Thursday, April 11, 2013

Taska Pilihan Mama

Assalamualaikum, hai ;)

Lamanya tak pot pet pot pet. Takde masa pun ye, minat pun macam dah makin kurang dah saya ni. Twitter pun dah jarang jenguk. Dok ralit dengan group whatsapp je heheh.

Kasih dah start masuk taska 1 April hari tu. Baru seminggu lebih rupanya, apsal saya rasa dah nak hampir sebulan je ? T_________________T akhirnya saya buat keputusan hantar Kasih ke taska. Search taska yang berdaftar dengan JKM dekat website dia lepas tu contactlah owner dan jenguk keadaan taska. Ada dua taska pilihan dekat area U5 ni. Taska Qistina dengan Taska Seri Galaksi. 

Dua dua taska memang OK. Memuaskan hati. So saya buat pilihan untuk hantar ke taska yang kedua tu. On the way nak keluar dari area Subang Bestari ni juga. Win win situation hihi. So far, semuanya nampak ok saja di mata saya. Oh kecuali sebab puteri saya ni kuat berpeluh sikit, macam papa dia jugak.. So tengok dia panas sikitlah. Taska yang first tu ada aircond, hehe nyesal pulak daku tak hantar ke situ :p tapi tengok Kasih happy je, tiap kali Mama jemput dia tengok ramai je budak budak yang melayan. Under supervision lah of course, tahu ajelah budak budak ni kalau main dengan baby takut dia geram je hehe. Pagi pagi time hantar Kasih pun, pengasuh dia sambut dengan happy je. Agah agah, peluk anak kita. Seronok hati tengok :)

So, Kasih happy. Mama dengan Papa lagilah happy.



Kasih Safiyya - 3 bulan 9 hari. Berat 4.9 kg. Panjang 60cm (tinggi anak mama ni! ). Muka mirip papa dia, tapi jari semua ikut mama. Dok belek kuku dia semalam. Laaa, kuku pun sama jenis dengan mama hihihi comel sangatlah. Nurse dah pesan semalam lepas ni boleh bukak dah sarung tangan, bagi dia eksperimen lebih dengan jari comel dia tu.


Comel sangat tidur sampai terkeluar tangan dari tilam dia tu. Dah masuk area tilam mama papa ni. Makin lama, makin banyak pulak ruang makwe kenit ni ambil. Makin lama mama makin injak ke sana, lama lama karang papa awak terjatuh ke bawah pulak sayang hahah. Bukannya kedekut taknak beli baby cot, tapi ruangan bilik sempit. Tak muat nak letak baby cot sambung dengan katil tu. Tak sanggup pulak saya nak letak Kasih tidur sorang sorang dalam guest room walaupun buka pintu. Nantilah fikirkan solution. 


Lelaki kesayangan kami berdua <3 p="">



9 comments:

atty's said...

comeynya kasih safiyya

sharEna said...

comelnya Kasih ^^

akhirnya ke taska jugak ye Izza?hehehe..klu jumpe taska yg bagus mmg senang hati kite ni. xdelah asyik runsing psl anak kt opis. nk buat keje pn x senang gitu

Hana Soffelia said...

Alhamdulillah jumpa taska dah ok. hati pun senangkan..

~daRLee ZuRiS~ said...

Haaa.cepat buka sarung tangan tu. Biar dia masukkan satu penumbuk dalam mulut.cam muqri.hihiii..

nanonano said...

ok!
mama kasih xrunsing2 dh skrg, hehehe

Siti Hawa said...

Comelnyer ur daughter...Semoga membesar menjadi anak yang soleh..amin

http://dandandiri.blogspot.com/













Zumie said...

hai baby kasih yang comel...bile la nak jumpe awak ni

dhiera said...

bile izza start cari taska untuk kasih?

sweethOneY said...

Dhiera : sejak start keja yang.. lepas tak puas hati dengan pengasuh lama tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...