Monday, October 21, 2013

Luahan Hati Seorang Mama

Ini bukan keluhan atau rungutan dari saya. Cumalah rasa hati saya, seorang emak beranak satu. Apa yang saya nak cakapkan ni mungkin sensitif pada sesetengah orang. Tapi takpelah, itu terpulang kepada penerimaan masing masing. Senang cerita, mom knows best.

Minggu depan Kasih akan masuk 10 bulan. How time flies kan sayang. Rasa baru semalam je mama bersalinkan awak tau. Dari tau menangis aje :P sampailah sekarang dah ligat memanjat sana sini. Tak padan dengan badan kecik, ada hati nak panjat tangga lah, panjat sofa lah. Kelakar lah mama tengok awak ni, keletah awak menghiburkan hati :)

Walaupun dah 10 bulan, badan Kasih kecil aje.

6.4 kg.

Saya okay je sebenarnya tapi kadang kadang orang keliling yang suka bikin saya stress. Kasih susah nak makan. Masa awal awal introduce semi solid food dekat Kasih, dia makan banyak. Dia suka makan puri terutamanya puri buah :D Tapi bila saya dah introduce bubur, dia rejected. Dan saya rasa selera makan dia mula merudum lepas tu. Saya ni jenis tak suka nak paksa anak makan. Pada saya, dia lapar nanti dia makanlah. Biasanya dia makan dalam 5-6 suap lepas tu dah, takmau. Saya akan biar dia main dulu, buat apa dia suka. Jap lagi saya bagi dia makan lagi. So proses nak bagi dia makan adalah lama, makan jam hehe.

Farley rusk tu nak bagi makan separuh pun susah nak habis. Semalam saya bagi dia makan Farley rusk tu campur EBM campur prune, wahhhh habis seketul biskut tu ! Saya kagum gilaaaa dan happy sangat hahaha. Padahal siang tu gigih saya buatkan cheesy baked rice untuk Kasih, seketul tu.. Half aje dia makan ?? Boleh ? Padahal Mama buat 3-4 ketul untuk dia makan. Sedap kot, saya rasa sedap je. Ada letak cheese, oregano, tenggiri. Adik saya rasa pun cakap sedap. Kasih jee yang tak sukaa, bluwekkkk :P



Si comel yang tak suka makan nasi. Buah dia memang suka especially anggur. So pada pendapat saya, dah itu yang dia suka bagilah dulu. Lagipun sekarang Kasih masih BF lagi. Insyallah semua nutrisi yang Kasih perlukan dia masih dapat melalui saya.

Tapi yang buat saya jauh hati atau kadang rasa nak marah pun ye adalah orang orang keliling yang suka inagt saya ni tak bagi anak makan. Ayat ayat yang selalu keluar, "kesian Kasih lapar ni, tak bagi makan ke" Saya bagi makan, Kasih yang taknak. Asalkan dia menyusu saya dah lega hati. Malaslah nak paksa sangat dia makan, paksa makan sampai Kasih menangis nak buat apa ? Masalahnya, Kasih lapar ke ? Kalau dia lapar, mesti dia makan apa yang saya suap. Ni dia taknak. Macam saya cakap, saya memang taknak paksa dia. Mungkin belum sampai mood nak makan bersungguh dia lagi. 

Walaupun Kasih makan sikit, saya setiap hari tetap bekalkan Kasih makanan ke taska. Saya buat dua bekalan, untuk pagi dan petang. Setiap satu bekal portion dalam 4-5 sudu besar. Ye, Kasih makan tak banyak jadi saya pun taknaklah bekalkan banyak banyak sangat, membazir nanti. Dan setiap kali saya tanya BS dia, mesti cakap Kasih makan habis kak hari ni. Kalau hari yang tak habis pun, dia akan bagitau lah tak habis. Oh ye, hari tu kan saya buat bubur manis untuk Kasih, barli + epal + plum + anggur. Saya bagi bekalan lebih dari biasa, saje nak test je, BS dia melaporkan Kasih makan habis ! 

Saya memang cerewet dan particular tentang apa yang masuk dalam mulut anak saya. Jadi pantang saya kalau orang pandai pandai nak suap makanan dalam mulut Kasih tanpa bertanya dulu. Bukanlah saya ni sediakan makanan yang sihat dan terbaik sangat, cuma ye lah sila respect si ibu bila nak bagi anak orang makan tu. Saya sendiri pun tak berani nak bagi anak orang makan macam macam. Apa apa pun tanyalah parents dia dulu. 

Lepas tu, saya rasa saya ni over protective lah. I can't do anything about it. I don't want to take any risk. Contohnya kalau Kasih sedang lasak memanjat atau berdiri paut dekat kerusi ke almari ke, saya mesti akan standby belakang dia untuk pastikan saya ada kat situ untuk sambut dia kalau dia terjatuh or terlepas tangan ke apa ke yang penting jangan sampai dia jatuh. Tapi kalau lepas kat orang lain tengokkan, kadang biar je. Stress hakak tengok. Senang cerita saya sebenarnya tak percaya orang lain jaga Kasih kecuali husband dan adik adik saya tapi kadang kadang takde choice, terpaksa lepaskan juga ke tangan orang lain. Kalau masa tu saya tengah buat kerja lain ke apa ke, mesti buat cepat cepat supaya boleh ambil Kasih semula cepat cepat :D Hehe teruk kan saya ni. Dia ajeee lah yang betul :P 

Geramnya teringat keletah Kasih sekarang, rasa nak cepatkan jam ke pukul 5.30 petang aje ! Rindu !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...