Sabtu lepas, keluar rumah awal pagi sebab nak bawak Kasih ke klinik. Batuk teruk pulak dia sekarang. Risau sebab dia tak boleh tidur malam sebelum tu, so esok paginya cepat cepat bawak Kasih ke klinik. Pergi klinik doktor check dada macam berat sikit, banyak kahak so dapat ubat cairkan kahak dan selsema. So far, nampak beransur pulih. Tapi ubat ubatan tu memang buat mengantuk agaknya. Kerjanya tidur je sampai makan pun tak mahu, risau jugak dibuatnya. Aku rasa dia lapar sangat kot semalam makan tengah hari je lepas tu makan ubat terus tidur sampai malam, bangun sekejap sekejap je lepas tu mamai balik, bangun pagi tadi terus mintak nak makan mi. Nasib baiklah memang dah siap masak untuk bekal pergi taska dia kan, so pujuk dia untuk makan dekat sekolah dengan cikgu sebab pagi pagi tak sempat nak layankan dia makan.
Oh, sebenarnya nak cerita lepas jumpa doktor terus ke IKEA. Nak bawak adik breakfast dekat IKEA, lagipun rasa dah lama pulak tak makan karipap IKEA yang super lazat tu. Sampai IKEA pukul 10 lebih macam tu, WOW rasa kagum pulak dengan diri sendiri haha tak pernah pernah sampai mall seawal itu. Aku ni bukan morning person orangnya. Pagi pagi memang malas nak bersiap dan keluar. Suka keluar petang ataupun malam.
Jadinya bila dah sampai mall awal macam tu, rasa bahagia je nak makan dekat cafe dia. Orang tak ramai, beratur pun kejap aje. Tempat duduk pun tak payah berebut. Kalau aku pergi dengan suami, kitorang memang takkan punya ke IKEA di hari minggu. Sebab IKEA tu dekat je, kalau nak pergi memang pergi waktu malam weekdays.
Bawak Ciktin makan meatball. Kasih makan pasta. Mama pulak kekonon eat clean, makan salad dengan raw salmon. Yummy sangat rasanya dah lama tak makan sashimi ni. Sedapnya, teringat sashimi dekat Zanmai Sushi tapi dah lama tak ke sana since orang share mereka ada guna mirin dalam sesetengah makanan.
Kebetulan tengah makan tu, Kak Ana pun bagitau dia pun nak ke IKEA. Sempat lah jumpa Kak Ana sekejap hari tu. Aku dah habis makan, Kak Ana masih beratur lagi. Berseri seri sangat time pregnant tau !!
Tak sempat tunggu Kak Ana nak jalan sekali sebab orang dah semakin ramai, kitorang pun nak pusing pusing cuci mata tengok barang barang dalam IKEA kejap.
Jumpa Cik Ely, Kasih berkenan sungguh nak angkut bawak balik haha tapi mahal laa plush toys ni RM 60 kot lain kali je lah Kasih ye. Nasib awak pun tidur kan, Mama pun letak le balik Cik Ely tu. Cuba bodek Papa kot kot Papa nak belikan haha