Friday, July 19, 2013

Nursing While Babywearing - I Made It !

Bulan puasa ni, rasa macam makin penat. Sebab bangun lebih awal kan. Nak pulak sekarang ni office saya dah pindah, dulu dekat je 15 minit dah sampai. Sekarang jauh, memang kena keluar awal. Jadi penat berganda sekarang ni. Selera makan pun macam makin kurang je, harap harap boleh kurus lalala :P

Kasih sekarang ni kan, asal saya bangun je dia pun bangun. Tak kiralah saya bangun tu pukul 2 pagi ke, pukul 4 pagi ke, 6 pagi ke.. Tapi selagi saya tidur, dia pun tidur. Pernah kitorang tidur petang bersama, 3-4 jam dia boleh tidur. Cuba kalau biar tidur sorang, nak dapat sejam pun payah T_T

Dia pulak sekarang kan dah makin ligat, memang saya tak berani nak tinggal. So, solutionnya sekarang saya kena bersiap sebelum husband pergi kerja. Pukul 6.15 saya bangun slow slow turun katil, pergi mandi. Tengah mandi karang, terdengar la dia dok ter ek ek ek. Habis mandi, tengok memang dia dah bangun. Papa dia elok je lagi lena, entah sedar ke tidak anak dah bangun tu :P cepat cepat solat Subuh, lepas tu iron baju kerja (patutnya kena iron malam sebelum tapi selalu saya terbabas tidur awal), siap siap pakai baju, susukan Kasih tukar pampers tukar baju semua, terus masukkan dia dalam carrier. Sambil duk gendong dia tulah saya kemas dapur lah, jemur kain, kemas beg semua.

 Lepas tu pagi tadi dia tak senang duduk dalam carrier tu, asyik berusaha nak melepaskan diri hahah. Lapar kot, biasanya baby memang akan cranky kalau dia lapar lepas tu kita carry dia. Tapi saya tengah sibuk prepare puri dia kat dapur ni. Kalau letak Kasih ni, sure nangis. Kalau letak Kasih lepas tu saya pun baring sekali, ada yang tak pergi kerja karang hahah. So, bila keadaan dah memaksa, terdesak macam tu kita mesti cari cara kan. Saya pun cuba cuba lah nursing sambil carry dia. Sukses ! Elok aje dia menyusu tu. Yang penting hidung baby mesti jaga, jangan sampai terpenyek. Lepas tu once in a while, check la dia. Ni rules biasa kalau gendong baby lah, bukan sebab nursing aje kan. Kasih menyusu sampai tertidur, yang saya ni dah nak turun ke parking tapi dia masih nak menyusu taknak stop. Ah, gamble ajelah. Cover pakai pashmina, tengok cermin.. Ok lulus, memang cover semuanya, takde ternampak apa yang tak sepatutnya.

So drive ke taska sambil menyusu sambil menggendong Kasih. Multitasking habis. Taska dekat aje, dalam kawasan perumahan area situ jugak. Don't worry, takkan saya nak buat perkara yang membahayakan baby sendiri kan. Actually saya dah terbiasa drive sambil carry Kasih ni dalam 2 minggu dah kot. Sebabnya dia dah taknak masuk carseat. Masuk pun, menangis macam kena dera. Jadi dari saya tak senang duduk, biarlah saya carry dia. Lagipun dia duk diam je dalam carrier tu, selalunya sampai taska dah lena tertidur dia :)


Hi Mama. (testing Mama nampak ke tidak kelakuan saya ni)


Hmm, Mama busy aje tu. Boringlah, nak buat apa ye?


Gotcha baby ! Amboi amboi dia, dah start memanjat sekarang ni. Eksyen pulak tu, kalau panjat badan kita siap lepas tangan sebelah. Tu yang ada sekali dua terlentang ke belakang, kesian anak mama. Kasih ni merangkak pun belum laju lagi, baru 3-4 tapak ke depan je, tapi dah nak memanjat pulak dia.

Anyway, Kasih punya latest check up last Wednesday..

Berat : 5.8 kg (border)
Tinggi : 63 (border jugaa)

Takpelah, sekarang kita dah start solid food kan sayang, harap dapat gain weight dengan lebih bagus ! Membesar dengan sihat ye sayang.


3 comments:

nanonano said...

kasihhhhh..
acik na konpius dah ni,dah xblh nk beza kasih ngn papa kasih dah. ekekkee

Tny said...

Hi Izzatul..
Lama x singgah cni.. Waahh dh besar dak tecek ni.. Time flys so fast! :)

Haah.. Photostet muke deddy dy :)

Ann Ilias said...

Copy paste papa dia betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...