Friday, November 21, 2014

Resepi Bebola Ikan Untuk Bayi

Ni salah satu makanan yang saya suka prepare untuk Kasih. Semuanya jadikan bebola. Haha, senang pun senang dia nak makan, tapi walaupun bebola kena hati hati juga. Tak boleh tinggalkan bayi / kanak kanak makan sendirian, bahaya.


Daging / ikan / ayam, biasanya hujung minggu saya akan luangkan sikit masa untuk buat frozen stock untuk seminggu. Bukan apa, nak jimat masa sediakan makanan Kasih pagi pagi. Buat sup sayur, campak saja homemade balls made with love ni. Gitu kannn~

Sebabkan ini kita buat sendiri, jadi kita pun lebih yakin anak kita mendapat sumber makanan yang seimbang. Dalam bebola ni ada protein, ada sayur, ada bawang putih/halia (boost your antibody system). Cuma takde perasa je heheh. Anak saya ok je lagi makan makanan takde garam / gula ni. Tidaklah strict sangat pun sebab Kasih pun dah nak masuk 2 tahun. Tapi mana yang boleh control lagi, saya cuba control. Apa pun, terpulang kepada masing masing. Anak sendiri, sendirilah buat keputusan :P


Jom tengok resepi bebola yang simple dan senang ni.

Bahan
Ikan / Ayam / Daging (saya suka guna ikan tenggiri / daging)
Bawang holland
Bawang putih
Halia
Daun sup
Bawang goreng
Brokoli / carrot
Tepung jagung / ubi
Garam / gula (kalau nak masukkan lah)
English herbs (saya suka letak oregano dengan rosemary tumbuk)

Cara cara
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung) dalam food processor ataupun blender pun bolehh, jangan buh air banyak pulak kalau guna blender. Tak payah halus sangat.
2. Dah hancur elok, letakkan dalam mangkuk. Masukkan tepung sikit demi sikit sampai boleh bentuk je. Jangan letak banyak sangat tepung, tak sedap nanti.
3. Bentukkan bulat bulat. Didihkan air, masukkan bebola. Bebola sudah masak apabila ia timbul.
4. Dah siap. Kalau nak frozenkan, simpan je dalam freezer.

Bebola ni saya suka buat daging atau ikan. Ayam rasa dia macam tak berapa best sangat. Guna sayur sayuran tu selain menambahkan lagi zat dalam bebola tu, ia juga berfungsi untuk elakkan bebola tu dari pecah masa kita didihkan ia. Selain dari rebus, bakar pun boleh terutamanya kalau buat bebola daging tu. Buat bulat bulat, letak cheddar cheese sikit dekat tengah, lepas tu bakar. Buat bolognese pasta untuk baby, nyum nyummmm~

Cubalah ye ;D

3 comments:

Hana Soffelia said...

izza rajinnya. dah lama hana xmsak makanan kanak2 gitu kat naurah. naurah duk bahan makanan org tua je. kiki skarang pg2 pun hana xmsk dh bekal utk dia sbb pengasuh cakap naurah mkn lauk apa dia mkn.

Dhiera nadhirah said...

izza, rajin ye homemade

Maria Rajab said...

kasih mmg xmkn mknn bergaram lg ek?bagusnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...