Saturday, January 29, 2011

Cimbclicks VS RHB Reflex

aaaaaa.. nak emosi lagi boleh tak ? :D

aku tengah geram dengan RHB internet banking ni. selama bertahun-tahun aku pengguna setia CimbClicks.. takde pulak lagi rasa geram macam ni. baru sehari jadi pengguna RHB, dah macam-macam complaint aku nak failkan ni taw !!!

sebab aku guna RHB sekarang adalah payroll masuk ke situ. jadi satu kerja lah pulak kan kalau tegar sangat nak transfer duit ke CIMB semata-mata nak guna CimbClicks. jadi semalam aku cuba nak bayar bil telefon aku secara atas talian. macam yang selama ni aku dok buat tu lah.

dah lah nak sign up dia tu leceh. macam-macam nak kena isi. lepas tu, dah gembira dapat register, cepat-cepat lah klik Bill Pay tu. sebabnya line telephone aku ni dah kena barred. rasakan sapa suruh tak bayar bil :p so menggelupur lah gaji dah masuk ni, nak bayar bil. nak telefon emak, nak telefon tunang, nak reply msg adik sebab asyik kena perli telefon je mahal (e71 je pun), tapi asyik lah kena barred saja :p

ok, siap set Fav Bill lagi dalam tu. dah segala no akaun, no telefon etc yang dia mintak aku isi. tinggal nak tekan submit je. pastu bila tekan submit, keluar pulak kata aku tak register no telefon aku lagi untuk diorang hantar authorization code. hampeh la weh. lembap la gini. kalau boleh register kat ATM kan senang. walaupun macam susah kau nak pergi ATM tu ke, tapi lepas tu terusssss je boleh guna.

yang ni pulak aku dah call registerkan no telefon aku, kena tunggu 24 jam la pulak. adeh. aku ni dah la nak cepat bayar bil. aku nak cepat ok.

tapi takpelah. bersabar lah lagi. hari ni selang setengah jam aku check RHB online tu dah boleh ke nak bayar bil ni, dah boleh ke.. sampai pukul 2 petang masih tak boleh lagi. haih, panas pulak rasa hati. mana tak menambahkan panas, tunggu Iim tu call tak call-call. aku nak call dia pulak tak dapat sebab masih kena sekat.

lastly, aku pun telefon lah RHB care centre tu. mintak tolong dia checkkan registration status aku. bila boleh aku nak bayar bil ni. pastu dia cakap, Cik Izza nak guna cepat ke ? nanti saya mintak diorang aktifkan sekarang. ehhhhh, boleh pulak dan-dan ni aktifkan terus. tapi takpe, terima kasih lah untuk customer care yang baik hati tu. sebab 5 minit lepas tu terus OK. boleh bayar bil dah.

then malam ni aku check bil telefon aku. aik, apasal payment aku petang tadi tak masuk lagi pun. aku bayar betul ke. salah ke. kenapa payment tu tak updated ? ok, call orang celcom pulak. pung pang pung pang tanya why why why. I dah buat payment tapi kenapa tak clear lagi. dia tanya bayar guna apa. aku pun cakaplah RHB online. pastu nak taw dia cakap apa, Kalau bayar guna RHB online, memang lambat sikit cik. ambil masa lebih kurang 3 HARI BEKERJA untuk clear. Kau boleh gituuuuuuuu ?? Eee. aku ni nak menyenangkan kerja. apasal la bila guna RHB ni aku rasa lagi susah.

moral of the story, aku nak cakap jugak. apa-apa pun tetap sangat suka CimbClicks. sekarang buat payment, lepas tu terusss je update. interface dia pun user-friendly. walau apa pun, ini semua pandangan dari mata aku. mungkin dari mata korang, lain pulak kisahnya kan :)

ok. sekian sesi bebelan.


3 comments:

MieZa said...

klu mieza pon bengang, kita nk pakai cepat kan...nasib baik maybank2u ok, tak mcm RHB tue..

p R i n c E S s _ N said...

adehhh...sumtimes ade baik buruk byr on9 ni kn yunk...sabau2...jgn emosi..ilang seri nti..

Encik Blogger said...

ermm.. aku xingt pon password nak masuk online banking ni.. geram wey.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...