Tuesday, May 19, 2015

Nasi Ayam Karamel

Lately ni, dapur aku selalu berasap. Dah kurang aktiviti makan di kedai. Sejak kes terjumpa anak lipas di dalam straw minuman dekat kedai makan favourite kitorang tu memang rasa seriklah nak makan kat luar. Makan dekat rumah biarlah sambal telur aje pun dah cukup. Nasib husband aku memang tak cerewet, aku pun tak cerewet. Kasih pun sama, apa Mama masak semuanya hmmm sedapnya Mama masak heheh.

Tapi pilihan lauk nak masak di hari biasa kenalah bijak. Yang tak renyah sangat, yang sekejap aje boleh siap, yang boleh makan cepat, yang tak memenatkan badan sangat. Yelah, balik kerja pun dah pukul berapa kan. Average aku sampai rumah dalam 7 lebih. Balik terus ke dapur, keluarkan apa yang patut. Defrost, sediakan barang barang nak masak. Kalau Kasih nak susu, kenalah layan dia dulu. Kena layan dia main. Kalau boleh, aku nak elakkan entertain dia gunakan Youtube. Tapi kadang tak dapat nak elak, kerja rumah nak disiapkan cepat. Anak asyik nak melekap. Bagilah dia tengok Doraemon hehe pasang dekat TV :) Kadang kadang Kasih join Papa dia buat kerja. Papa sibuk buat kerja, dia pun sama datang bawak buku nak tampal tampal lah nak lukis lah. Kids grow fast, enjoy them. Kan ?

So, pilihan menu beberapa hari lepas.

Nasi Ayam Karamel


Simple sangat kan. Nasi ayam lengkap ke tidak (takde salad dan sup kan), janji menu seimbang. Ada lauk, ada sayur. OK cukup dah. Tapi lauk ni tak boleh nak jamu mak mertua la kot haha kalau nak jamu mak mertua tu kenalah complete dengan salad, timun, sos cicah, sos kicap dengan sup kannnnn.

Ni idea dari Na la ni, katanya senang sangat. Elok pairkan dengan nasi ayam sebab rasa manis manis tu. Senang dan cepat siap resepi ni. 

Awal sekali, aku rebus ayam dulu. Campakkan sekali halia dan garlic yang diketuk. Kalau ada lengkuas, ketuk campak sekali dalam periuk. Sementara tunggu ayam siap direbus, basuhlah nasi. Siapkan barang barang nak masak nasi ayam. Ala apa je pun kan, hiris bawang halia je kot hehe. Lepas dah siap rebus ayam tu, tumisla bebawang, masukkan beras, masukkan air rebusan ayam. Perasakan, lepas tu jangan lupa pulak on suis rice cooker tu.

Macam aku, untuk masak ayam tu aku cincang halia dan garlic. Masukkan gula agak agaklah dalam 5 sudu kot untuk 4 ketul drumstick. Lepas tu masukkan ayam yang direbus tadi. Biarkan sampai kering, nanti jadilah berkaramel ayam tu.

Untuk tauhu lembut tu pulak, aku rebus jugak haha malas nak keluarkan pengukus. Sama je konsepnya. Tumbuk ikan bilis dengan garlic, masukkan air rebusan ayam dan sos tiram. Perasakan.

Dah siap ! Tapi aku dengan husband kureng sikitlah menu ni, pasalnya manis. Kasih sukalah. Dia ratah 2 ketul drumstick tu ! Masak menu ni takpayah dah aku nak masak lauk lain untuk Kasih hehe.


Monday, May 11, 2015

Lamb Stew / Stew Kambing

Malam ni menu stew kambing di rumahku. Tak padan balik kerja lambat, ada hati nak masak stew. Merasalah pukul 9.30 malam pun masih belum dinner. Kalau balik kerja pukul 7 tu terus boleh masak, no problem. Ini melayan karenah anak yang tak sudah.. Haduhai, pening kepala dibuatnya. Semuanya nak Mama. Nak makan, nak Mama suap. Nak tengok TV, nak Mama teman.. Redha ajelah tapi bila jam dah pukul 8 lebih masih belum dapat masuk dapur untuk start masak, mulalah rasa nak naik angin T___T Fuh fuh nak marah tapi fikirkan anak di taska dah 8 jam lebih, ni je lah masa nak bermanja dengan Mama Papa kutahan perasaan marah ni jebatttttt

Tarik napas, hembus. Tarik napas, hembusssss.. Ya Allah berikanlah aku kesabaran :)

Tapi sekarang dah rileks, tengah tunggu lamb empuk je. Kasih tengah main dengan Papa dia, aku nak ambil me time sekejap.



Masak stew dalam rice cooker. Pressure cooker tak ada, jadi guna rice cooker pun bolehlah. Tak tahulah sejauh mana betulnya teori ni haha tapi aku dah cuba banyak kali masak lamb atau sup tulang dalam rice cooker, lembut sangat lekang elok dagingnya !

Lamb stew ni paling senang sangat nak buat. Biasa buat stew guna resepi Kak Azie blogger, tapi kali ni guna resepi Kaktan kawan blogger yang bagi resepi dalam group whatsapp ;D

Coat daging dengan tepung yang digaul rata dengan black pepper dan garam. Goreng daging sekejap. Angkat daging. Tumis bawang holland yang didadu, masukkan lebihan tepung coating daging tadi. Masukkan air, kacau rata. Masukkan daging yang digoreng tadi, lobak merah, celery, kentang. Perasakan, biarkan empuk. Dah siap satu lauk semua ada, senang kan. Cuma tak cepat sangatlah pasal nak tunggu dia empuk tu ambil masa.

Okaylah, nak pergi jenguk khabar lamb stew aku sekejap, bye !

Friday, May 8, 2015

Carbonara Ribbon Pasta

Hari tu pergi restock barang dapur dekat Giant, aku nampak satu pasta yang comel ni.


Comel kan ? Terus tertarik hati nak beli, saje nak bagi Kasih seronok makan hehe. Entah entah dia biasa je, emak dia yang excited kan haha.

So, semalam aku dengan Kasih bawak bekal ribbon pasta ni. Husband tak payah sebab dia pergi kerja awal, tak sempat nak bangun lagi awal nak prepare untuk dia sekali hahaha.


Carbonara paling simple. Tak pakai sos pun. Tumis bawang putih + holland. Masukkan daging/ayam, sayur sayuran. Biar empuk, masukkan susu cair. Perasakan dengan garam. Masukkan lada hitam, english herbs dan siap. Nak makan, letak grated cheese. Yummy yum !

Bekal dua beranak,

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...