Sunday, January 19, 2014

Klinik Wangsa Sdn Bhd

Assalamualaikum,

Post kali ni saya nak buat luahan perasaan dan complaint sikit. Berbuku rasa dalam hati ni tahan geram.

Dua tiga harini Kasih batuk berkahak. Saya nak try jumpa Dr Nadir Khan yang famous dengan rawatan kahak dia yang dikatakan berkesan sangat tu. Cer korang Google dia, memang penuh dengan good reviews from the patients. So saya nak cubalah.

Dr Nadir cuma ada hari Ahad pagi, Isnin dengan Khamis kot. Saya tak surelah pasal hari lain tu tapi harini (Ahad) confirmed dia ada pagi saja. Kitorg suami isteri terlewat sampai tadi. Pukul 1 petang baru sampai, jammed teruk pulak dekat area Batu Caves tu. Lupa masih ada sambutan Thaipusam. Dr Nadir pulak ada sampai 12.30 aje.

Saya dan suami fikir dah alang alang sampai ni jom jelah kita check paru paru Kasih ok ke tidak. Ubat kami tak mahu sebab baru dua minggu sudah paeds Dr Meghana prescribed Kasih dengan ubat batuk kahak. Cuma nak consultation je kali ni. Kalau perlu nak neb tapi suction mintak maaf saya tak willing lagi kalini.

So syif petang kat Klinik Wangsa ni ialah Dr H. Masa jumpa bukan main peramah mula mula, jabat tangan suami siap. Lepas tu ambil suhu Kasih. Old skul sangat guna yang macam lekat kat dahi tu. Saya tak rasa kepala Kasih panas pun tapi Dr H kata Kasih demam, 38 almost nak 39. I'm sorry but I really doubted you Mr Doctor.

Saya : mintak tolong check dia ye. Tapi saya taknak ubat, saya dah ada ubat paeds bagi haritu.

Dr H : so u nak apa sebenarnya ni (sarcastic tone)

Saya : just nak mintak checkkan paru paru dia okay tak

Dr H : memang tak oklah, ada bunyi kan (senyum perli)

Saya : so macam mana ye. Nak neb ke apa ke

Dr H : haa neb dengan suction lah.

Saya : suction saya tak willing la. Neb je boleh tak

Dr H : habis tu awak nak macam mana. Up to u la

Saya : hmm. Buat tepuk ke? (Teringat Dr Nadir is also famous for his percussion technic)

Dr H : ikut suka u la. Nak neb ke tepuk ke

Obviously dia langsung tak consult us. Lepaskan bulat bulat kat kami nak buat keputusan. Kalau kami ni reti sangat tak payahla pegi klinik mintak advise. Obviously dr ni narrow minded. Dengar kami taknak ubat je terus sarkastik.

And no we didn't take neb pun tadi. Sumpah tak yakin dan hati pun rasa sakit dengan layanan dia. And we paid rm25 just for the above conversation yang langsung tak convincing dan menyakitkan hati ni.

Parents sekarang memang mudah nak akses maklumat. Semua kat hujung jari je and people keep on sharing things yang kadang kadang menjadikan kita paranoid parents (or specifically, moms). Salahkah for us untuk tanya atau share benda atau perkara tu dengan yang lebih arif ? Saya dah banyak kali tanya isu isu kedoktoran ni dengan Dr Meghana,  tak pernah sekali pun beliau sarkastik. Sepatutnya sebagai seorang doktor, ayat "so u nak apa sebenarnya ni?" Tak patut diucapkan pun.

Receptionist pun tahu saya tak puas hati, mintak datang balik esok untuk jumpa Dr Nadir. Tak apalah, saya prefer paeds Dr Meghana lagi. Rasa bazir sungguh la bayar rm 25 for nothing !! Condition anak pun tak tahu, hati pun sakit pulak !

8 comments:

mamaelly said...

mak aih..main lepas tangan cenggitu je doktor..doktor lelaki ke perempuan ye izza.. ermm kalau mcm tu dengan papa isya kompom dah kena perli balik dah.. penat2 kita datang jauh2 cenggitu je dia layan. sabar aje la..

erm elly nak share paed kanak2 yang slalu kami pergi kalau isya tak sihat..tapi kat area wangsa maju la izza.. Klinik Junina. try cari kat fb.ada page dia. Alhamdulillah.doktor tu baik sangat2.dia memang tak ada buat teknik2 mcm doktor Nadir tu tapi doktornya sangat2 bagus.ubat pun Alhamdulillah la.

siannya Kasih.harap cepat sembuh ye

Hana Soffelia said...

OMG izza. kalo hana pun sure sakit hati sangat. Rasanya doc ni ingat we as parent dont know nothing kot. Asal g klinik je kena ikut ckp doc kan. Pelik. Takpelah izza tak dpt rawatan dari klinik tu pun. Kawan hana pernah neb kat situ, tp batuk still tak hlg jgak. Last dia bg Homeopati, baru ok. Izza cuba ye.

attyfir said...

separuh doc..kdg kerja mcm lepas batuk di tangga.
kty dulu penah kena..masa tu sakit perut giler.. tp dia langsung tak cek perut pun..

dpt ubat gtu2 je..
udahnya esoknya sakit ya rabbi terus g wad kecemasan spital kajang..rupanya appendix..bygkan doc tu tak cek pun perut kty

~daRLee ZuRiS~ said...

Huhuuu.sadis lah.
Macam muqri, sebab die tak batuk. So sbb tu doc tak dpt detect die kena pneumonia tu.
Sbb tu pergilah mana2klinik pun asyik ckp die ok je.
Yg kasih dah terang2 batuk pun doc tu leh wat camtu??haihlahhh...

Lynn Fabir said...

Sy baru je pergi ke klinik ni semalam.. katanya kan Dr. Nadir baiklah apalah.. Sy terkilan dgn layanan beliau terhadap kami.. Bayaran RM 100 yg sy berikan tidak berbaloi dgn servis yg diberikan.. Sy xpernah dgr dr mengeluh.."hari ni pesakit i ramai so i jadi stress" n ayat "up to u" pun terkeluar dri mulut dia jgk.. mmenyesal sy..

ruzianiza mohd sharif said...

Lynn Fabir...betul ke Dr.Nadir pun sama?

siti said...

Sy baru je pegi klinik ini n servis doc mmg teruk. Sy rasa situasi sy spt cite di atas.. Kata2 doc penuh dgn sindiran.. Xpasti doc ape. Tp sblm dtg dah diberitau dr.nadir yg bertugas. Sepatutnya sbg doc advise patient. Bkn menyindir n menghentam patient.. Plg best bila kuar dr mulut doc lps kita agree kata2 dia, 'Bagus, awak dh pandai skg. Tadi sy ckp awak x berapa pandai sbb xnak ambil ubat'. Terkedu sy.. Xsangka doc bole ckp cmni pd patient. Sy pegi pon sbb kwn suggest.. Bg sy biarlah mhl ckit tp berbaloi. So ini 1st n last i came to there..

noorzira said...

dr nadhir xpernah begitu..sbb sy kalau pergi mmg sentiasa penuh dan menunggu sampai 1jam utk dptkan rawatan..so far dr.nadhir mmg terbaik..selalu mmg dtg time dr nadhir sbb dulu mula2 dtg dgn dr.halim..tp esoknya sy dtg lgi jmpa dr nadhir.. pernah kami dtg ms tu dr nadhir cuti 1week..jdi dpt dc gnti..ttp xsama mcm dr.nadhir..kami cuma mntk ubt yg sama mcm dr.nadhir biasa bgi je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...