Sekarang ni Luth pergi playschool once a week di satu playschool di Setia Alam. Tapi haritu ada issue yang membuatkan Mama nak stop hantar Luth di sini dan cuba cari tempat lain yang lebih sesuai. Walaupun Luth baru 3 tahun, tapi pentingnya untuk hantar Luth ke playschool untuk ajar Luth bergaul dengan kawan kawan dan adapting to surrounding. Yelah, Mama tak selamanya boleh jaga Luth kan. Jadi Luth kena belajar berdikari, okay sayang ?
Anyway, jadual kami sekarang agak sibuk. Pagi memang full. Selepas hantar Kasih ke sekolah, sama ada Mama akan masuk office Coway untuk attend Morning Learning ataupun akan bawa Luth ke kelas terapi 2x seminggu. Selepas tu nak berkejar kejar untuk jemput Kakak balik sekolah. Waktu balik sekolah diorang ni sama. Jadi kalau hari yang Luth ke sekolah, Mama akan jemput Kakak dulu baru jemput Luth. Dan itulah issue yang asyik diutarakan oleh teacher Luth
Mama Luth lambat
Sedangkan Mama dah discuss dengan principal, memang akan lambat sikit sebab perlu jemput Kasih dulu. Dan still within time frame contohnya jika balik pukul 1, ada time frame sehingga 1.30 untuk parents jemput anak. Tapi setiap kali Mama jemput Luth, setiap kali tu Teacher Ain nak pesan,
Puan, appreciate ya kalau dapat ambil on time (TEPAT)
Biasanya Mama just sorry dan ignore sebab yelah, I have discussed about it with the principal kan.
Tapi last two weeks mencabar kesabaran betul,
Mama sampai lambat 20 minit tapi still dalam time range dibenarkan. Teacher pesan,
Puan, mintak tolong ya ambil tepat. Kesian Luth terpusing pusing taktau nak buat apa. Kami ajak tidur, dia taknak. Lepas tu Luth asyik mintak makan je, sedangkan dah bagi makan.
Saya reply,
Maaf ya, waktu balik diorang sama. Saya perlu ambil Kakak dulu sebelum ke sini.
Betul betul sentap rasanya masa tu. Terus call pricipal dia complaint. Dan adalah Teacher Ain tu msg minta maaf semua dan cuba justify. Tapi saya tak boleh accept. Jadi saya putuskan untuk tak hantar situ lagi.
Saya tak boleh terima untuk jangka masa 20 minit , takde seorang teacher pun boleh temankan Luth ke sampai Luth terpusing pusing tak tahu nak buat apa ? Situ playschool kan ? Takde buku ? Takde toys ? Ke sebab Luth taknak nap, jadi rasa menyusahkan kena jaga extra 20 minit ? Sedangkan masih lagi dalam time frame dibenarkan !
Dan lagi, pasal mintak biskut. Nak cakap macam tu. Punya berkira dengan budak ? Tarik nafas panjang kalau fikir pasal ni sebab saya memang geram dan marah.
Luth autisme. Jadi mungkin ada sikit behavior dia yang di mata cikgu yang tak biasa dengan special ni macam "pelik" , contohnya Luth kalau takde buat apa dia memang suka bergerak ke sana sini sambil cakap sorang sorang dan tangan writing in the air. Itu sebenarnya ada something dalam fikiran dia yang dia cuba terjemahkan dalam bentuk tu. Cubalah faham dan berempati. Agaknya Teacher Ain tu tak selesalah tengok Luth macam tu dan dia tak tahu how to handle.
i forgive you. tapi i can't forget how you have the heart to treat my kid like that. just because he's a bit different, it doesn't make him lesser. he such a special gifted kid and you choose to ignore that. shame on you.