Friday, January 10, 2014

Kasih's First Visit To Dental Clinic

Assalamualaikum,

8th January 2014, kali pertama Kasih jumpa dentist. Saya google dah hari tu boleh ke bawak jumpa dentist kecik lagi ni. Rupanya patut jumpa dentist masa gigi pertama tumbuh lagi dah. Kasih start ada gigi masa 9 bulan.



Hehe. Spongebob punya gigi :-3

Soooooo, macam mana saya boleh terfikir nak bawak Kasih jumpa dentist ? Gigi Kasih ni ha, macam ada tompok putih lepas tu dia jadi berlubang kat situ. Berlubang kat gigi kapak, boleh imagine ? Actually dah lama Darling Husband ajak pergi jumpa dentist tapi saya ambil mudah, saya rasa Kasih kecik lagi nak jumpa dentist. Yelah, dentist mentakutkan ok. I don't like. So kitorang biarkan aje gigi Kasih tu. Sampailah 2 hari lepas, bangun pagi saya tengok Kasih senyum, tiba tiba gigi dia dah serpih !!! Oh my god, cuak kebebeh lah saya ok. Gigi anak dara dah serpih. Kesiannya senyum nampak gigi serpih. Dan biasalah, I memang over k. Haha pasal gigi anak serpih pun kecoh :P

Tak boleh jadi ni dah sampai serpih gigi Kasih kan. Saya takut karies gigi, karang gigi dia jadi hitam rongak buruk tinggal tunggul, oh tidak. Nasib baik ada klinik gigi dekat dengan area rumah saya tu yang bukak sampai pukul 9. Klinik Pergigian DSR Smile.


Staff dengan doktor kat sini bagusnya. Friendly dan baik :) Kena call dulu for appointment ye. Boleh je nak walk in, tapi just in case masa tu dentist ada patient lain so awak kena tunggu lah. Kalau saya, saya memang suka buat appointment kat mana mana pun hehe malas nak menunggu. Kasih ni patient doktor ni yang paling muda takat ni hahaha. Dah aku pulak kena duduk dekat kerusi kat dalam bilik tu. Oh, saya memang lah tak suka pergi dentist. Seram kot tengok alat alat gerudi dia semua tu. Kasih pulak tengok doktor pakai mask, pastu mintak dia nganga semua apa lagi, melalak la. Haha. Drama lebih tau.

So, bila doktor dah tengok. Dia cakap ni karies gigi peringkat awal. Sebab terjadinya adalah gigi tak bersih. Lepas menyusu or makan terus tidur tak gosok gigi. Yelah, salah Mama la ni yang culas gosok gigi anak. Kadang kadang dia refused nak bukak mulut bila saya nak gosok, saya malas lah nak paksa. Tapi no more, mulai sekarang memang secara paksaan saya gosok gigi dia. Guna kain bersih yang lembap. Itu lagi berkesan dari guna berus gigi. Misinya sekarang adalah jaga gigi sebatang yang dah rosak tu daripada merebak ke gigi yang lain. Doktor kata kena cuci hari hari pagi dengan malam wajib. Selalu kan mengempeng sampai tidur kan. Sekarang kalau dia dh tertidur pun, saya gosok gigi dia jugak hehe. Bukak slow slow mulut dia, tenyeh sikit dengan kain, jadilah :) so gigi yang rosak tu kalau ada tompok coklat atau putih, tu tanda karies gigi tu sedang aktif. Kalau dia dah bertukar hitam, tu maknanya dah OK. Gigi yang rosak tu memang akan jadi hitamla sementara nak tunggu dia gugur. Tak boleh nak buat apa dah la yang tu, hehe.


Nampak tak gigi dia yang serpih tu ?


So, jagalah gigi anak korang dengan baik ok. Dan jangan ambil mudah. Karies gigi ni kalau dibiarkan boleh merebak dan rosakkan semua gigi yang ada.

Anyway, first visit to dentist kali ni adalah free of charge. Hehe baiknya la dentist tu tak charge pun consultation fee :)



1 comment:

Hasnah said...

Aku dlu pun amik mudah. Now amik.. hampir semua gigi haikal rosak dah. Tgal gigi bawah dia jer elok lg. Itu pun belah depan. Belah kiri kanan kat dlm dh hampir lupus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...