Thursday, March 14, 2013

Nursery VS Babysitter

Terharunya saya ramai yang concern pasal Kasih dengan pengasuh dia ni. Terima kasih ye semua, terharu sampai nak nangis pun ada ni haaa.. Hmm, pengasuh Kasih ni OK, baik, peramah.. Kiranya memang OK lah sebenarnya put aside yang dia ni macam ala ala garang sikit dan macam susah sikit nak terima pendapat kita. Maybe sebab dia lebih makan garam kan, biasalah tu.

Saya pun tak tahulah kat mana silapnya tapi tengok Kasih dengan pengasuh dia ni tak serasi, hati saya kurang berkenan, terasa anak saya tak dialu alukan kat rumah tu bila mana hampir setiap kali (4 hari saje di situ) saya nak jemput Kasih, saya sampai je tengok barang semua dah kemas (ini biasalah, nak senangkan kerja ibu kan) dan Kasih pun dah siap duduk dalam carrier. Kesian kat anak sebab rasa macam hai makcik ni macam nak cepat cepat aje halau kita ni balik kan. Tapi kalau nak fikir positifnya, mungkinlah makcik ni nak senangkan kerja saya. Masa tu pun dah hampir Maghrib kan jadi mungkin semuanya nak cepat jadi siapkan lah semua nanti saya sampai tinggal nak angkut je. Lagipun saya ada terdengar orang cakap, "Kalau ambil anak pukul 7 petang ni, biasanya orang berat sikit nak terima jaga" ni antara ayat yang saya dengar dari calon calon BS Kasih lah. Ramai yang saya dah call. Semuanya boleh dikatakan menolak, adalah alasan mereka sendiri kan. Sedih dah saya ni, rasa macam kesiannya Kasih.. Kenapa orang taknak jaga dia :( takpe Kasih, kita cari sampai dapat k ! Mama takkan senang senang je hantar awak kat orang entah siapa siapa.

Fikir punya fikir, saya rasa nak hantar ke nursery lah. Rasa macam lebih selamat, lebih terjamin kot. Search dekat JKM punya website adalah jumpa 3 nurseries berdekatan rumah. Saya dah ada nursery idaman hati tapi tunggu nak jumpa owner dia dulu esok baru buat keputusan :)

Kasih, kalau mama hantar pergi nursery.. Kasih suka tak ?


Hmmmm, nanti Kasih fikir dulu ye Mama 


:P


Harap harap semuanya dipermudahkan, amin..


4 comments:

Hana Soffelia said...

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. AMIN.

Firasat ibu sentiasa benar tapi harus diiringi dengan usaha, doa dan tawakkal. Insyallah Kasih akan jumpa BS yang terbaik!

aziejaya said...

semoga dipermudahkan

Maria Rajab said...

sian kasih... nursery tu dah call ke izza?

nanonano said...

of course la kasih suke
ramai kawan, yeayyy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...