Friday, July 27, 2018

Short Getaway to Sekinchan -- Farmville Cafe & Homestay

Hello !

Minggu last sebelum puasa haritu, saya dan Husband sempat bawa anak anak berjalan ke Sekinchan. Dah plan lama dah so dapatlah book bilik dekat Farmville Homestay. Saya perasan kan, kitorang ni suka sangat ke area Kuala Selangor sana haha. Kadang saje cari makan best, ada cendol Borhan, mi udang, asam pedas sedap, satay Hut etc haha kalau pasal makan laju aje kan :p

So kitorang ke Sekinchan dalam pukul 11 dari Subang. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari sini. Memang plan sampai sana, lunch dekat Restoran Eksotik Lembah Bernam lepas tu pukul 3 check in.


Kasih yang semangat nak jalan jalan. Masani dia tak tau lagi nak bawak tidur "hotel" dan mandi pool. Saje malas bagitau awal, tak larat nak jawab soalan nanti haha.


Ni lunch kitorang -- baung masak lemak, ayam hutan goreng berempah dengan rendang landak. Portionnya banyak untuk dua orang, siap bungkus lagi sebab berlebih. Harga dalam RM60 kot ni, lupa dah tapi reasonable la, tak mahal sangat. Rasa ok ok aje, kira sedapla jugak.

Lepas tu kitorang check in Farmville, bilik Deluxe King. Kat sini memang kena book awal tau, no terjah terjah, memang takde bilikla korang nanti hehe. Rate dia murah je antara termurahlah kalau container hotel ni. Ada pool semua, Kasih memang seronok habis 

Petang tu lepas bagi Kasih mandi pool, main trampoline dekat atas pulak. Ambil gambar view sawah padi, masa kitorang pergi memang musim padi menghijau nak menguning dah. Lawaaaa 




Dah puas mandi dan pusing pusing dalam tu, kitorang bawa anak anak ke Pantai Klebang pulak. Takde apa pun situ, jalan jalan main bubbles dan layang layang je. Tapi tak syok sangatlah, pantai kurang bersih dan banyak dogs
Malam pulak dah penat so alang alang keluar petang tu terus bungkus dinner dekat Satay Hut. Memang suka satay sini, sedap! 

Esoknya check out, pergi beli Mango King dengan jagung terus gerak balik ke Subang Bestari. 

Ini detailsnya kalau uols berminat :-


Farmville Homestay Sekinchan

11304, Jalan Tepi Sawah, 
Sekinchan, 45400 Selangor
017-2068666

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...