Thursday, January 27, 2011

mari layan emosi beramai-ramai

helo semua~ dah lunch ?aku baru lepas lunch.

nak meluahkan perasaan emo jap ni, boleh tak? *kedip-kedip mata :p

hari ni adalah hari sangat kelam kabut. I reached office 45 minutes late !!!!!!!

semua ni salah rehearsal hari wilayah tu lah. aaa.. tak suka. tension gila tahu tak dalam kereta pagi tadi. kaki pun dah naik sakit. maklumla, bawak kereta manual.

selamba je eh tutup jalan dataran merdeka. masa lalu tepi masjid negara tu, heiiiii rasa panas hati jeeeeeeeeeeeee nampak diorang ni buat raptai. dengan baju uniform lah apa jadah semua.

agak-agak esok ada lagi x rehearsal ni ? sapa ada info meh la share. taknak lambat lagi esok :(

spoiltkan mood taw pepagi. rasa macam orang tak betul je dok menjerit marah-marah dalam kereta. hahahahaha. psiko betul ini perempuan :p

dan sangatlah panas hati dengan motor ye. dah tahu jalan sempit, kereta nak tukar lane, boleh kasi lalu tak ? bukan taknak beralah dengan motor, tapi kalau dah 20 minit motor non stop lalu tengah-tengah lane tu, boleh consider sikit tak bagi kereta ni lalu dulu? boleh takkkk ???? ini tak, dari jauh lagi dah tett tett tettt tekan hon. meh sini aku honkan sikit kepala enko tu.

pagi tadi kan hilang pertimbangan sekejap. hahaha. okay, situasi macam ni. lane dari tiga nak jadi dua.. mengecik. so kereta aku di lane tengah. tersepit tak dapat nak masuk ke kiri ataupun kanan, kena tunggu sapa-sapa yang baik bagi jalan.. so berenti la kejap kat tengah tu kan. tengah cari jalan nak himpit. pastu ada mamat motor bangang mana tah kat belakang tu, dia marah sebab dia kena berhenti. hoi, aku tahu la ko bawak motor boleh selit sana sini. tapi nampak tak yang kereta aku ni takde ruang nak mencelah. ingat suka-suka je aku berhenti kat situ. lagipun dah nama pun traffic jammed. boleh sabar sikit tak ? ini tak, dok laa tettt tettt dia tu. aku bukak tingkap, bagi "bod*h" sedas kat dia. pastu pakcik kereta depan tengok je aku ikut rear mirror dia. mungkin sambil berbisik di dalam hati, "ini perempuan betul ke tidak." haha. like I care !

fuh~ lega. itu je kot nak emo kali ni. haha.

time kaseh la kekasih hati sebab sabar je dengan perempuan psiko ni. macam dia cakap semalam, bila call aku.. "boleh cakap dengan orang yang tersayang tak? walaupun perangai dia buruk" sambil gelak-gelak. BOLEH GITU WEH ?? BOLEH ???? tapi sebenarnya aku pun gelak sama :p oh, sekarang aku sangat tahu kenapa aku sangat sayangkan dia :)

p/s hihi. tak bleh blah kan. emo-emo pastu tetibe nak sweet pulak :p bye.


5 comments:

p R i n c E S s _ N said...

urghh...traffc jammed mmg bole wat org ilang ptimbgn ok...

atty's said...

sana sini pagi ni dok bercerita pasal jem ni .disebabkan raptai hari wilayah .

Erina Asmawani said...

ni sangat emo ni yunk..hehe...cool eh ;) weekend ni g shopping therapy k..bagi hilang sume tension2 ;) (make sure jgn g KL, nanti lagi tension..hehe)

-eLyNhere- said...

kalau pasal jem mmg pompuan sopan pun bole bertukar jadi resakse ngeri.. haha! dan disebabkan itu la jgk kite menyewa kat shah alam sbb tak sanggup jadi resakse tetiap ari.

tapi moto tu mmg kuang ajaq. dah la diorg lalu non stop mcm air yang takkan putus, kasik can la kite nk tukar lorong kann... penah tak dorg rase perasaan kat tmpt kite time tu?? ok over pulak.. =P

Redbloodsnow said...

haha..tuh aje lah yg x bestnya driving kan.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...