hari tu pergi carrefour ada beli daging yang slice tu kan. yang ala-ala kat Subway tu slice dia. tapi kat carrefour tu murah je. 100gm dalam rm2-rm3. so belilah..
dan pagi ni bawak la bekal ke office. rancangnya sampai office nanti, bancuh nescafe.. kira pakej habis lah tu, roti sandwich + nescafe panas. nyums !
alih-alih.. nyempat ko. dalam kereta on the way g tempat kerja aku dah bedal. pedulik ! :p nak-nak pulak jalan jammed kan, sejemput-sejemput je jalannya. memang eloklah sangat kalau kita cari aktiviti berfaedah lain sebelum aku mengamuk macam hari tu :p
eh, semalam kan yang pasal raptai tu kan. gigih aku google malam tadi sebab taknak lewat lagi. rupanya 27hb hari tu raptai penuh. habis semua jalan tutup. tension. memang patutlah jammed sampai begitu sekali rupa dia
oh dan esok dia tutup jalan lagi kan? ke ada aku baca esok sambutannya ? eh entahlah. nanti aku google dulu :p