Tuesday, December 3, 2013

Tips Kupas Labu

Kasih selsema. Kerap sangat selsema, susah hati jugak dibuatnya. Tapi selsema sikit sikit ajelah, tak teruk. Saya ni nak kata pro natural remedy sangat tu tidaklah tapi memang saya prefer natural remedy untuk Kasih. Seboleh boleh nak elakkan makan ubat terutamanya ubat selsema dan batuk.

Jadi saya nak cuba natural remedy untuk selsema Kasih. Apa apa pun tak kiralah baby ke adult ke, nak repair badan memang kena melalui pemakanan kan. Sebab tu orang kata jaga pemakanan kita, you are what you eat.


Saya memang tahu karbohidrat menggalakkan pengeluaran mukus jadi bila anak selsema kita kena kurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan sayuran, buat sup letak halia dan bawang putih banyak banyak. Itu memang pengubat penyakit, insya allah.

Saya pun tak reti sangat, tapi apa yang orang share saya cuba ambil tahu. Mana yang tak pasti, saya akan cuba tanya dengan orang yang lebih tahu. Jadi untuk sementara ni saya buat keputusan untuk kurangkan pengambilan karbohidrat untuk Kasih. Harini saya bekalkan chicken broth with pumpkin untuk bekalan Kasih kat taska. Waktu saya pesan kat BS tadi, hari ni akak memang sengaja tak bekalkan bubur ye, bagi makan sup labu tu je , dia nampak terkejut. Mungkin dia risau Kasih tak kenyang kot. Saya pun risau perkara yang sama mula mula tapi lepas dah study sikit, saya dapat kesimpulan yang tak semestinya kena bagi nasi untuk bagi dia kenyang kan.

Nak buat chicken broth with pumpkin senang yang amat. Leburkan aje ayam bahagian tulang dengan bawang putih dan halia. Bila dah mendidih, slowkan api biarkan dia masak dengan api perlahan dalam 2-3 jam. Sejam terakhir tu masukkan pumpkin. Resepi ni Kak Nini yang ajar, thanks kakak ;)

OK, so nak bagi tips kupas labu. Saya kan suka makan labu jugak, tapi saya ingat lagi last time saya masak labu, nak kupas labu punyalah seksa. Rasa macam nak terpatah pisau. Sakit gila kot tangan. Terus saya tak masak labu dah lepastu. Sekarang bila dah ada Kasih, labu ni kan bagus untuk baby. Jadi saya pun google la pasal cara kupas labu ni (reti pun google, dulu tak terpikir ye kaktonnn ?). Dan saya jumpa ! Dan saya dah try ! Dan saya berjaya !!

Sebelum kupas labu, masak air dulu. Lepas air dah mendidih, letak labu dalam periuk. Tuangkan air panas ke dalam periuk tu. Biarkan dalam 10-15 minit. Kemudian bolehla kupas labu tu. Pakai peeler aje pun. Senang sangat ;)

Hope membantu !



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...