Tuesday, July 16, 2013

Happy Ramadhan !


Rindunya dengan makwe kenit ni. Asyik tengok jam dari pagi aje bilalah nak 4.30 ni, tak sabar nak ca alif bottt !!

Sekarang ni musim dia tengah mengada. Pantang letak, pantang nampak mama hilang dari mata mulalah menangis. Saya, kalau duduk rumah berdua aje dengan Kasih, memang tak jadi apa jawabnya. Tak boleh nak buat apa. Kalau nak kemas rumah, jemur baju tu bolehla sambil gendong dia. Terima kasih Boba Carrier hahah. Lepastu nak lipat baju pun boleh, sambil bergolek golek kat depan tu. Tapi nak masak, ya ampun. Susah sangat. Taktahulah macam mana housewife boleh memasak sambil handle baby ni ye. Maybe anak saya yang mengada kot, tak bolehlah mama ni hilang kejap. Mandi pun serupa mandi kerbau. Kena cepat cepat sebab Kasih sekarang dah laju ke depan. Kejap merangkak, kejap menjulur. Takut ada yang terjun katil karang T_T

Kasih tengah kurang sihat ni. Runny nose, mata pun dah naik merah. Nasib baik tak demam. Apa yang saya buat, guna kaedah garlic socks tulah. Nampaklah kurang sikit tapi baru satu malam je buat. Mudah mudahan Kasih cepat sembuh, esok nak pergi check up nak kena cucuk pulak kan. Janganlah sampai demam, amin..

Bulan puasa ni, saya belum sempat memasak untuk berbuka. Mana nak sempat, balik dah awal 4.30 dah keluar office. 5.30 sampai rumah (ye, ofis-rumah jauh !). Kena layan Kasih golek golek dulu, tengok tengok jam dah pukul 6.30 ! Terkejar kejar. Kalau husband balik kerja awal, bolehlah masak yang simple simple. Sahur pulak memang saya masak simple simple aje. Ikan bilis goreng kicap, telur sweet sour, ayam goreng.. Ada hari yang mengantuk bangun makan kurma dan minum air je :p Kasih ni, saya bangun, dia pun bangunnnn. Jadinya memang setiap hari sahur sambil pangku dia huhu.

Berbuka apa ye hari ni ? Dalam kepala ni dah fikir menu, harap harap husband dapat balik awal bolehlah saya masak :)

Selamat berpuasa !


1 comment:

Sufi Al-Arshadiy said...

Lyn baby mcm tu lah...itu yg surirumah pun mkn nasik dgn telo curah kicap jgk. Hihi... Dpt pulak ank2 yg jenis tdo melekap je lagila.. Mmg pasrah jela mandi laju makan laju masak laju...semua buat asal cukup syarat je.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...