Monday, January 14, 2019

4 Cara Berkomunikasi Untuk Mendapatkan Perhatian Anak Autisme/Speech Delay

Assalamualaikum,

Ni ilmu therapist Luth share last week, simpan sini untuk rujukan, semoga bermanfaat.

Ini 4I untuk mendapatkan attention anak atau get the interaction going,

1) INCLUDE INTEREST
Ikut minat anak, contohnya Luth ni sangat minat numbers & alphabet. Jadi untuk tarik minat dia, guna material berunsur macamni.

2) IMITATE
Tiru apa anak buat. Contohnya Luth ambil pen dan kertas dan menulis nombor 2, Mama pun ikut tulis 2 jugak

3) INTERPRET
Bagi komen tentang apa anak buat. Contoh Luth menulis nombor, Mama komen oh ini five. Ohh.. Luth tulis twoo. Ini membuatkan anak rasa macam, oh my Mama is here. Saya boleh buat apa yang saya suka, Mama tak kacau tapi Mama is here

4) INTRUDE
Yang ni cuma boleh dipraktikkan jika anak OK dengan ketiga tiga method di atas. Contoh, mula mula Mama imitate Luth tulis 2. Mama biar Luth lead. Bila dia dah selesa, Mama cuba lead. Tulis 3 pulak. Bagi Luth ikut.

Atau

Contoh, main puzzle A B C. Mama sorokkan puzzle piece yang seterusnya untuk dapatkan perhatian Luth dan mendorong Luth untuk meminta

Disclaimer - olahan tersendiri berdasarkan penerangan dari therapist. Jika ada kesalahan atau misunderstanding, mohon beritahu ❤

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...