Thursday, November 14, 2013

Solid Food for Kasih - Introduce Chicken

Assalamualaikum,

Nak cerita ni, saya dah introduce ayam dekat Kasih. Macam biasa, bila nak perkenalkan makanan baru kepada baby, ikut 4 days rule. Ini untuk kesan kalau baby ada alergi ke bila makan jadi sembelit ke so senang kita nak kenalpasti mana yang OK mana yang tidak. Kalau semua main sumbat suka hati je, nanti baby ada yang tak kena, kita tak dapat nak kenalpasti kenapa.

So, dah pass 4 days rule ! Yayyy.


Bekal semalam. Oh, saya memang hari hari masak untuk bekal Kasih ke taska. Saya suka macam tu :) Prepare bahan siap siap sebelum tidur, esok pagi tinggal nak lebur dalam kuali je. Lepas tu blend lebih kurang (sekarang Kasih tak mula makan kasar kasar sikit tekstur dia), lepas tu masukkan dalam flask. Setel. Nanti kat taska, pandailah teacher dia nak sendukkan macam mana. Boleh untuk 3 kali makan ni. Tapi tulah, makan satu jenis je lah sehari tu hehe, anak mama tak boring pun kan ?

Anyway, bekal semalam ni saya buat makaroni sup. Senang aje.

Makaroni sup

Makaroni
Bawang putih
Halia
Bawang holland
Ayam (saya dah rebus siap siap untuk buat stok)
Carrot
Sweet peas

Tumis bawang putih, halia, bawang holland. Kacau kacau, masukkan ayam, carrot, sweet peas, masukkan air secukupnya. Dah mendidih, masukkan macaroni. Biar sampai makaroni masak. Kisar.

Senang sangat kan masak untuk baby ni. Bukan payah nak rasa buh garam ke apa hehe. Tapi saya akan rasa setiap makanan yang saya bagi Kasih walaupun takut takut nak rasa hahahaha. Yang ini sedap ok. Ada rasa walaupun takde garam. Mungkin sebab guna stok ayam kot. Next time saya share cara buat stok ayam pulak.

Selamat menyediakan homemade food untuk anak anak anda ! :)


Tuesday, November 12, 2013

I Love You, Kasih !


Ecewahhh, sekarang dah boleh kata koleksi gituuuuuu hehe. Kesian Kasih, sebelum ni dia tak banyak pun headband ni. Adalah sehelai dua je saya beli. Pasalnya mahal ! Kihkohhh sehelai sampai RM 18, kedekutnya mama dia ni :P

Saya dah jumpa tempat yang best nak beli headband baby, best dan murah. Customized lagi. Minggu lepas saya order, akhirnya semalam dah sampai ! Happy sampai ke bulan ! 


6 ketul kesemuanya. Yang bawah sekali tu saya menang giveaway dekat FB dia. Masa ni tak sabar hokey nak balik rumah bagi Kasih pakai :D

Ambil je Kasih dari taska, masuk kereta je terus test. Haha hover kan mama dia ni.


Heksyen je muka. Haha malas layan mama. Tapi dia tak tanggalkan pun. Good girl baby ! Omey kan ? Dalam kereta test satu tu je. Sampai je rumah, siap sediaaaa lah Kasih ku sayangggggg hihi



Mamaaaa, Kasih taknak Mama. Kasih taknak pakai headband. Kasih taknak amik gambar :(

Mama pun pujuk pujuk sikit, akhirnya berjaya OK sikit haha. OK ye, bukannya senyum pun.


Hehe mama memang suka over kan.

Akhirnya berjaya pujuk dia ambil gambar dengan semua headband baru :P


Saya beli semua ni dekat Ohbabygirl Boutique 



Saturday, November 9, 2013

2 Jam di Wad Kecemasan

Assalamualaikum

Kasih Safiyya demam. Dah dua malam sekitar pukul 4 pagi saya terjaga sebab terasa bahangnya badan Kasih. Apalagi, bangun check suhu dan sponging lah. Normally dalam Subuh macam tu dah ok.

Khamis pagi, demam macam tak kebah. Suhu 37.8. Nak pergi kerja pun tak senang hatini. Tapi kerja kat ofis banyak nak kena siapkan. Nilah dia kalau kerja jenis one man show. Saya rasa bersalah juga pergi kerja tinggalkan anak yang tak sihat, tapi kadang kadang keadaan memaksa. Ok so pagi Khamis bawak Kasih pergi Klinik Pakar Kanak Kanak Dr Meghana. Dekat TTDI Jaya. Dr ni bagus. Details dan tak lokek kongsi ilmu bila kami first parents ni banyak tanya. Doktor tak bagi ubat pun, katanya semua OK.

