Tuesday, June 25, 2013

Natural Remedy for Baby's Flu

Wah, I am so excited to share about this !!

Ehem, assalamualaikum wahai pembaca blog (jika masih ada, hehe)

Alkisah sekarang kan musim jerebu. Makin lama makin teruk pulak bacaan API kat Shah Alam ni tapi Alhamdulillah petang ni dah hujan ! Hujan lebat ! Alhamdulillahhh, lega sangat. Rasa tak sihat kan dengan cuaca macam ni.

Anak saya, Kasih dah terkena efek jerebu ni. Semalam lagi saya dah sense, sok sek sok sek aje dia. Saya punya solution sapu vicks kat dada, belakang dengan kaki dia. Oh, sapu juga sikit kat ubun ubun tu. Oklah, membantu dia tidur dengan lena walaupun masih sok sek sok sek.

Bangun pagi ni, saya tengok selsema dia makin teruk je. Hingus banyak tapi baby manalah reti nak hembus kan. Mama pulak taklah kental nak sedut hingus, hehe. Not to that extend yet :p kemudian tiba tiba saya teringat pasal natural remedy untuk bayi selsema ; GARLIC SOCKS !

Laju laju saya ke dapur, sediakan bahan bahan untuk natural remedy ni.


Baru letak sekejap, dalam 15 minit kot. Tiarapkan dia, lepas tu tengok hinggus meleleh leleh sendiri. Nampak lega sikit dah dia lepas tu. Masa hantar Kasih ke taska pagi tadi pun, saya masih tak buka lagi garlic socks tu. Pesan kat teacher dia, lepas mandi pagi tolong pakaikan balik. Lepas mandi petang boleh la buang.

Dan petang ni masa saya ambil Kasih, Alhamdulillah dah takde sok sek sok sek. Lega sangat ! Syukur menjadi petua kali ni. So, saya nak share untuk emak ayah luar sana mana yang risau hal anak selsema, bolehla cuba cara ni. Kita cuma berusaha kan, selebihnya serahkan pada Allah. Bagus sebenarnya cuba natural remedy ni, bayi kan tak digalakkan makan ubat semua ni. Kalau boleh elakkan, kita elakkan lah. Ini pendapat sayalah, kalau korang ada pendapat yang lain, takpelah kita berpegang je pada pendapat masing masing.

Ok, cara nak buat garlic socks. Senang sangat. Bahan bahan confirm ada kat dapur ni.

1. Ambil beberapa ulas bawang putih, kupas kulit dan crushkan.
2. Masukkan ke dalam bekas, titikkan minyak zaitun. Biarkan selama 10 minit.
3. Ambil kapas muka, letakkan bawang putih tadi. Salotapekan pada tapak kaki, pakaikan stokin.
4. Nak biar berapa jam, terpulang.

Insya Allah dengan izin-Nya, selsema anak akan berkurang. Macam saya cakap tadi, kita cuma berusaha yang terbaik kan, selebihnya kita serahkan pada Allah.

Selamat mencuba ye, nak nak lagi musim jerebu ni memang senang sangat anak anak kena penyakit kan. 

Tata !


3 comments:

Sufi Al-Arshadiy said...

Great share. Tak tau pun pasal petua selsema yg ni. Lepa ssemalaman tdo dgn garlic tu kaki dia ok ek esoknya? Xde menggelupas ke apa ke...saya pu nx suka nk bg ubat kat ank2..selagi blh elak cuba elak..huhu..

♥z@z@♥ said...

yeay..blh cube tuk next baby..=)..
thanx iza share info nie..

Zumie said...

thnaks for sharing mama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...