Saya dah start solid food untuk Kasih almost 3 weeks kot sekarang. Saya start dengan bagi puri buah buahan dengan sayur dulu. Masih belum start bubur nasi lagi. Nak test perut dia dulu. Lagipun usia 6 bulan ni baru nak bagi dia rasa rasa dulu. Kalau cakap bab bagi makan dekat anak ni, semua orang ada pendapat masing masing kan. Payah cakap lebih lebih hal ni. Senang, anak sendiri.. Dia lah yang buat keputusan ye :D
So, first solid food yang saya bagi Kasih ialah puri pear. Main main aje makan mulanya. Amalkan 4 days rules ye untuk pastikan anak kita OK dengan makanan tu. So far, untuk Kasih saya dah try pear, apple, Japanese sweet potato, carrot, kacang buncis, avocado dan yang terbaru butternut squash. Oh, ada dua hari try pisang, tapi Kasih jadi susah nak poo poo. Aiyak. Saya memang ada baca pisang boleh sebabkan sembelit, tapi dia cakap kena pilih pisang yang masak ranum then OK. Tapi try dua hari tengok dia susah je nak poo poo, saya pun stop je lah.
Kalau ikutkan, saya nak bagi dia makan sendiri. Tapi dah hantar taska, macam mana kan :( Saya bekalkan Kasih dua bekal puri setiap hari. Harap mereka amanah la dalam bagi anak saya makan. Sebenarnya saya excited buatkan puri butternut squash ni untuk Kasih, sebab baunya sedap ! Labu kan sedap, nyummss ! Tapi sayang tak dapat nak suapkan Kasih makan ni, balik karang nak tanya taska lah Kasih suka tak puri hari ni :)
Setakat ni yang saya perhatikan, Kasih sangat suka puri apple dan sweet potato. Kacang buncis dia makan jugak. Avocado dia reject terus, satu sudu je makan. Mungkin mama salah pilih avocado kot. Seronoknya tengok dia makan. Ter aaa aaa macam anak burung. Haha. Lambat sikit suap, nanti jerit. Hihi comelnya anak mama. Geram tengok.
Saya masih belum beli highchair lagi. Ikutkan perkakas dapur saya pun masih belum lengkap untuk prepare makanan Kasih ni. Blender saya guna yang biasa saje, tak pakai hand blender pun. Nak beli baby cooking tools Anakku pun masih belum beli. Baby cubes pun tak beli lagi, guna bekas kecik comel beli kat Aeon je. Saya kepingin nak beli Avent punya blender tu lah. Hoho. Ataupun dapat beli hand blender je pun jadilah :D Thermal cooker untuk Kasih bawak bekal bubur ke taska nanti pun masih tak ada T__T
Saya plan nak start bubur Kasih this weekend. She's big enough now untuk makan bubur nasik pulak ! Excitednya hihi.