Thursday, December 5, 2013

Etika Menjual Preloved Items

Assalamualaikum,

Terpanggil nak tulis entry ni. Dah lama saya simpan dalam draft. Mencari masa nak mengarang ayat. Punyalah susah sekarang ni nak cari masa. Busy betul. Busy dengan kerja. I really hate my current job. Kerja saya ni banyak yang terpaksa saya korbankan. Korbankan waktu tidur di pagi hari sebab kena bangun awal. Paling saya kesalkan terpaksa korbankan masa dengan Kasih dan suami bila mana waktu hujung bulan kerap kali saya terpaksa balik lewat siapkan kerja. Pukul 8 malam adalah normal. Pukul 10 malam paling lewat. Kerap bawak balik kerja ke rumah bila saya dah tak sanggup duduk di ofis siapkan kerja sampai lewat malam. Balik kerja tak dapat nak free mind. Bencilah. Waktu interview macam macam janji manis ditabur T____T takpe, I'm waiting for THAT right time to tell my boss this thing :D

Huaahua nak cerita pasal etika berniaga barang preloved melalut ke kerja pulak ye. 

Ceritanya macam ni, adik saya belikan preloved shoes untuk Kasih. Biasalah makcik yang pemurah, memang rajin belanja Kasih macam macam hihi. Adik saya beli sebab tuannya kata,

"Condition tip top. 9/10"

"Tak pernah pakai. Pakai sekali masa test aje"

Harganya murah pulak tu. RM 10 aje. Memang murah pun. Tapi bila dapat kasutnya, saya terkejut.




Ni ke keadaan kasut never been worn wahai kawan kawan tersayang ? 

Ni ke condition tip top 9/10 bintanggg kau kasik ?

Terus saya bagitau adik saya, next time jangan beli barang dari dia lagi. Tak jujur, saya tak suka. Harganya memanglah murah. Tolong faham ye isu kat sini, bukan masalah harga. Isu kat sini saya geram apabila dia cakap kasut ni tak pernah dipakai, pakai sekali untuk test aje sedangkan bila kita tengok keadaan kasut tu, kita pun tahu kan. 

Tapi apapun, terima kasih dekat Maktin (hahaha) sebab rajin sangat belanja Kasih macam macam. Kasih pun elok dah pakai kasut tu pergi jalan jalan :) Nanti mama Kasih belanja Maktin aiskrim ye ? 

Sedikit ingatan untuk kawan kawan yang rajin menjual barang preloved :

1. Tolonglah jual barang yang keadaannya masih BAIK / TIP TOP saja. Kalau dah lenjan barang tu sampai puas, takyah jual lah. Bagi sedekah aje pada yang memerlukan. Tak gamak tau nak jual kalau barang tu pun dah lusuh walaupun keadaannya masih elok, masih boleh pakai lagi pada kita.

2. Terus terang dengan pembeli. Kalau barang ada defect, bagitau. Kita pun tau bila beli barang preloved / used, sendiri pun faham memang bukan barang baru. Tapi kalau ada defect tu bagitau lah supaya pembeli tak letak expectation yang tinggi.

3. Harga tu kalau boleh takpayah la tinggi sangat. Bukan nak buat untung pun kan. Ramai yang jual barang ni sebab nak clearkan rumah kan, dah tak ada tempat simpan kan.

K bai.


3 comments:

miDguRL said...

ayoyo..niaga nk tiptop tp x jujur..hmmm

Hana Soffelia said...

pakai sampai lenjun, pastu ckp sekali pakai.. tgk pun dh tau buruk. kalo hana sama ada buang atau sedekahkan je kt org. Haish!

mellow molly said...

Penipu gila seller tu.kadang2 susah tau..sbb dia dah edit gambar la pelbagaila..
Check my insta awethings2have dan juga blog awethings2have.blogspot.com..tapi selalunya update di insta.xkan menyesal mcm pengalaman saudari sebelum ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...