Saturday, July 7, 2012

Resepi Sup Ekor

Bukan semua orang makan sup ekor kan ? Hehe. Saya pun belajar makan sup ekor ni lepas kahwin. Memang lepas kahwin ni, macam macam lah benda baru saya belajar makan. Sambal udang petai lah, sup ekor lah, pulut makan dengan mangga (tapi masih tak reti makan, heheh). 

Mak mertua saya pelik tau banyak benda saya tak pernah makan. Contohnya hari tu mak mertua belikan asam, err nak explain pun tak reti. Asam jawa eh ? Entahlah, tapi rasanya asam jawa kot. Orang memang makan buat ala jeruk eh? Diorang beli kat Terengganu. Saya pun pelik tak pernah jumpa benda ni pun. Haha kalau yang dah siap buat asam merah tabur gula tu tahulah -_-" err tak pasti korang paham ke tidak. Hahaha.

Berbalik pada cerita sup ekor, hari tu tiba tiba suami balik dari pasar bawak balik ekor. Saya mula mula terbayang ekor siap ada bulu bulu huwaaa macam mana nak masak ni. Hahaha. Rupanya dah siap potong semualah, tinggal nak masak je ;D

Jom tengok cara masak sup ekor yang mudah ni. Kalau taknak buat ekor, boleh guna daging juga. Ini tak pakai sup bunjut ke apa tau.




Resepi Sup Ekor

Bahan bahan

Ekor (tak pasti berapa banyak tapi satu ekor tu lah)
1 labu bawang besar *belah 4 (saya guna bawang holland)
3 ulas bawang putih *ketuk
3 inci halia *ketuk
3 batang serai *ketuk
8 biji cili api *tumbuk kasar
3 biji limau nipis (kuantiti bergantung pada tahap kemasaman yang dikehendaki)
1 biji tomato *belah 4
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Masukkan separuh labu bawang besar, halia dan juga ekor ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
2. Tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan serai dan juga separuh lagi bawang besar tadi. Kacau sebentar.
3. Masukkan tomato, daun limau purut dan juga cili api. Tumis sebentar. Masukkan ekor beserta air rebusannya tadi.
4. Didihkan sup tersebut. Perasakan dengan garam dan gula. Perah limau nipis. Sedia untuk dihidangkan.

*********


Suami saya memang sukalah ! Yay, misi memasak sup ekor adalah berjaya, hihi. Cuma terpedas sikit lah, berapi mulut makan. Pedas pedas masam, dah rasa macam tomyam putih pun ada juga. Kalau nak rebus daging ataupun tulang ni, biasanya nak jimat masa kita guna pressure cooker kan. Rumah saya takde lagi pressure cooker ni. Mama kata biasanya rebus dalam rice cooker pun cepat empuk juga. Jadi, kita belasahhhh haha. Saya rebus dalam rice cooker selama 2 jam wuwuwu lama gilos eh. Hasilnya memang lekang betul daging dan tulang tu. Lagi satu, sebab saya ni ala ala pemalas juga hehe malas nak masak banyak lauk sekali, makanya dalam sup tu saya campak juga sekali carrot, ubi kentang dan juga saderi. Heheh.

Anyway, resepi ni olahan daripada sini ---> RESEPI SUP EKOR


4 comments:

Ietams said...

sedap eh sup ekor ni.
buat sendiri puas sikit makannye

Azie said...

Saya mmg suka sup ekor sebab lembut. Bhgn lain keras dan berurat.

NorshidawaniAbdullah said...

Sy dah try, suami sgt suka. Dia kata sedap sgt. He3 thanks ye pasal bg resepi. :-)

NorshidawaniAbdullah said...

Sy dah try, suami sgt suka. Dia kata sedap sgt. He3 thanks ye pasal bg resepi. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...