Jumaat petang masa ambil Kasih dari taska,  BS dia kata badan Kasih dedar. Dia pun macam tak bermaya je time tu. Check suhu 37 macam tula. Keep on sponging. Dalam pukul 11 malam macam tu, suhu 38.4. Melompatlaa kami suami isteri.  Memang tak boleh nak tunggu dah. Nak pergi klinik ada ke yang bukak lagi tengah malam ni. So terus pergi Wad Kecemasan Hospital Sg Buloh.

Teringat pengalaman bersalin hehe. Situlah jugak tempatnya. Sampai hospital pukul 12. Check suhu 38.7. MA terus sumbat ubat bontot. Ngeri saya tengok.  Besar rupanya ubat tu selama ni dok dengar kawan cerita aje. Kasih nangis sekejap, perit kot bontot dia eh? Camnelah parents yang insert sendiri tu huwaa ngeri tapi kalau dah kecemasan tu tak fikir tu dah kan.

Lepas tu, tunggu nak jumpa doktor. Tengah tengah malam pun meriah kan wad ni. So dapat jumpa doktor, details dia check semua. Tapi part tak best kena amik darah. The moment saya dengar kena amik darah je kebas rasa kaki tangan badan saya semua. Saya ni penakut jarum hehe. Kasih masa amik darah kemain nangisnya. Taktaulah sebab kena paksa baring ke apa. Tapi nasib baik bila angkat dukung dia boleh dipujuk. Tengah sakit ni baby biasalah kan cranky dan taknak duduk.

So balik rumah pantau dia lagi. Harini pun suhu tinggi jugak tadi. Bagi ubat demam kemudian kerap mandikan dia dah nak petang ni alhamdulillah susu dah ok, mata dah tak kuyu dan berair pastu dia dah nak main. Kalau tak, melepek aje. Syukur alhamdulillah harap jangan suhu naik baik dahla.

Demam bukan perkara biasa ye, tak boleh ambil mudah. Saya takut sangat suhu dia terus naik semalam takut kena fit nauzubillah. Jadi saya nak share sikit ilmu yang saya dapat handle anak demam kalini.

1. Kerap mandikan anak. Mula jirus dari kaki ke badan baru kepala kemudian bagi anak berendam sekejap.

2. Tak perlu pakaikan baju, biar pampers je then keep on sponging anak. Tapi bab sponging saya ada kelirulah. Kalau ikut pembacaan dengan nasihat Dr Meghana dgn doktor semalam tu, kena sponging baby. Tapi kalau ikut pendapat paeds kat doktorbudak.com katanya tak boleh sponging takut sejuk sekejap lepas tu suhu naik. Anyone tau hal ni? Mintak share opinion.

3. Jangan tidur lena kalau anak demam panas sebab suhu biasanya meroket di waktu malam.

4. Jangan selubung selimut baby pakaikan stokin tu semua. Itu bahaya. Boleh cause heat nanti suhu lagi tinggi.

5. Kasih selsema jugak. Kalau selsema ni saya memang suka natural remedy. Crush garlic campurkan dengan olive oil, sapu kat dada dengan belakang badan.  Nak buat garlic socks pun bulih.

Ok sekian. Semoga anak anak kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, amin.



Friday, November 8, 2013

Kek Karamel


Assalamualaikum,

Di samping menjual Shaklee, saya juga ada menjual kek :D 

Tapi sebijik kek ni ajelah yang saya reti dan confident nak jual, iaitu kek karamel. Ini kawan saya dari masa dia pregnant lagi duk mengidam nak sampailah sekarang nak buat akikah anak dia baru dapat makan :P

Hehe. 

Harap berpuas hati ye babe.


Kek karamel 8 inc, RM 40 / sebiji. Self pickup di area U5 memandangkan saya ni beranak kecil, susah sikit nak deliver jauh jauh. Hehe.

Harap memahami. Keep calm & place your order now. Kalau taknak order kek, order Shaklee pun buliyyyyy hahaha



Thursday, November 7, 2013

13 Fungsi Lecithin Shaklee

Assalamualaikum,

Oyeahh, Lecithin Shaklee dah buat comeback !!


LECITHIN DAH MAI BALIK !!!!!!

Lecithin ni memang among the BEST SELLING product dekat Shaklee tau. Kenapa ? Jom kita tengok 13 fungsi Lecithin yang buatkan dia hot sangat tuuu.

13 Fungsi Lecithin Shaklee Selain Kuruskan Badan



Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Contoh macam buat kek, yang basic tu macam tepung gula telur, kalau takde, tak jadi kek tu. Haa gitulah Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung dan soybeans. Dan tahukah anda, Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of Lecithin. Yang men
ariknya, Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean.

