Friday, December 21, 2018

Resepi Homemade Playdoh / DIY Playdoh

HOMEMADE PLAYDOH

Salah satu sensory-messy play untuk kids, bagi uli playdoh sendiri. Resepi ni elok, tak sticky dan boleh mold. Dah banyak resepi saya cuba, ada yang elok ada yang hancuss haha so yang ni memang 👍👍

1 cawan tepung
1/4 cawan garam
Beberapa titis minyak
1/4 cawan air
Pewarna makanan

Gaul semua bahan kecuali pewarna sehingga membentuk doh yang tak melekat. Air tu jangan letak sekaligus, masukkan sikit sikit. Boleh tambah air/tepung ikut keperluan.

Dah elok adunannya bolehla masukkan pewarna. Selepas tu saya balut dengan cling wrap dan restkan dalam chiller lebih kurang sejam. Siap !

Nak main keluarkan je, lepastu tu cling wrap dan simpan dalam chiller semula. Tahan 3 bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...