Tuesday, May 19, 2015

Nasi Ayam Karamel

Lately ni, dapur aku selalu berasap. Dah kurang aktiviti makan di kedai. Sejak kes terjumpa anak lipas di dalam straw minuman dekat kedai makan favourite kitorang tu memang rasa seriklah nak makan kat luar. Makan dekat rumah biarlah sambal telur aje pun dah cukup. Nasib husband aku memang tak cerewet, aku pun tak cerewet. Kasih pun sama, apa Mama masak semuanya hmmm sedapnya Mama masak heheh.

Tapi pilihan lauk nak masak di hari biasa kenalah bijak. Yang tak renyah sangat, yang sekejap aje boleh siap, yang boleh makan cepat, yang tak memenatkan badan sangat. Yelah, balik kerja pun dah pukul berapa kan. Average aku sampai rumah dalam 7 lebih. Balik terus ke dapur, keluarkan apa yang patut. Defrost, sediakan barang barang nak masak. Kalau Kasih nak susu, kenalah layan dia dulu. Kena layan dia main. Kalau boleh, aku nak elakkan entertain dia gunakan Youtube. Tapi kadang tak dapat nak elak, kerja rumah nak disiapkan cepat. Anak asyik nak melekap. Bagilah dia tengok Doraemon hehe pasang dekat TV :) Kadang kadang Kasih join Papa dia buat kerja. Papa sibuk buat kerja, dia pun sama datang bawak buku nak tampal tampal lah nak lukis lah. Kids grow fast, enjoy them. Kan ?

So, pilihan menu beberapa hari lepas.

Nasi Ayam Karamel


Simple sangat kan. Nasi ayam lengkap ke tidak (takde salad dan sup kan), janji menu seimbang. Ada lauk, ada sayur. OK cukup dah. Tapi lauk ni tak boleh nak jamu mak mertua la kot haha kalau nak jamu mak mertua tu kenalah complete dengan salad, timun, sos cicah, sos kicap dengan sup kannnnn.

Ni idea dari Na la ni, katanya senang sangat. Elok pairkan dengan nasi ayam sebab rasa manis manis tu. Senang dan cepat siap resepi ni. 

Awal sekali, aku rebus ayam dulu. Campakkan sekali halia dan garlic yang diketuk. Kalau ada lengkuas, ketuk campak sekali dalam periuk. Sementara tunggu ayam siap direbus, basuhlah nasi. Siapkan barang barang nak masak nasi ayam. Ala apa je pun kan, hiris bawang halia je kot hehe. Lepas dah siap rebus ayam tu, tumisla bebawang, masukkan beras, masukkan air rebusan ayam. Perasakan, lepas tu jangan lupa pulak on suis rice cooker tu.

Macam aku, untuk masak ayam tu aku cincang halia dan garlic. Masukkan gula agak agaklah dalam 5 sudu kot untuk 4 ketul drumstick. Lepas tu masukkan ayam yang direbus tadi. Biarkan sampai kering, nanti jadilah berkaramel ayam tu.

Untuk tauhu lembut tu pulak, aku rebus jugak haha malas nak keluarkan pengukus. Sama je konsepnya. Tumbuk ikan bilis dengan garlic, masukkan air rebusan ayam dan sos tiram. Perasakan.

Dah siap ! Tapi aku dengan husband kureng sikitlah menu ni, pasalnya manis. Kasih sukalah. Dia ratah 2 ketul drumstick tu ! Masak menu ni takpayah dah aku nak masak lauk lain untuk Kasih hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...