13 Fungsi Lecithin Shaklee.

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

2. Kenapa orang yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye, ianya memecahkan lemak) Tahukah anda, Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka-mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka-mereka yang ada alergi, high fever, asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dlm badan.


Baca habis tak dari no 1 - 13 tu ?? Kalau dah baca, mesti rasa teringin nak order kan ? :P

Jom order dengan saya,
PM/Whatsapp
019 6683098

Monday, November 4, 2013

Amanah & Anugerah Allah

Assalamualaikum,

Apa tu amanah dan anugerah Allah ? Hari ni saya nak cakap pasal anak :)

Semua pasangan yang dah berkahwin mesti nak anak kan. Anak ni pelengkap hidup suami isteri. Hidup yang selama ni berdua memang akan jadi totally different bila dah bertiga. Contohnya, zaman berdua nak lepak minum mamak sampai tengah malam pun takde halangan, bila bila rasa nak tengok wayang boleh terus pergi, nak ride motor berdua pun senang :P

Tapi, bila dah ada Kasih.. Mana ada chance dah nak buat semua tu. Dah 10 bulan hokeyyyy tak tengok wayang ! Haha. Nak keluar makan pun berkira kira tempat tu selesa tak untuk Kasih, Kasih akan meragam tak, Kasih nak duduk diam tak time kita makan.. Takde dah nak makan kat gerai tepi jalan yang sesak dan padat dan panas. Semuanya demi anak, sanggup kan. Hee, siapa yang tak sayang anak oi.

Saya teringat waktu saya tahu saya pregnant si Kasih, saya rasa saya tak ready. Terkejut pun ye, sebab tak sangka. Tak delay pun cuma saja check sebab nak makan ubat angin kot masa tu, perut saya masa tu asyik berangin rasa meletup letup dalam perut. Beberapa hari macam tu, so saya nak ambil ubat tapi sebelum ambil ubat tu husband saya suruh buat UPT dulu. Terkejut gila tengok double line ! Hihi. Unexpected. Menggeletar la lutut sekejap :P Husband pun sama, lemah lutut masa tu haha. Waktu tu kitorang dalam 7-8 bulan kahwin kot. Alah, awal lagi. Kekonon mood pengantin baru lagi. Saya pulak kononnya nak honeymoon dulu setahun baru nak fikir anak. Cewah, macam dia plak yang tentukan kan. Saya lupa kan rezeki tu Allah yang tentukan. Allah dah tetapkan nak bagi kami rezeki anak awal :) Syukur Alhamdulillah. Awal tak awal sangat lah, itupun emak saya ada jugak cakap bila nak ada anak niiii hehe emak ayah saya tak sabar nak menimang cucu masa tu :)

Terkenang balik semua ni, syukur Ya Allah atas anugerah ini. Nikmat Tuhan yang mana hendak kamu dustakan ? Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


Kasih Safiyya binti Mohd Nazul Aziim.

37 minggu 2 hari di dalam rahim, 10 bulan 2 hari di dunia ini. Hari hari yang cukup indah :) Kasih happykan semua orang.

Syukur di usia *ehemm* 26 tahun ni, dah mempunyai sebuah keluarga kecil. Dikurniakan Allah suami yang sangat baik, anak yang comel penyejuk hati. Mempunyai emak ayah, adik adik, kawan kawan yang baik. Mempunyai kerja yang.. Hmm hahaha susah nak cakap, tapi at least ada kerja walaupun sekarang meronta ronta sangat nak berhenti kerja :P dan sekarang sedang berjinak jinak dengan bisnes. Syukur baru 2 bulan serius buat bisnes, nampak juga hasilnya. Rm100 ke, RM200 ke walaupun nampak sikit tapi siapa nak bagi, kan ? Seratus pun duhet jugak hanak hanakk

Anyway, kepada pasangan suami isteri yang dah lama berkahwin dan berhajat nak menimang zuriat, saya nak suggest something untuk anda. Ni kira sebagai salah satu ikhtiar jugak kan ?

Set Basic :

1. Vitalea 
2. Vitamin C
3. B Complex
4. ESP



Kemudian, untuk isteri add on :

1. GLA Complex
2. Alfalfa


Untuk suami pula, boleh ambil :

1. Zinc
2. Vitamin E

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, itu kenalah PM/Whatsapp saya ye. Takkan semua kita nak cerita di sini kan ? :D

Kalau nak set budget pun boleh, nak sembang sembang, nak tanya produk, nak cerita masalah, nak mintak cadangan ke apa ke, semua boleh belaka k !

PM/Whatsapp 019 6683098. FB saya ada kat sidebar sebelah kanan tu, bolehlah add saya ye !

Kita berusaha, Allah yang menentukan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...