di masjid UPM. Sampai sekarang bila solat dekat masjid UPM, lalu depan bilik mandi jenazah, sedihnya rasa. Terbayang lagi kenangan lalu. Masa 10/01/18 tu, husband lah yang paling sibuk uruskan semuanya dengan adik bongsu lelaki. Dua anak lelaki yang diharap menguruskan jenazah.
7 tahun menjadi menantu Baba, Baba layan baik sangat. Kasih pun kata Baba rajin bawa ke taman. Semua rindukan Baba kan. Baba sangat rajin ke masjid dan sangat rajin mengaji. Ternampak nampak rasanya Baba duduk mengaji di hall selepas Subuh :)
Kenangan terakhir kami raya bersama masa raya 2016 di Kuala Kedah, lama dah Mama beli rumah tu. Tapi 2016 Mama tambah baik rumah tu, pasang pagar simenkan semua, cat cantik cantik. Dan Baba Mama stay 3 bulan di sana masa tu sampai anak anak pun rindu lamanya tak jumpa hehe. Sempat juga Baba merasa duduk rumah Kuala Kedah tu,
Itu yang bila tahun ni kami semua sepakat raya sana, kenangan nya la bila sampai sana. Sedih. Sebak. Rindu.
Tapi ini kan lumrah kehidupan. Yang hidup pasti akan mati. Semoga kita akan berjumpa lagi di sana, Baba. Amin.
Saturday, March 30, 2019
Luth Dah Pandai Mengomen!!
Semalam lunch Sushi King dengan Cingah, Mama order Beef set ingat nak makan share dengan Luth sebab Kasih dah makan two plates baby octopus dengan two plates tobikko (sushi telur ikan)
Campurkan nasi panas dengan miso sup, sesuap untuk Luth, respons dia
Sedap!!! Nak nasikkkkk!!
Terkejut Mama dan Cingah dibuatnya 😍😍 first time Luth boleh cakap sendiri sedap. Selalu kalau tanya dia pun, sedap tak? -- dia tak pernah lagi jawab sedap
Aduhai berbunga bunga hati tak sabar nak p jumpa therapist Luth minggu ni nak cerita 😁 Luth sekarang memang dah masuk fasa commenting
Just sharing, fasa budak bertutur ni ada 4
1. Own agenda
2. Requester
3. Early communicator
4. Partner
Ni ulangkaji untuk Mama jugak ni haha nak tulis ni kena refer balik notes dengan therapist Luth masa sesi pertama dulu
So now Luth dah slowly di stage yang ketiga -- Early Communicator. Kadang kadang masih Requester. Still long journey untuk kami, tapi Luth memang sangat improves day by day, Alhamdulillah.
Anyway, disebabkan Adik komen sedap nasi miso sup tu, dengan Kakak sekali sharing one bowl of rice dengan Mama. Positive side, Mama dapatlah kurang makan nasi ye lunch semalam (Mama kan nak #misikurussebelumraya kahkah 😂😂)
Tuesday, February 12, 2019
Kasih First Day At Prasekolah
Monday, January 14, 2019
4 Cara Berkomunikasi Untuk Mendapatkan Perhatian Anak Autisme/Speech Delay
Ni ilmu therapist Luth share last week, simpan sini untuk rujukan, semoga bermanfaat.
Ini 4I untuk mendapatkan attention anak atau get the interaction going,
1) INCLUDE INTEREST
Ikut minat anak, contohnya Luth ni sangat minat numbers & alphabet. Jadi untuk tarik minat dia, guna material berunsur macamni.
2) IMITATE
Tiru apa anak buat. Contohnya Luth ambil pen dan kertas dan menulis nombor 2, Mama pun ikut tulis 2 jugak
3) INTERPRET
Bagi komen tentang apa anak buat. Contoh Luth menulis nombor, Mama komen oh ini five. Ohh.. Luth tulis twoo. Ini membuatkan anak rasa macam, oh my Mama is here. Saya boleh buat apa yang saya suka, Mama tak kacau tapi Mama is here
4) INTRUDE
Yang ni cuma boleh dipraktikkan jika anak OK dengan ketiga tiga method di atas. Contoh, mula mula Mama imitate Luth tulis 2. Mama biar Luth lead. Bila dia dah selesa, Mama cuba lead. Tulis 3 pulak. Bagi Luth ikut.
Atau
Contoh, main puzzle A B C. Mama sorokkan puzzle piece yang seterusnya untuk dapatkan perhatian Luth dan mendorong Luth untuk meminta
Disclaimer - olahan tersendiri berdasarkan penerangan dari therapist. Jika ada kesalahan atau misunderstanding, mohon beritahu ❤